07 February 2008

Aneka Puding



Puding Tapai Beras Pulut





-12g agar2 tali

-3 cawan air

-setengah cawan susu cair

-gula,pewarna

-sedikit tapai pulut



-masak2 agar2 hingga larut

-masukkan gula

(jgn terlebih manis kerana bila dimasukkan tapai nanti,bertambah manis pulak)

-bahagikan pd 2 bahagian



(tapai diblend bersama susu cair)



-masukkan tapai yg diblend kedalam satu bahagian

-bahagian yg satu lagi

diwarnakan ikut suka



kalau rajin..boleh dibuat berbagai warna...byk lapis...

pastikan lapisan pertam atelah keras sedikit

baru dituang lapisan kedua



Jeli Kelapa
Resepi yg amat2 mudah
tp amat2 sedap dimakan..

-sebungkus serbuk jeli kelapa
boleh dibeli kat kedai2 menjual
bahan2 membuat kek

atau kat pasaraya
kat bahagian serbuk dadih tu biasanya

-air kelapa
(lagi byk isinya lagi best)

masak air kelapa
campur dgn air
dah mendidih....masukkan serbuk jeli ni

sedikit gula ikut rasa
biasanya jeli ni cuma manis2 buah ja
lembut...tergedik2...bergoyang2 mcm goyang Inul ...





slurppp...slurppp..
sedap bila disejukkan...terutama masa cuaca panas




Puding Triffle

Puding trifle ni sedap dimakan

ketika cuaca panas

sesuai sbg pencuci mulut

atau boleh dijadikan door gift

(utk door gift,isi dalam jar..bkn dalam gelas ya)



BAHAN A

 Swiss roll secukupnya

Air dari jus koktel



CARA-CARA:

 Swiss roll dipotong setebal 1cm.

Masukkan ke dasar mangkuk./gelas/jar

Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.

Tekan2 sket supaya padat.

 Siram/renjiskan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll.

Tujuan supaya lapisan kek agak moist.




BAHAN B (KASTAD)

1 cawan rata tepung kastad

 1/2 cawan gula

 1 tin susu cair

1 tin air (sukat guna tin susu cair)

1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)



 CARA-CARA:

Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur

.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.

.Tutup api.

Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek

 (Bahan A)



Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2

sedikit supaya buah tidak terapung.Sejukkan sebentar.






BAHAN C

 10g serbuk agar-agar

1.2liter air

 3/4 cawan gula

 1-2 titis pewarna merah



 CARA

Satukan semua bahan,masak atas api hingga agar2 dan gula hancur.

Curahkan ke atas adunan kastad.

Curah perlahan menggunakan senduk/sudu.



Sejukkan sebentar.

Pastu pindahkan ke dalam peti ais hingga puding keras.




puding boleh dihias mengikut bahan2 kegemaran sendiri




Puding Roti Bersos Vanilla


Bahan

 8 keping roti

( potong roti menjadi 4 segiempat setiap keping atau boleh ikut suka)

 500 ml susu segar

4 sb gula

2sb butter

3 biji telur

1 st esen vanilla

1sb tepung jagung

3sb coklat chips atau kismis



 caranya

 Pukul telur,butter,gula, esen vanilla dan tepung jagung

 masukkan ke dalam susu segar tadi.dan kacau sebati..

Susun roti yg dah dipotong tadi.

.ke dalam loyang empatsegi dan taburkan coklat chip dan kismis ..

Buat sehingga habis roti tadi..selapis demi selapis diikuti dengan coklat chips dan kismis..

Biarkan seketika supaya roti2 tadi sebati dengan bancuhan susu tadi...

Kemudian boleh le bakar ke dalam oven dengan api 180 selama 30 minit..





 ni versi makan tanpa sos kastard vanilla



Bahan Sos Kastard

 1 tin susu cair

11/2 sb tepung kastard

2 sb gula

 Penyediaan sos kastard

 Satukan semua bahan ke dalam periuk dan masak diatas yang perlahan.

Pastikan sentiasa dikacau untuk mengelakkan berketul-ketul.


.





                   
Puding Susu Buah2an





bahan2 yg ringkas ja


1 paket serbuk agar2 (11gm)
2 biji telur
1/2 tin susu cair
4 cawan air
gula secukup rasa
2-3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail





Cara2nya:


masak agar2, air dan gula hingga larut.

pukul telur, (saya guna blender)


bersama  tepung kastad dan susu cair


bila agar2 mendidih,


masukkan campuran telur dan fruit cocktail.

(masukkan sekali air dlm tin tu)

masukkan kedalam loyang/acuan dan sejukkan.






Puding Biskut Meri



bahan2 dan cara:

Bahan2:

-20g agar2

-5 cawan air

-gula secukup rasa

-250g butter

-2 biji telur

-2 senduk tepung kastard

-1 tin susu cair

-biskut
(apa2 brand-saya gunakan biskur merri munchys)
biskut coco puff pun sedap jugak
-sedikit pewarna hijau

cara:
masak agar2 bersama air
kemudian masukkan gula
diikuti dgn butter

blender/mixer telur bersama
susu cair dan tepung kastard
masukkan kedalam agar2 tadi
kacau sehingga pekat
bahagikan pd dua adunan
dgn satu diwarnakan hijau

sendukkan 1 bahagian hijau..
ratakan didalam bekas...
letakkan biskut tadi
kemudian sendukkan
adunan kuning pulak...
buat la mcm tu sampai habis...
kalau nak cepat sejuk..
masukkan dalam peti ais...









Rich Chocolate Pudding



tercedera la sikit semasa dikeluarkan

sedap dimakan bila disejukkan
dalam peti ais.


1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
Cara-cara

Campurkan semua bahan kecuali butter
dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam
loyang atau acuan yg disukai.



Agar2 Lumut/ Gula Melaka

Puding dan agar2
desert yang paling senang dibuat
dan boleh disimpan lama dlm peti ais..

Bahan2:
15g agar2 tali
3 cawan air
2 cawan santan
1 biji telur
2 keping gula melaka
2 camb gula pasir
sedikit garam
daun pandan

-masak agar2 hingga hancur
-masukkan gula melaka dan gula pasir(manis ikut suka)
-kemudian tapis
-telur dipukul bersama santan
-masukkan kedalam agar2 tadi
-kacau hingga santan menjadi berketul2
(menandakan ianya telah masak)
-sejukkan











Bubur Jgaung Lemak Berkrim


Bahan:

-5 tongkol jagung

-1 tin jagung manis

-1/2 tin susu cair

-2 helai daun pandan

-1 paket kecil (80g) sagu

-garam dan gula secukup rasa








cara2:

-leraikan jagung dari empulurnya

-rebus bersama daun pandan yg disimpul

 (air sama paras dgn jagung)

-bila air separuh kering,masukkan susu cair

jagung dlm tin dan biji sagu

-masukkan gula dan sedikit garam

-bila biji sagu tu dah kembang (jernih warnanya) bolehlah dipadamkan api


saya cuma buat manis2 buah ja

dan susu cair mengantikan santan

Bubur Pulut Hitam



Bahan :
1 cawan beras pulut hitam ~ direndam (lagi lama lagi elok)
6 cawan air
5 sudu besar gula
sekeping gula melaka
atau sedikit gula merah(masak terlebih dulu)
secubit garam
3/4 cawan santan fresh
2 helai daun pandan
aiskrim secukupnya

Cara:
Masak beras pulut hitam bersama air dan daun pandan hingga beras empuk 
Masukkan gula, gula melaka/ merah dan secubit garam.Masak lagi hingga gula hancur.
Kemudian masukkan santan dan masak seketika lagi.
Padamkan api.

02 February 2008

Kuih Muih


Karipap  Pusing

Doh A: 
 3 cawan tepung gandum 
1/2 cawan margerin 
1 sudu teh garam 
1/2 cawan - 3/4 cawan air sejuk dari peti ais 

 Doh B: 
 1 1/2 cawan tepung gandum
 1/2 cawan margerin

Cara membuatnya:
 1. Masukkan Bahan doh A ke dalam mangkuk kecuali air.
 Gaul ramas macam buat karipap biasa hingga jadi serbuk.
Tambahkan air sedikit-demi sedikit hingga adunan menjadi doh lembut dan licin.
 2. Bahagikan kepada beberapa bahagian

3. Masukkan pula bahan Doh B ke dalam mangkuk berasingan.
Uli hingga jadi doh licin. Bahagikan juga seperti Doh A
pastikan sama jumlahnya dgn bahagian doh A

Canai doh A dan isikan dengan bebola doh B. Bulatkan. 
Buat hingga habis.

Canai satu bebola doh yang telah diisi doh B anggaran 1 1/2 sm tebal.
 Gulung kemas.
Canai sekali lagi. (doh akan jadi panjang)
 Gulung sekali lagi. ke arah bujur agar gulungan jadi pendek.
 Potong guna pisau seeloknya yang bermata gergaji setebal 1 sm.
Canaikan dan terbalikkan.
( supaya corak yang terbentuk seperti diingini)

kelim guna tangan ja

berintikan sardin
walaupun tak cun
mcm yg dijual 
tp rasanya mmg sedap...ranggup dan tak berinyak..


Bebola Keledek
-Bahan2:

-1/2 kg keledek

-250g tepung pulut

-30g tepung jagung

-100g gula-100g kelapa parut (isi putihnya saja)

-1/4 sudu kecil garam halus






-kupas keledek-rebus hingga empuk

(kalau nak cepat empuk

ptong2 keledek tu)


-lepas tu lenyek2 keledek tu

mcm lenyek pisang nak buat cekodok tu


-campurkan kesemua bahan diatas

kedalam keledek yg telah dilenyek2 tadi


-kemudian bulat2kan adunan tadi mengikut saiz kesukaan masing2

tp jgn la pulak terlalu besar

dah namanya pun bebola

ala2 sebesar guli gitu



-goreng dgn api sedehana

hingga kekuningan...


Donat Lembut Dan Gebu

Bahan2:

 2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis kering 1
1/2 sudu besar shortening
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar bread softener
 1 1/2 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam halus
1 cawan air


Cara-cara (uli dengan tangan):

 Campurkan semua bahan kecuali garam dan air.
 Gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit.
 Bila sudah mendapat adunan yang tidak melekat pada tangan, masukkan garam.
 Uli hingga menjadi doh yang kenyal dan agak elastik.
 Untuk menentukan doh yang ok, tekstur tepungnya menjadi halus dan tidak menggerutu.
Gula juga akan hancur sepenuhnya.

 Tutup doh dengan plastik dan rehatkan hingga naik dua kali ganda.
 Bila doh sudah mengembang, tumbukkan udara yang terkandung di dalamnya
 dan bentukkan mengikut bentuk kesukaan.
 Rehatkan lagi hingga naik sekali ganda.
 Goreng dengan api yang sederhana hingga garing
saya suka kan gula icing tetapi boss suka donat bersalut gula kastor


 Chewy  Cheese Ala2 KFC



 BAHAN-BAHAN :
 5 biji ubi kentang (saiz sederhana)
1 1/2 cawan tepung gandum
 (ikut sukatan kentang, kalau kentang lebih, lebihkan tepung)
secubit garam
 1/2 keju cheddar (dipotong kecil-kecil)
Serbuk Roti
2 biji telur

CARA-CARANYA :
1. Rebus kentang bersama garam.
(kentang dikupas terlebih dulu)
 Bila dah empuk, angkat dan toskan.

2. Gaulkan kentang tadi bersama tepung gandum.
Jangan terlebih letak tepung gandum,

. 3. Bentukkan adunan kentang--tepung gandumi menjadi bebola kecil.

5. Masukkan keju/cheese yang dipotong kecil ke dalam bebola kecil tadi.
lebih kurang mcm buat buah melaka tu

6. Dah siap bubuh keju/cheese tu salutkan dengan serbuk roti.
Kemudian, gaulkan pula dengan telur yang dah dipukul.
 Kemudian, gaulkan lagi sekali dengan serbuk roti.

 7. Sedia untuk digoreng.



Resepi Donut Kentang

Bahan2

250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek
 ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
 80/90ml susu segar
(boleh ganti dengan air suam)
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
 4 gram yis kering (mauripan)

 Cara2


 1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
Pastikan doh betul-betul lembut,
Uli selama 8 hingga 10 minit.
Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap,
kemudian boleh terus bentukkan.

 2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan
 plastic wrap  atau tuala lembab
dan biar doh naik dua kali ganda.
 Masa perapan lebih kurang  1jam.

 3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
 bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnya,
 seperti bentuk donut.
Susun donut di atas dulang dan biarkan
sehingga donut naik dua kali ganda.

 4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang,
dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan.





                  Cucur Nasi Ikan Bilis 



Apa yg dibuat dgn nasi yg tak habis?
kalau banyak,boleh digoreng
kalau secawan dua
boleh cuba buat cucur nasi ni


2 cawan nasi
 2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
 1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih,
 hiris
1/2 biji bawang besar, didadu
1/2 cawan ikan bilis,
 cuci dan rendam sekejap, toskan
1 biji lada merah, hiris halus
Daun  bawang, hiris halus ( daun kucai pun boleh)
 Garam secukup rasa
 Minyak untuk menggoreng




CARA MEMBUATNYA :-)



Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat pengisar.

 Kisar hingga halus.

Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung gandum, daun bawang,

cili hiris, bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya.



  Panaskan minyak untuk goreng terendam.

  Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan.

Angkat dan toskan,

.Hidangkan bersama sos cili


Supaya menjadi bolat2 mcm ni

Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemput
adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas,



Bingka Ubi Kayu

Tak ada sukatan yg tepat utk membuat bingka ubi kayu ni

main campak2 ja

mulanya plan nak buat tepung boko


mesti tau apa tu tepung boko :)


oleh kerana takde penyagat,

ubi ni dipotong kecik2 dan diblender

tapis airnya

campurkan dgn gula,sedikit garam dan santan

serta pewarna yg disukai


tp biasanya dibuat warna kuning atau

warna perang( guna gula perang/gula melaka)

kalau dapat membakar mengunakan arang atau sabut

bahagian keraknya lebih garing dan harum...


Bingka Roti








BAHAN-BAHANNYA :-)



 3 biji telur gred A

150 g gula kastor

100 g mentega, dicairkan

1/2 camca teh garam

 300 g roti putih & kulitnya, dicarik2

200 g tepung gandum

 1 liter santan

(atau 500 ml santan + 500 ml susu cair)

(saya gunakan susu segar sepenuhnya)

200 g jangung krim dalam tin *

kismis*



bahan bertanda *

adalah bahan sampingan-terpulang






cara2:



Dalam satu bekas,

 satukan telur dan gula, kacau hingga larut.



Tambah mentega dan masukkan tepung dan garam, kacau rata.

Tuang susu segar/santan dan kacau hingga semua sebati.



Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit.



 Masukkan jagung krim,

kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega



 Bakar dalam oven pada suhu 180C,

selama 1 jam atau pun hingga masak.






                     
Cekodok Montok Dan Gebu
           
Jemput-jemput a.k.a cekodok a.k.a coq kodok
sedap dimakan pagi atau petang

kalau di Kelantan
pisang yg digunakan utk membuat cekodok adalah pisang kapas
(pisang yg tak berharga)

saya mengunakan 1 sikat pisang emas
3 cawan tepung gandum
secawan air
2 sudu gula perang
sedikit soda bikarbonat
(soda berfungsi sbg pelembut
dan cekodok tak berminyak)

supaya cekodok menjadi bentuk bulat2
celupkan hujung jari
kedalam mangkuk berisi air
ambil sedikit adunan dgn mengunakan hujung jari
dan masukkan kedalam minyak yg telah panas
hasilnya cekodok menjadi garing diluar dan gebu didalamnya
                        


Pie Tee

acuan pie tie

berat bkn main....-rm14++




antara intinya

sengkuang  dan timun

patutnya masukkan carrot tp saya dan anak2

tak makan carrot mentah



 BAHAN-BAHAN KULIT PIE TEE :-)

180 gram tepung beras
50 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
 350 ml air
1 biji telur gred A,
dipukul sedikit
 Secubit garam


Satukan semua bahan-bahan

 -tepung beras,air,kapur,telur dan garam, gaul hingga sebati.



Panaskan minyak cukup untuk merendamkan acuan pai.

Panaskan juga acuan pai dalam minyak.

 Celupkan acuan pai dalam adunan kulit pai

.Jangan sampai penuh,tinggalkan sedikit ruang di atasnya.



Masukkan ke dalam minyak panas.

Pastikan api sederhana kecil.

Biarkan seketika.

Jangan keluarkan sampai ia agak masak,jika tidak kulit pai akan terlipat.

 Bila sudah keras sedikit tolakkan keluar dari acuan menggunakan garfu.

 Balikkan sekali-sekala hingga kekuningan barulah diangkat.

Biar sampai kekuningan supaya kulitnya garing.

.Toskan minyak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


berintikan sos cili


berintikan kuah kacang



              


Cek Mek Molek

Mak nak buat apa ubi kayu tu?

tanya si bongsu saya,Tasha..

tu bkn ubi kayu

ubi keledek la...

mak nak buat kuih cek mek molek ptg ni

dia terus ketawa

sambil nyanyi lagu M.Daud Kilau



senyumlah..senyumlah..ahai cek mek molek





sekilo ubi keledek

yg kaler oren ja

sesuai dan cantik

dibuat kuih cek mek molek

kaler lain pun boleh

tp tak berapa cantik bila masak


rebus dan lenyek ubi tersebut

kemudian campurkan dgn secawan tepung gandum



nampak kaler putih tu

tu adalah tepung gandum

yg ditabur

supaya tak melekat antara satu sama lain

kuih2 tersebut


goreng dgn api yg perlahan

sehingga kekuningan


jgn makan semasa masih panas

kerana gula yg cair didalamnya


boleh melecurkan lidah anda...


Pulut Dakap


pulut dakap...
tak pasti pulak saya apa namanya kat tempat lain
tp kat tempat kelahiran saya,kelantan...
kuih ni dipanggil pulut dakap..
huhu sikit punya romantis apa...


nak buatnya tak la sesusah mana

yg perlu...rajin je..:)






memula masak santan yg diambil dari 2 biji kelapa
masukkan gula,garam dan daun pandan









kemudian masukkan beras pulut



yg telah direndam beberapa jam


ambil sedikit,ratakan diatas daun pisang


letakkan pisang yg telah dibelah dua
jgn gunakan sebarang pisang
kerana tidak semua pisang sesuai digunakan
saya gunakan pisang abu


kemudian balutkan pisang tersebut dgn lapisan pulut tadi
saya suka letakkan lapisan pulut yg tebal...


lepas tu...ikat elok2...
jgn terlalu ketat atau terlalu longgar.


ni sebelum dikukus..


dan ni pulak selepas dikukus...sedia utk dimakan...
tp lbh sedap makan lepas ia betul2 sejuk...




Cek Mek Molek Gula Melaka

Sebelum ni saya mengunakan gula pasir

sbg inti

bila membuat cek mek molek

kuih tradisional negeri Kelantan




pertama kali tukar selera

guna gula melaka sbg inti

gula melaka ya...

bkn gula merah

atau gula perang

hancur2kan gula melaka tu seperti diatas



buat dalam kuantiti yg sedikit

bimbang tak menepati taste ahli rumah ni

tp rasanya not bad

1kg ubi keledek
2 cawan tepung gandum
sedikit minyak

-kupas dan rebus ubi keledek
-bila dh empuk...makan mcm tu ja hehe
selebihnya buat cek mek molek

gunakan minyak supaya adunan tak melekat kat tgn
(celupkan hujung jari ke dalam minyak)
bulat2kan...buat lubang ditengah2
masukkan gula
tutup biar rapat2 supaya
gula tak 'bocor' keluar

jgn sesekali makan
semasa kuih ni masih panas





Apam Tepung Beras



 Bahan2 :
 1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
 1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno




Caranya:
1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan gula,

tepung dan yis.

Blend lagi hingga sebati.

Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat.

Perap lebih dari 3 atau 4 jam



2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno,
kacau sebati perlahan-lahan
(warnakan mengikut kesukaan) dan biar sebentar.

3. Panaskan pengukus.
Masukan ke dalam acuan-acuan kecil
dan kukus selama 15 hingga 20minit

4. Boleh di makan dengan kelapa parut
yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.






Kuih Ketayap



Bahan-bahan (kulit) – 20 biji
300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Sedikit garam
1 sudu besar pewarna daun pandan
Bahan-bahan (inti)
250 gm kelapa parut
3 keping gula Melaka/gula merah
1 helai daun pandan
1 cawan air
Cara-cara
Untuk inti, panaskan air di dalam periuk.
  1. Masukkan gula Melaka /gula merah dan cairkan.
  2. (jika mengunakan gula merah
  3. ianya perlu ditapis terlebih dahulu)
  4. Kemudian masukkan kelapa parut dan daun pandan.
  5. Kacau hingga sekata dan kering airnya
  1. Untuk kulit, blend kesemua bahan sehingga sekata.
  2. Pastikan adunan tidak terlalu pekat.
  3. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana.
  4. Sapu sedikit minyak pada kuali.
  5. Ambil sedikit adunan dan layangkan kuali supaya adunan menjadi bulat.
  6. Biar sehingga masak.
  7. Selepas siap, angkat dan masukkan inti dan gulung.
  8. Cara gulung – lipat bahagian tepi dan gulung.
  9. Siap untuk dihidangkan.


Apam Balik






ni permintaan suami

(yg mengalahkan org mengidam)

nak makan apam balik buatan sendiri



so dgn gigihnya si isteri berusaha membuatnya



Bahan A



 2 cawan tepung gandum 

1/2 cawan gula

 4 sudu kecil baking powder

 1/2 sudu kecil garam 



 Bahan B

 2 cawan susu segar [1 cawan susu cair + 1 cawan air] 

1/2 cawan minyak 

2 biji telur



1. Gaulkan semua bahan A.
2. Masukkan semua bahan B dalam blender .
 3. Masukkan bahan A dalam blender dan mesinkan.
 4. Panaskan non-stik pan dan sendukkan adunan.
5. Tutup pan dan biarkan adunan 3/4 masak.
6. Letakkan  jagung dalam tin tu
dan kacang tanah
boleh jugak letak inti kesukaan masing2
 7. Lipat dan hidangkan.
percubaan kali pertama
bg saya..proses memasak adalah try & error

tak semestinya pertama kali buat,terus menjadi
cuba lagi..cuba lagi..hingga puas hati..


kali kedua pulak mencuba
setelah kurang berpuas hati kali pertama

guna resepi yg lain pula




bahan2:

 170 gm tepung gandum
 100 gm tepung beras
30 gm tepung jagung
2 sudu kecil  serbuk penaik
1/2 sudu kecil baking soda
 1/2 sudu kecil garam
2 biji telur besar
1 sudu kecil esen vanila
6 - 7 ozs air
150 gm gula pasir halus

bahan tabur
 120 g mentega cair
150 gm gula pasir halus
1 cawan kacang tanah

cara:

 Campur semua bahan bersama-sama,
 Panaskan kuali  atau kuali nonstick
sapukan sedikit minyak /mentega
 Tuangkan ke dalam oz senduk 4 adunan
dan lengangkan adunan spt buat kuih ketayap.
Bila adunan 2/3 masak
taburkan kacang tanag,gula dan jagung dalam tin


kulitnya lbh ranggup
dan rupanya lbh seksi hehe
                        

 Cara Membuat Tapai Pulut






utk hasil terbaik


gunakan beras pulut susu




yg ni,ori dari Siam




saya bkn memperkecilkan brg tempatan


tp ada perbezaan dari segi tekstur,warna


berbanding beras tempatan




Siam punya lbh lembut,wangi,putih melepak


dan tiada langsung rasa 'biji2' bila dimakan




oleh kerana anak buah suami saya


bersuamikan kastam


yg bertugas di Padang Besar


tiada masalah utk mendapatkan beras ni










ni ragi...import dari Kelantan


rm1=2 biji








ni rupa ragi yg telah dihancurkan








ni beras pulut yg telah dikukus kali pertama








renjis2kan sedikit air


kemudian kukus lagi


bila dah sejuk


taburkan ragi


sebiji ragi utk 2kg beras pulut








cup ni pun dah naik harganya...






jika mengunakan 'cup'


boleh tahan berbulan2 dalam peti ais


lagi pun mengisinya lbh cepat


berbanding proses membungkus mengunakan daun pisang/getah








versi daun pisang




tunggu 48 jam/2 hari


baru boleh makan...
(utk kenduri rumah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.