Hari Bapa @Papa@Ayah@Daddy@Walid
Disambut pada Ahad minggu ketiga
bulan Jun setiap tahun
Entahlah...saya tak pernah menyambutnya
kerana saya meningati Ayah
setiap masa,setiap hari..
Dalam Islam pun takde Hari Ibu/Hari Bapa dll...
kerana kita diwajibkan menyayangi
orgtua sentiasa..
Ayah,
Setiap kali memandang wajahmu
Hati ini begitu bersyukur
Hati ini begitu bahagia
Kedapatan seorang ayah sepertimu.
Ayah,
Kehidupanku serasa bermakna
Dengan titik peluhmu
Aku dan adik-adik mengenali dunia
Dengan kasih-sayangmu
Aku dan adik-adik mengenali bahagia
Dengan ilmumu
Aku dan adik-adik mengenali Allah Yang Maha Esa.
Ayah,
Aku tahu susah payahmu
Aku tahu deritamu
Aku tahu budimu
Semuanya kau persembahkan
Tanpa sedikit pun rungutan
Tanpa sedikit pun kemalasan
Demi membela diri kami sekeluarga.
Ayah,
Jutaan kasih dan penghargaan ku hulurkan
Buatmu yang sentiasa jerih dan perit
Sanggup berkorban segalanya
Hanya kerana keluarga tercinta.
semoga ayahanda tercinta sentiasa sihat, diredhai Allah dan berbahagia dunia akhirat di samping keluarga tersayang.
ReplyDeletejasa mereka tidak terhitung.
Semoga beliu sentiasa sihat dan diberkati Allah SWT.
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteseronoknya masih punya ayah,
saya setuju kata2 kamsiah. Pada dasarnya memang macam itu. Siapa yag lahirkan kita. Cuma pada saya kita sekurang2nya lafazkan "selamat hari bapa" pada tarikh ni saja. Untuk ucapan selamat hari bapa pada tarikh2 lain..agaknya tak syok. Ialah..kita niat bagi dia kejutan. kalau hari ibu ada kad tak adil anak2 tak bagi kad hari bapa pula macam etu ni.Kalau hari kekasih saya tak pandang. Ianya lebih kepada golongan remaja yag hanya leka akhirnya. hari kekasih pada usia kita biarlah setiap hari dengan limpahan kasih sayang.
ReplyDeleteSaya dan anak2 sambutpun biasa saja..cukup anak2 peluk mama dan saya, cukup.Kebetulan anak2 ke asrama hari ini. Mereka sempat ucap SHB.
selamat hari ayah pakcik:) nice word babe
ReplyDeletePIEWAHID=tq..Alhamdulllah ayah masih elok penglihatannya,pendengarannya,cuma biasalh org tua...lemah2 badan...dmam2 seklai skala....
ReplyDeletezaiton...insya allah...begitulah doa setiap anak pd org tuanya
ReplyDeleteikutsukakoi...tp ayah saya berjauhan dgn saya...saya di kedah..ayah dikelantan...dan saya tak berkesempatan menjenguknya sekerap mungkin...hanya bertanya kabar melalui telefon
ReplyDeleteetuza...ibudan ayah tak pernah mengharapakn pemberian material dari anak2,kan...cukup sekadar mengingati mereka,meenyayangi mereka...dan pulang menjenguk mereka...
ReplyDeletenaz....saya rasa,ayah saya tak tau pun wujudnya hari meraikan bapa..:(
ReplyDeletesedih pula baca nasihat kam's ni, saya terus teringat bapa di sebelah kampung ni...terima kasih, apa yg di kata memang betul.diorang mahukan kita menyayangi mereka.
ReplyDelete