27 October 2010

Air Tangan Ibu



Selalu kita dengar orang menyebut-nyebut tentang ‘air tangan’ ibu
Masakan hasil sentuhan tangan ibu lebih sedap dan berkat.
Walaupun ibu masak gitu-gitu saja,
letak bahan ala kadar tapi anak-anak
dan suami makan berselera.
Sedap macam mana pun makanan di luar,
sedap lagi masakan ibu di rumah.
Sebab apa?
Sebab ibu masak dengan hati dan perasaan.
Ibu niatkan di hati untuk sediakan hidangan yang
terbaik dari sentuhan tangannya sendiri
buat anak-anak dan suami.
Perasaan kasih dan sayangnya tertumpah di situ –
sambil dia memotong sayur, menyiang ikan,
menggoreng, menumis dan sebagainya.
Ini menunjukkan kerja-kerja mengurus
rumah tangga melibatkan jalinan emosi dan tautan hati.
Ia bukan sekadar kerja fizikal.



Bagi seorang wanita yang sudah berkeluarga,
sememangnya dia berkewajipan menyibukkan
diri mengurus rumah tangga dan
anak-anaknya dengan tangannya sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"… dan seorang isteri adalah pemimpin bagi
rumah suami dan anak-anaknya,
dan dia akan diminta pertanggungjawaban tentang mereka…"
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)



Walau sibuk membantu suami mencari nafkah keluarga
atau memberi sumbangan fardu kifayah kepada masyarakat,
sentuhan tangan isteri tetap perlu dalam kerja-kerja di rumah.
Ini terutamanya dalam kerja memasak,
menghidang makanan, melayan suami, mengurus anak-anak
dan sebagainya iaitu kerja-kerja yang melibatkan emosi.
Di situ saluran bagi isteri atau ibu menumpahkan
perasaan keibuan atau kewanitaannya


1. Penyediaan makan minum sekeluarga

Oleh kerana isteri dan ibu tadi memasak
"dengan hati dan perasaan",
suami dan anak-anak dapat merasa kasih sayang yang
ditumpahkan itu melalui hidangan yang dimakan.
Di samping ada keberkatan pada makanan itu
, ada kesan psikologi di sebaliknya.
Ia membuatkan suami dan anak-anak semakin
jatuh kasih pada isteri dan ibu mereka.

Lebih-lebih lagi jika sewaktu menyediakan makanan,
sambil basuh beras atau menanak nasi,
lidah isteri sentiasa basah dengan zikir dan selawat.
Disertakan pula dengan niat untuk dapatkan keredhaan Allah,
hidang makanan yang halal untuk keluarga,
membahagiakan keluarga atau lain-lain niat yang murni.
Pastilah bertambah keberkatannya.

Kesan ‘air tangan’ ibu akan lebih terasa bagi anak kecil
yang disuapkan makanannya oleh ibu.
Sesetengah ibu mengunyahkan makanan sebelum
disuapkan ke mulut anak agar kasih sayangnya dapat
berbaur sekali dengan air liurnya untuk dicicip oleh anak.

2. Hidang minuman untuk suami

Waktu suami balik kerja, sedang duduk membaca
di rumah atau baru selesai membersihkan halaman,
siapa yang selalunya hidangkan air untuk suami?
Perkara ini mungkin kecil tapi memberi kesan yang
besar pada hubungan suami isteri.
Tangan yang sering membawa hidangan minuman
itu sebenarnya tempat tumpahnya kasih sayang suami.

3. Raikan suami dan anak-anak di muka pintu

Isteri sendiri patut
meraikan suami yang hendak keluar bekerja
Anak-anak yang hendak melangkah keluar ke sekolah
juga perlu diraikan di muka pintu oleh ibu mereka.
Begitu juga sewaktu suami dan anak-anak balik.
Cara ini akan memberi kesan psikologi yang amat
mendalam di hati suami dan anak-anak.


4. Mandikan anak
Sentuhan lembut tangan ibu pada tubuh anak waktu dimandikan
juga dapat mentautkan emosi ibu dan anak.
Ada petua orang tua-tua yang
menggalakkan ibu atau bapa
membiarkan air mandiannya jatuh
ke tubuh anak ketika mereka sama-sama mandi.
Supaya anak jadi rapat dan mudah dengar kata.

5. Kejut anak bangun tidur

Mengejutkan anak untuk bangun Subuh adalah sebahagian
dari agenda dalam pengurusan rumah tangga terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat awal remaja.

Sentuhan tangan ibu yang dirasai oleh anak di permulaan
hari pasti ada keberkatannya dan berbekas di hati anak.
Terutama apabila dibisikkan sekali doa,
zikir atau selawat di telinganya.

6. Menyelia kerja anak-anak
Anak-anak perlu dilibatkan dalam
kerja pengurusan rumah tangga.
Paling tidak kerja yang melibatkan keperluan
mereka sendiri dan memenuhi keperluan ibu bapa
sebagai khidmat bakti mereka.
Ini memerlukan sentuhan peribadi
seorang ibu dalam menyelia kerja anak-anak.
menunjuk ajar itu terjalin hubungan intim ibu-anak
sambil anak dilatih berdikari dan berbakti.

Sabda Nabi s.a.w.: "Semoga Allah memberikan kasih
sayang kepada orang tua yang
mendidik anaknya untuk berbakti kepada dirinya." (Riwayat Abu Asy-Syeikh)



"Di sebalik kejayaan seorang lelaki
pasti ada wanita di belakangnya".

Oleh itu jangan pandang kecil pada seorang suri rumah
yang kerjanya setiap hari hanya mengurus rumah tangga.
Namanya mungkin tidak pernah disebut-sebut orang.
Dibayar gaji apatah lagi diberi anugerah
Tetapi kejayaannya membereskan urusan-urusan rumah tangga
melalui sentuhan peribadinya harus diberi penilaian yang tinggi.
Kerana bermula dari suasana rumah tangga yang beres itu,
dia mampu membentuk jiwa anak-anak yang cemerlang
dan menjadi pendorong utama di
belakang kejayaan suami di luar rumah.

post signature

3 comments:

  1. Alhamdullilah... rasa tenang baca n3 ini . Kerana sayalah surirumah itu dan saya berharap ciri2 yang terdapat dlm n3 itu adalah saya .

    Yang penting, kita kena ikhlas kan kak . Moga akak sekeluarga sihat dan bahagia hendaknya ketika ini .

    ReplyDelete
  2. Saya setuju ngan post ni. Sekurang2nya makan minum keluarga biarla selalu isteri yang sediakan.

    ReplyDelete
  3. K Kamsiah: mmg air tangan ibu tak de tolok bandingnya kan kak.

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●