06 January 2011

Zina Hati


“ Amat besarlah kemurkaan ALLAH kepada

sesiapa yang berkata, apa yang tidak dia lakukan”


Zina hati,

bukanlah sebenarnya mengkhayalkan zina di dalam khayalan kita.

Tetapi zina hati ini adalah apabila kita

tidak mengawal rasa cinta kita,

dengan kita melakukan perkara-perkara yang mendekati zina,

tetapi kita tidak melakukan zina.

Zina hati ini boleh terjadi melalui pelbagai medium.

Contohnya, telefon, yahoo messenger,

sms, e-mail dan sebagainya.

Maksudnya, kita tidaklah bercouple bersentuh tangan,

atau keluar berdua-duaan, atau berkhalwat bersama pasangan,

tetapi kita sentiasa berhubung dan akhirnya timbul satu

perasaan di dalam hati yang menganggu kebersihan jiwa kita.


Zina hati, biasa berlaku jika kita tidak menjaga perhubungan kita.

Namun boleh juga berlaku jika kita sendiri

yang berlebihan mengingati pasangan yang kita cinta,

atau orang yang kita admire.

Semua ini hakikatnya adalah lorong-lorong

yang membawa kita kepada zina.


Perasan tak, apakah yang ALLAH arahkan kepada kita berkenaan zina?

ALLAH SWT berfirman,

“ Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya

itu adalah perbuatan yang keji,

dan itu adalah perbuatan yang buruk”




ALLAH mengarahkan kita,

supaya jangan mendekati,

bukan jangan buat.

Maksudnya, nak dekat pun tak boleh, apatah lagi buat.

Di sinilah zina hati menjadi perkara yang besar untuk kita,

kerana zina hati adalah kesan dari kita mendekati zina.


Bagaimana?

Lihat sabda Rasulullah SAW ini,

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan

nasib anak Adam mengenai zina.

Tidak mustahil dia pernah melakukannya.

Zina mata ialah memandang.

Zina lidah ialah berkata.

Zina hati ialah keinginan dan syahwat

,sedangkan faraj (kemaluan)

hanya menuruti atau tidak menuruti"



Lihat, zina mata adalah memandang,

zina lidah dalah berkata, dan zina hati adalah keinginan.

Bila kita tidak menjaga tatacara

perhubungan yang ISLAM dah tetapkan,

kita akan terdedah kepada pasangan kita.

Kita akan sentiasa memandangnya,

atau jika tidak memandang, melalui telefon contohnya,

maka kita akan sentiasa merindui suaranya,

bila bersembang,

kadangkala kita sengaja berlebih-lebihan dalam berbicara,

atau kemungkinan kita akan sengaja

melembut-lembutkan suara kita dengan

kelembutan yang ganjil bila berbicara dengannya.


Semua ini, menganggu hati.


Apabila kita asyik merindui pasangan kita,

sentiasa berfikir mengenainya, kecantikannya,

ketampanannya, sifat penyayang dan keramahannya,

kelembutannya dan betapa kecintaan kita kepadanya,

atau kecintaannya kepada kita, maka zina telah berlaku,

walaupun tidak bersua dari segi pancaindera.

Semua itu menimbulkan bintik hitam dalam hati kita.


Sebab itulah kita diminta menjaga mu’amalah


Zina hati, kalau dibiarkan lama-lama,

akan menyebabkan kita kelemahan dalam beramal dan

merosakkan diri kita sendiri dari dalam.

Malah kalau tidak dinyahkan dalam diri,

berkemungkinan besar menarik diir kita ke lembah zina yang sebenar.


Zina hati ini, oleh kerana namanya pun zina hati,

maka tidak akan ada sesiapa yang dapat menangkapnya

melainkan diri kita sendiri. Maka kes ini adalah amanah.

Kita sahaja yang dapat menyedarinya apakah kita ini

sudah dijangkiti zina hati atau tidak.




Sebab itulah ayat zina itu dinyatakan dengan arahan tidak mendekati.

Apa lagi? Mari kita sama-sama muhasabah diri.


27 comments:

  1. kak kam..kalau perasaan tue hanya pada sumai kita itu blh dikira zina hati jugak ker kak kam?

    p/s: nanti jawab kat shoutmix kina yew. tq

    ReplyDelete
  2. Tima kasih kak berkongsi entry yg penuh ilmu pagi ni..

    ReplyDelete
  3. Salam Kam,

    Pendek kata, jagalah hati kerana kadang2 zina hati boleh terjadi tanpa disedari.

    Minta dijauhkan Allah apa-apa yang boleh menjadikannya dimasuk dalam kategori 'zina mata'.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Sesungguhnya syaitan adalah musuh kita yang nyata, yang sentiasa menyerukan kepada kesesatan dan kehancuran, yang sentiasa membaluti kemungkaran dengan kebajikan untuk mengaburi mata sekelian manusia kecuali hamba hamba Allah yang ikhlas.

    ReplyDelete
  5. Betul tu..tu pasal la Islam kata jangan hampiri..sebab cukup mudah sangat...

    ReplyDelete
  6. @bunga_rosyg baik jadikan teladan..yg buruk sama2 dijauhi..

    ReplyDelete
  7. @Kunang-Kunangmenjaga hati part paling susah..kerana org lain tak nampak,tak tahu apa yg ada dlm hati kita..

    ReplyDelete
  8. @Abd Razaksalam...betul kerana syaitan telah bersumpah utk menyesatkan kita hingga ke hari kiamat...

    ReplyDelete
  9. @Fadzli Amirya..jgn menghampiri..jgn memulakannya...kerana iblis sentiasa membisikkan tipu muslihatnya pd kita

    ReplyDelete
  10. @si para parajagalah hati sendiri...jgn dok pikir yg bukan2...

    ReplyDelete
  11. @anysssentiasa igt mati...sentiasa igt dunia hanya sementara..

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum..trime kasih atas perkongsian yg sgt bermanfaat ini..semoga akak sekeluarga dirahmati Allah SWT

    ReplyDelete
  13. Salam Kamsiah,

    Selagi belum kiamat janji syaitan utk menggoda anak-cucu Adam tidak akan berakhir. Kita sebagai Hamba Allah kena selalu kuatkan iman dari godaan syaitan tanpa henti itu.

    ReplyDelete
  14. @Kakzakiebersih hati,bersih lah jiwa,bersihlah kehidupan kita

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●