31 May 2010

NASH Donut & Bakery..

Nash donut & bakery...
serius cakap...donutnya lbh sedap,lbh lembut,lbh gebu
lbh manis drpd jenama donut terkenal yg lain
(sebut jenama kang kena saman pulak)




yg putih dgn lingkaran pink tu
berperisa durian( krim durian didalam)
sehingga menjilat jari...

yg putih 2 biji kat tgh tu
Tiramisu donut...





ni pulak perisa oren
dgn krim cokelat didalamnya

Setakat ni,Nash Donut hanya terdapat kat tempat berikut
-Bandar Perda,BM
-Village Mall,Lagenda Heights,SP
-Taiping Centrel,Taiping
-Jitra Mall,Jitra,Kedah

post signature

29 May 2010

Melawat Muzium Padi

Sempena Wesak Day kelmarin
kami keluar rumah seawal 7.50 pagi
destinasi pertama-Kolej Matrikulasi Pendang
amik my son keluar



oleh sbb belum bersarapan lagi
singgah kat R&R Gurun utk mengisi perut
haha anak saya berbakat jadi waiter...

pada mulanya...plan nk tgk Pertunjukan Belon Udara Panas
di Taman Jubli Emas,Alor Setar
tp bila sampai disana...hampir pukul 12 tghari..
hulamakkk...org punya la ramai...
parking jauh..panas mcm nak pecah kepala...
ohh..saya tak sanggup keluar dari kereta..

akhirnya hubby memandu menuju ke Muzium Padi
walaupun dah hampir 19 th dok Kedah
saya belum sampai lagi kat muzium ni






Tasha dah tensen berposing dek kepanasan...




Yang paling menarik dan unik di Muzium padi ini
ialah apabila berada di aras 3.
Di sini kita dapat melihat panorama tanaman padi dalam bentuk mural dan lanskap.
Mural yang berketinggian 8 meter dan 103 meter panjang ini
adalah salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia.
Di aras ini ada ruang pemerhati terletak di atas platform berputar.

















post signature

23 May 2010

Kehilangan Lagi..........

Tanggal 21 mei....lbh kurang jam 4 petang

beberapa jam sebelum keluar bekerja

Mohd Azry Abd Rahman

menukar status facebooknya dari "in relationship" ke "single"


Jam 12 malam...sebuah lori yg sarat dgn muatan itik

utk dihantar ke restoren KL,...

kiri sekali Azry,ditengahnya abahnya Abd Rahman

dan kanan,kawannya yg memandu lori tersebut..

jam 12.15....di Sabak Bernam

lori tersebut melanggar sebuah lori rosak

yg diletakkan dibahu jalan

akibat rempuhan kuat tersebut

Azry meninggal ditempat kejadian

akibat cedera parah dan tersepit

manakala bapanya patah paha

dan kawannya cuma cedera ringan


Abd Rahman ialah abg ipar saya

dan Azry adalah anak sedara sebelah suami saya

baru berusia 23 tahun

anak lelaki harapan ibu dan ayah

utk membela nasib adik2nya...

menjaga orgtua dikemudian hari

tp terlebih dulu pergi...

jenazah yg tiba dari Hospital Teluk Intan
diletakkan sekejap dirumah ibu mertua saya
utk ditatap sanak saudara,rakan taulan..



perjalanan terakhir...jenazah dimasukkan kedalam van
utk dibawa ketanah perkuburan




bermula dari malam kejadian...
hujan turun renyai2...
suasana begitu nyaman...
dan hujan berhenti bila selesai urusan pengebumian..


Belumpun sampai setahun pemergian abg ipar saya
yg dulu
yg pernah saya coretkan disini
kali ni kehilangan sorg lagi ahli keluarga..
Alfatihah utk arwah
semoga arwah ditempatkan bersama bersama org2 yg beriman



"Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang". (H.R. Ibnu Abu Dunya).


post signature

21 May 2010

MAS Psychomotor Test @ Subang

Suami saya mengambil cuti pd 18/19 mei lepas
utk menghantar anak ke Subang
sebaik habis kelas pukul 4 ptg
bertolak la 2 beranak tu ke sana

Psychomotor Test
Alhamdulilah anak saya telah berjaya melepasinya
dan lepas tu menduduki MISPA pulak(Psychomotor Metric)
(100 soalan kena setel dlm masa 1 jam)
sebelum ni lepas psychomotor test
hampir 2 bulan pulak baru pihak MAS panggil menduduki MISPA

Emmm kalau ada rezeki..ada la..
dipanggil interview nnt..










post signature

15 May 2010

Interview Kadet Pilot MAS

Saya pernah menulis dulu
tentang permohonan anak saya
utk mengikuti latihan kadet pilot MAS...
huhu pilot la pulak..
ceritanya disini
Sebelum anak saya ke matrik
MAS ada menghubunginya
memaklumkan dia adalah calon yg disenaraipendekkan
dan semalam..setelah beberapa hari di pusat matrikulasi
MAS menghubunginya lagi..
meminta datang temuduga..
hmmm..kalut la jugak
interview 19 ni..
sedangkan kelas dah bermula...
saya tau..dia mmg minat sgt dgn 'simulator'..
kecik2 dulu...dikala budak2 lain layan kartun..
dia tercongok depan tv layan Air Crash Investigation..
kat dinding bilik pun
penuh dgn poster kapalterbang...



post signature

10 May 2010

Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMTK)

Salam semua...
dah beberapa hari tak menjenguk rumah sendiri..
sampai berhabuk,bersawang...

Alkisahnya..pada khamis lepas..
lbh kurang pukul 2 pg
guruh dan petir berdentum bagaikan bom
pagi esoknya...internet tak boleh akses...

bila call TM,bkn rosak kat rumah
tp kabel/tiang mana yg terpelanting,terbakar..
dan hari ni..setelah 4 hari..
baru kerosakan tu berjaya dibaiki..

dan hari ni...10 mei...
anak sulung saya memulakan kehidupan baru
kat kolej matrikulasi



KMTK...asalnya sekolah menengah teknik
dinaik taraf sbg kolej matrikulasi teknikal...


pemandangan dari tingkap biliknya
nun tersergam megah Gunung Jerai...


ni bkn kelapa sawit atau pokok kurma tau..
tapi Pokok Tai a.k.a Kelapa Laut Afrika


sedang mengemas pakaian
(abaikan ja family disebelah tu..)



satu bilik...6 orang...


bulan 4 tahun depan...
habislah masa belajar kat sini..

post signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.