27 July 2010

Fluffy Buns From Gardenia

Red bean bun.
Cheese twist.
Potato bread.
Chocolate roll.
Raisin bread.
Kaya bun.
Delicia Butterscotch.
Dan sekarang...
-Fluffy Buns
(promosi percuma utk Gardenia)




it was L-u-u-u-urve at First Bite







Gardenia Delicia Butterscotch
It’s so sweet and buttery and soft and fluffy

Semasa Butterscotch mula2 dikeluarkan dulu
4 bungkus sekali beli-licin..!!
sekarang...sebungkus pun 3,4 hari baru habis...
dah jemu..

post signature

26 July 2010

Penguna Termuda FB



Ni dia...ahli berdaftar FB termuda(mungkin)
baru berumur 4 tahun maaaaa...
bukan apa...
dikala mak nya,abg,kakak2nya asyik layan FB(game)
Tasha pun nak jugak..

sebelum ni bila dia mintak nak
main game kat FB
kita org buka akaun sapa2,biasanya akaun kakaknya,Eleena
dan akaun saya
tp dia sering hantar msg(chatting)
walaupun dah di offline(dia pandai on semula)
dia guna bahasa 'alien' dia la..
@anns,./s-907bdb5572&Tnb0=.mb
lebih kurang cam tu la
hai...anak2 zaman IT...
dikala abang dan kakaknya dulu layan PS
dia dah tau internet terputus
dah tau tukar screen saver,wallpaper
buka youtube (peberet dia Geng Bas Sekolah,Upin& Ipin)
part paling best...
dia pandai buka 'new tab'..


post signature

25 July 2010

Menumpang Teduh



Sejak beberapa hari lepas
dari bilik tidur saya
amat jelas kedengaran burung berkicauan...
terasa seolah berada dikampung pulak...
bila dijenguk keluar
tiada apa2 pulak




oleh kerana pokok ni berada dibawah bumbung rumah
ianya hampir mati kekeringan
(saya tak menyiramnya jika hari hujan
walaupun pokok ni tak kena hujan)
dan semalam saya bercadang
utk menebang pokok yg hampir kekeringan ni
namun terdengar bunyi berdecit2 lembut...
rupanya ada makhluk ALLAH menumpang teduh





bila ianya bertelur?menetas...?
dan burung apa ni...
saya tak tau...!!

terus tak jadi tebang pokok ni
biarlah ianya membesar dulu
dan boleh terbang bebas...
harap2 ia tak mati diusik2,dibelek2 saya tadi...

post signature

13 July 2010

Hari Konferensi Waris

Ahad...11 Julai
hari Jaya Waris a.k.a Hari Konferensi Waris
disekolah anak saya yg form 5 tu
Sek Men Taman Kenari

Tak byk foto yg disnap
kerana malu sebenarnya nak snap gambar
dlm majlis2 mcm ni

pertemuan secara langsung
antara ibubapa/penjaga dgn para guru
berbincang dari mata ke mata
tentang prestasi anak2 disekolah
subjek2 yg lemah
yg perlu diatasi




ambil gambar pentas ni
lepas majlis berakhir


Ucapan oleh Pengetua sekolah
Puan Ommi Kalthum

Taklimat oleh wakil Kolej Matrikulasi Changlun
Puan Murniwati
penerangan ttg syarat2 ke kolej matrikulasi
walaupun anak sulung saya dah berada di kolej matrikulasi
tp bila dgr taklimat ni
baru saya tau
kenapa ada program satu tahun(PST)
dan program dua tahun kat matrikulasi
dan saya rasa anak sulung saya
buat keputusan yg tepat
utk ke kolej matrikulasi
berbanding buat diploma 3 th kat U

Lepas tu baru ke kelas anak masing2...
jumpa guru,sign report card..
terimakasih cikgu
kerana meluangkan masa bertanya,berkongsi
hampir 20 minit dgn setiap ibubapa...

post signature

12 July 2010

Merah Jambu

Pink a.k.a merah jambu
Warna ini dianggap menyerlahkan ciri feminin yang sangat kuat
dan tidak ramai lelaki yg berani
memakai pakaian berwarna pink...

Saya...saya adalah peminat fanatik kaler pink
sejak zaman remaja,
hingga sekarang dah ada anak remaja
minat tu tak pernah berubah
apa2 ja berwarna pink
cepat menarik perhatian saya
(nasib baik tak minta suami cat kereta kaler pink)

dan saya amat anti warna biru
saya cuba menyukainya
bila dikatakan bitu tu damai,lembut...
tp hingga kini masih gagal...
malah,jika diberikan apa2 percuma kepada saya
yg berwarna biru...
saya tak mengambilnya..:)

teringatlah majlis kawin adik ipar saya dulu
yg menetapkan tema biru...
dgn berat hatinya saya menempah sepasang baju kurung biru
dan memakainya dgn mulut yg muncung pd hari kenduri tersebut
dan peristiwa suami beli sofa kaler biru dulu
lama jugak la mulut saya ni dok muncung...

mengikut apa yg saya baca
kaitan warna dan personaliti
Mereka yang suka pink
sentiasa inginkan diri mereka jadi muda.
Anda mengharapkan anda mempunyai imej
yang anggun di pandangan orang lain.
Mereka mempunyai tarikan yang semulajadi.
Orang lain amat selesa
dengan tarikan itu.

ye ke...??

manakala Dr Fadzilah Kmasah pula menyatakan
peminat warna pink:
kamu akan sedaya upaya membuat yg terbaik
dlm apa jua yg dilakukan serta suka menolong
dan mengambil tahu hal disekelilingnya.



saya tak kisah
jika dikatakan asyik memakai tudung yg sama
kerana kebanyakan koleksi tudung saya berwarna pink
bkn tak beli tudung kaler lain
tp saya tak memakainya...





dan kini warna pink turut diminati anak dara saya
yg suka membeli blaus kaler pink..

post signature

10 July 2010

Hari Peladang,Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri P.Pinang

Hari Peladang,Penternak dan Nelayan
peringkat negeri Pulau Pinang
bermula 8-11 Julai
biasanya kami tak melepaskan peluang
melawat dan menyemak kat sana...


my daughter sempat berposing bersebelahan banner...
tak malu tul...

pertama kali melihat anak penyu secara live...


kreatif...buah nenas bergayutan...
kopi dan teh berperisa nenas pun dijual...



ayam yg comei2...


kambing pun yg cun2 dipamerkan...





orkid yg murah2 dan berjaya menarik duit poketku...







post signature

03 July 2010

Baru puas hati berblog...

Yezzzaaa...akhirnya mr black
HP p6050d dah boleh digunakan
kerosakannya cuma perlu dibayar rm90 ja
tp amik masa berbulan utk dihantar services..


baru puas hati berblog,berfb dsb
walaupun tak boleh diusung kemana2
tp mengunakannnya amat seronok
besar,lebar...



berbanding mr lappy ni
kecik comei...
dah tak dak yg berebut lappy ni dah...

post signature

02 July 2010

Hari Anugerah Cemerlang






Semalam berlangsung hari anugerah cemerlang
kat sekolah anak perempuan saya(form 5)

Alhamdulillah beliau merangkul 2 anugerah

-Terbaik subjek BI

-Pencapaian Terbaik Ko-Akademik

post signature

01 July 2010

Sup Ekor Chef Wan



Sup ekor ni saya dapat dari buku resepi
masakan Chef Wan (Sedapnyaaa)
hidangan ni 'wajib' dibuat pada hari raya

dan ni 'diulang tayang' atas permintaan
sorg anak sedara yg sedang mengidam
maklum la,suaminya tokey lembu
haha ekor lembu tentu berlambak,kan...

bab mengidam ni
tak pasti la anak atau maknya
yg lebih2...





Bahan-bahan

125 ml / 1/2 cawan minyak sayuran
500 gram ekor, dibersihkan dan di potong-potong
2 sudu besar ketumbar serbuk
1 sudu besar jintan putih/halus serbuk
1 sudu besar jintan manis/kasar serbuk
1 1/2 sudu besar tomato puri
1.5 liter/ 6 cawan air
1 batang lobak merah, dikupas dan didadu
1 biji ubi kentang, dikupas dan didadu
2 batang saderi, didadu
Garam
lada hitam yg baru dikisar
daun ketumbar, dihiris-hiris
Bawang goreng

Rempah Tumis

4 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar halus-halus

10 ulas bawang merah, dikupas
4 ulas bawang putih, dikupas
2 batang serai, dihiris halus-halus
1 cm halia, dikupas

Cara

1. Panaskan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat dan toskan
2.Didalam minyak yang sama, masukkan rempah tumis dan bahan kisar dan goreng sehingga naik
baunya.
3. Tambah ketumbar,jintan manis/halus,dan jintan manis/kasar serbuk dan kacau di atas api kecil selama
3-4 minit sehingga wangi. Campurkan tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tamabh air dan renihkan.
5. Tambah lobak merah, ubi kentang dan saderi, renihkan selama 1 jam 45 minit sehingga ekor lembu
empuk. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
6. Hiaskan dengan daun ketumbar dan bawang goreng sejurus sebelum menghidang.

Catatan: untuk menjimatkan masa, anda boleh masak sup ini dalam masa 25 minit denagan menggunakan periuk tekanan. Teatapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1 liter / 4 cawan sahaja


p/s:kalau hang buat tak menjadi

jgn salahkan resepi ya..
post signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.