31 December 2010

Selamat Datang 2011

Begitu pantas waktu berlalu
sedar tak sedar
2010 sudah melabuhkan tirainya
2011 menjelma
dan semakin dekatlah kita menemui DIA...

Bersyukurlah kepada Allah taala
kerana padaNya kita berjaya
sampai ke tahun baru ini.

Kerana.....
ada dikalangan teman kita
yang tidak dapat bersama
menempuhi tahun baru
ini kerana telah ditakdirkan oleh Allah
untuk kembali sebelum sampai tahun baru ini.

Ada yang sihat..
tapi ketentuan tuhan tidak dapat diduga..
ajal.. maut semuanya
telah ditentukan oleh Tuhan.

Jadi nikmat paling besar yang tuhan kurniakan
kepada kita adalah nikmat hidup…
kerana dengan hidup barulah kita dapat
menambah amal ibadah untuk
bekalan di akhirat nanti.
Bersyukur kepada Allah Taala

Semoga tahun ini merupakan tahun yang baik
kepada kita berbanding tahun lepas
dari segala amal soleh..
kejayaan dan keazaman untuk berjaya
di dunia dan Akhirat.


30 December 2010

Oreo Cheese cake

sebenarnya ni air tangan anak pompuan saya
yg sedang tunggu result SPM tu
saya pun tak tau apa barang2 yg dibelinya
utk membuat oreo cheese cake ni

bahan utama mestilah cheese dan biskut oreo,kan..


bila dia di dapur
dia tak suka org lain 'menyibuk' di dapur
(sama seperti saya-rimas bila ramai2 kat dapur)


rasanya...boleh la...

26 December 2010

Aktiviti Hari Krismas

Cuti pada sabtu sempena krismas
digunakan sepenuhnya
utk 'membuat cendawan'
iaitu memasukkan habuk kayu
yg dicampur bersama dedak dan kapur
ke dalam bag plastik

sebelum ni hubby mengupah
budak2 kat kampung tu
tp disebabkan cuti sekolah
anak2 tak buat apa2
dikerahlah anak2 dan isteri bersama





Tasha turut mengambil bahagian





sebahagian bongkah yg berjaya disiapkan
proses seterusnya adalah mengukus
sebelum dimasukkan benih



tengaharinya..lunch a.k.a makan kenduri
penghujung cuti pun masih ramai yg buat kenduri

Alya Zahra..cicit ke 4 my MIL






konvoi motor besar mengiringi pengantin


basuh mulut dgn aiskrim

>
>
>
>

Ahad...bersambung lagi aktiviti ni
cuma bezanya anak dara yg dok
tunggu result SPM tu
mengambil lesen kereta
so kurang la sorg tenaga kerja




dah dapat lesen nnt
senang la bawak mak pi Giants kan..







26 dec jugak
adalah hari ulangtahun saya
dah 40 tahun diberi kesempatan utk hidup di bumiNYA...
ALHAMDULILLAH

24 December 2010

Ditelan pahit,dibuang sayang...

Sapa yg ada hobi pelik mcm saya
kumpul botol2 perfume
yg telah habis digunakan?

Sememangnya saya teramat
sayang nak buang
kerana selain ianya cantik
jika dibuka penutupnya
ianya menyebarkan bau harum
(sebelum betul2 kering kehabisan)


dulu-saya display mcm ni
(kebanyakannya tak habis dipakai)
bila terasa tak serasi dgn deria

then hubby berkata
jika botol2 tu terjatuh atas kepalanya
atas hidungnya
semasa tido
mau mati dibuatnya hehe
(koleksi ni berada dlm master bedroom)

akhirnya...
kotak kaca ni jadi mangsa
tempat penyimpanan botol2 tersebut
asalnya kotak kaca ala2 akuarium ni
tempat hubby gunakan utk
membuat tisu kultur cendawannya


miracle lancome
dan burberry london
yg benar2 serasi dgn saya
yg lain...mau pening kepala sehari jika memakainya
(seperti essey miyake)


dulu..saya gemar collect
botol syampu/sabun hotel
sampai satu tahap
terpaksa dibuang bila tiada ruang
utk menyimpannya..

23 December 2010

Rupanya kentang berbagai jenis..

Membelek akhbar Berita Harian hari ni
saya tertarik dgn artikel
didalam ruangan Ratu
tentang keistimewaan kentang

dan baru saya tau
rupanya kentang mempunyai berbagai varieti
dan yg penting fakta ni

MUNGKIN ada yang bimbang untuk
memakan atau mengambil ubi kentang
dalam menu makanannya
kerana ia dikatakan,
boleh menyebabkan punca kegemukan.

Fakta itu ternyata tidak tepat kerana
jumlah lemak ubi kentang adalah
di bawah paras 25 peratus
dan membekalkan karbohidrat
kompleks manakala kandungan kalorinya
adalah rendah, malah dikenali
sebagai bahan makanan
yang bebas kolesterol.









red potatoes...


hhmmm..sedap,kan..



ni pulak varieti purple potatoes




sangat la cantik..



spesis yg biasa dilihat
brown potatoes
kalau buat kari ayam/daging atau sup
wajib bubuh kentang ni
selain memekatkan kuah,
ia juga memberi rasa 'manis' dalam masakan

kentang pusing a.k.a kentang pening


Hirisan ubi kentang mentah
serta jusnya boleh membantu mengurangkan
kesakitan penyakit yang
menyerang sendi-sendi dan radang otot.

Ubi kentang juga boleh melegakan kesakitan
salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan
kebakaran ringan
dengan cara menekapkan hirisan kentang
di tempat berkenaan
selama 15 minit atau lebih.

Ubi kentang lecek (tanpa mentega)
boleh memutihkan dan melembutkan tangan.

Kentang berkesan untuk merawat penyakit
batu karang dan juga mengatasi masalah
jerawat dan bisul.

Caranya adalah dengan mengadun
ubi kentang dengan sedikit air kemudian
disapu ke atas jerawat atau bisul yang sudah
pecah sebelum ditutup
dan dibalut dengan kain bersih.
Cara rawatan yang sama juga
digunakan bagi merawat kudis atau luka.

Pencegahan Hipertensi

Kentang juga merupakan sumber yang
baik akan berbagai mineral, seperti kalsium (Ca),
fosfor (P), besi (Fe) dan kalium (K),
masing-masing 26,0; 49,0; 1,1;
dan 449 mg/100 g. selain
kandungan natriumnya sangat
rendah, yaitu 0,4 mg/100 g.

Rasio kalium terhadap natrium yang
tinggi pada kentang sangat menguntungkan
bagi kesihatan, khususnya terhadap
pencegahan timbulnya penyakit
tekanan darah tinggi (hipertensi).


dan..oohhhh..
ada beratus jenis ubi kentang diserata dunia

dan merupakan antara 5 kelompok
besar makanan yg ditanam manusia
selain gandum,jagung,beras dan terigu


22 December 2010

Muharram vs bubur asyura

Hari ni dah 15 muharram
sekejap ja,dah masuk
pertengahan bulan muharram

dibulan ni,sinonim dgn bubur asyura
di malaysia ni
lain negeri,lain cara
dan rasa bubur asyura


yg ni penang style
en hubby ada bwk balik sikit kelmarin
eh..ehh peliknya bg saya
sbb ianya lembik mcm bubur kacang gitu
tu rupa yg baru dikelurakan dari peti ais..



yg ni pulak
kedah punya bubur asyura
campuran berbagai jenis kekacang dan ubi
manis rasanya

boleh didapati sepanjang tahun
dipasar malam atau kat market(pagi2)



ni pulak johor punya
(kredit to google)
ala2 bubur lambuk


dan yg paling spesel,unik
bg saya adalah bubur asyura kelantan
disana disebut 'Syuro'

jika dinegeri2 lain
bahan utama adalah tepung beras
di kelantan digunakan beras
yg akan dikacau sehinnga menjadi bubur asyura
tentunya bkn sikit
masa yg diambil

antara bahan yg digunakan
beras,
bawang merah,gula
daging atau ayam
santan,kacang,ubi
serai,halia,bawang putih

paling spesel
rempah asyura

memasak bubur asyura dikelantan
bagaikan mengadakan majlis kenduri
meriah dan seronok..


ohhh...sejak berhijrah ke kedah
baru sekali saya merasai
semula asyura kelantan..
bilakah akan merasainya semula..

adakah rakan2 blogger yg tinggal dikelantan
sudi mengirimnya utk saya..:)



21 December 2010

Terimakasih utk award itu...

Dah lama rasanya saya
tak publiskan award yg diterima
bkn tak sudi mengambilnya
ambil tp terperap
kdg2 niat utk 'mengumpulnya' dulu baru publish


red rose in heart shape
ni pemberian seorang warga pendidik
cikgu kartni dari blog CM (cetusan minda)
telah lama jugak mengenali beliau
malah cikgu Tini tersenarai
antara pemberi komen terbanyak di blog saya
terimakasih cikgu..


award Best Blog ni pulak
datangnya dari blog Lulu Pages
baru saja mengenali lulu yg sweet tu

best blog...?
tak terpikir sejauh tu pulak
blog saya yg merapu dan caca merba ni

20 December 2010

Kerutup Ayam + Nasi Minyak

Ni menu lunch hari ni
si bongsu tu,Tasha mmg gemarkan ayam
tak kisah la digoreng atau dimasak berkuah
semua dia balun


semasa ke Giants 2,3 malam lepas
sempat la saya menyambar
3 paket rempah kerutup ayam
masakan kerutup ni popular di pantai timur
-kelantan & terenganu


seekor ayam yg telah di kerutup
rasanya mmg kurang pedas
sesuai uk anak2 kecil


acar timun sbg penyeri
nenasnya takde..sambar ja apa yg ada dlm peti ais




cara2 memasak kerutup

1 ekor ayam/ daging pun boleh
potong ikut suka
(anak2 saya sukakan ayam yg dipotong kecil2)
2 paket rempah kerutuk
1 cawan santan
1 cawan air
air asam jawa
2 sudu besar kerisik
2 helai daun pandan
sedikit gula melaka
garam
minyak

bahan A:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
beberapa helai daun pandan

bahan B (diblend)
1 labu bawang besar
3 bj bawang merah
5 ulas bawang putih
1in halia
1in lengkuas


Tumis bahan2 B
kemudian bila dah naik baunya
masukkan bahan2 A
kemudian masukkan rempah kerutup
yg telah digaul dgn secawan air
diikuti dgn air asam jawa
(boleh juga gunakan asam gelugur)
bila dah pekat sedikit
masukkan ayam

bila ayam hampir empuk
masukkan santan
dan kerisik

jika inginkan kuah yg banyak
boleh diangkat bila ayam telah empuk
jika sukakan kuah yg pekat
biarkan ia merenih hingga pekat

ayam kerutup ni sedap dimakan
bersama pulut kuning
roti jala atau roti putih




18 December 2010

Rich Chocolate Pudding

heart shape tupperware
ni dapat free masa beli
aiskrim wall's


tercedera la sikit semasa dikeluarkan

sedap dimakan bila disejukkan
dalam peti ais.


1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
Cara-cara

Campurkan semua bahan kecuali butter
dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam
loyang atau acuan yg disukai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.