26 March 2011

Surirumah....





1. Sikap sambil lewa dan suka bertangguh.
Mungkin kerana mereka sepanjang hari
berada di rumah dan tidak perlu
buat kerja dengan segera.
Sepatutnya suri rumah sepenuh
masa dapat mengurus rumah
dengan lebih baik dan kemas.
Tidak melakukan kerja secara tergesa-gesa
hanya apabila ada orang nak datang.

2. Tidak menjadikan kerja mengemas
rumah sebagai satu budaya hidup.
Sesungguhnya apabila mengemas
menjadi budaya harian,
mereka tidak memerlukan masa
yang panjang untuk mengemas rumah.

3. Tidak mendidik anak-anak
supaya sentiasa bersih dan kemas.
Sepatutnya anak-anak sejak kecil lagi
dididik agar menghargai kebersihan.
Jika sejak kecil sentiasa
hidup dalam suasana bersih,
sudah tentu ia akan menjadi
budaya anak-anak kita pula.

4. Tidak berminat mengemas rumah.
Hal ini berkemungkinan kerana mereka
sudah biasa hidup dalam suasana
yang tidak kemas dan tak terurus.
Akibatnya bila sudah berkahwin,
budaya itu turut terbawa-bawa.

5. Merasakan bahawa mengemas rumah
bukan perkara penting malah
merugikan masa kerana mesti dilakukan berterusan.

6. Suka mengunjungi rumah jiran tanpa
mengira waktu sehingga tidak
sempat hendak mengemas rumah.
Macam ahli mesyuarat tingkap

7. Lupa bahawa itulah imej yang mempamerkan
peribadi sebenar seseorang wanita.
Tentu tidak wajar wanita Islam mengabaikan
kebersihan dan kekemasan rumahtangga,
sedangkan Islam amat menyuruh
umatnya sentiasa bersih.

buatlah segala kerja dgn redha dan ikhlas
kerana segala rungutan
akan menghilangkan segala pahala

'syurga bagi lelaki adalah didunia
syurga wanita adalah disana..'


SESUNGGUHNYA BKN
SENANG MENJADI SURIRUMAH..


14 comments:

  1. rumah yang paling bersih adalah apabila tandas dia (tempat kotor) itu bersih. kalau rumah macam lawa tapi tandas berlendir..... eeeeuwwww....... geli!

    ReplyDelete
  2. salam kamsiah ...

    kamsiah ni surirumah sepenuh masa atau separuh masa ....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..:):)

    Memang betul tu..
    Ini pun baru siap ngemas umah + masak t/hari..
    maklumlah suriumah sepenuh masa di hujung2 minggu nii..:):)
    duk rehat diri..sambil blogwalking lak:)

    ReplyDelete
  4. @Tasha toilet dan dapur...dulu2 ayah akka pesan(b4 kawen)...org lihat halaman rumah kita,org dah boleh nilai dalaman rumah kita camner..

    ReplyDelete
  5. @Amy Syaquena jgn jadi surirumah yg selekeh...yg berbedak sejuk..baju kelawar 24 jam..

    ReplyDelete
  6. @abysepanjang masa dirumah..:) ku korbankan segalanya utk keluarga..

    ReplyDelete
  7. @Pn Kartinicikgu lagi penat...hari lain disekolah,hari minggu kalut di rumah

    ReplyDelete
  8. Salam :

    Hurm.. alangkah saya sbg lelaki ni nak kemas bilik sendiri pun dah mengeluh, inikan pula nk kemas 1 rumah..

    :)

    ReplyDelete
  9. assalam kamsiah..memang bukan senang..
    akak setuju dengan apa yang kamsiah kongsikan..

    ReplyDelete
  10. memang penat la jadik surirumah... tpi suka juga ngemas time takde orang kat rumah... tak hengat donia rasanya

    ReplyDelete
  11. Salam kak kamsiah. tak sangka kerjaya suri rumah juga banyak cabarannya...:)

    ReplyDelete
  12. banyak nya tanggungjawab suri rumah nie, nice sharing :)

    Teka Gambar Kembali Lagi

    ReplyDelete
  13. waaahhhhh.....kalaubegitu jadilah surirumah yang dedikasi...hehehe

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●