06 April 2011

Solok Lada

Lada a.k.a cili a.k.a cabai
ni dibeli di Kelantan
masa balik kampung baru2 ni

3 minggu terperap dalam peti ais
masih segar lagi

cili ni mmg digunakan
utk buat 'solok lada'
ditempat lain saya tak pasti
ada ke tak varieti ni

tp biasa saya tgk
'mereka' mengunakan cili lain
utk buat solok lada
ohh..hoho tak sedap dan tak cantik

semasa membelinya
katakan lada utk buat solok
so penjual akan pilih lada yg lurus dan besar

belah dan buang bijinya
dan rendam dalam air garam sekejap
(utk mengurangkan rasa pedas)

pastu toskan...

antara bahan utk 'disumbat' dalam lada tersebut
isi ikan,
kelapa(seeloknya kelapa yg masih muda)
bawang merah
halia dan serai
sedikit gula melaka

inilah hasilnya..
sesetengah org mencampurkan sebiji telur
supaya melekat dgn elok

dah siap
sedia utk direbus atau kukus



cuma rebus beberapa biji ja
kerana hanya saya sorg yg makan solok lada

selebihnya masuk dalam tupperware
simpan dlm peti ais
bahagian dingin beku

cuma keluarkan bila terasa nak makan

13 comments:

  1. kak masa sya duduk dungun dulu baru pandai makan solok lada dgn nasi kerabu sedap kan

    memang guna cili tu,tp kalau cili besar tu pedaskan?

    ReplyDelete
  2. As salam kak kamsiah,
    Best tu solok lada. Kat sini solok lada ada org jual dgn nasi kerabu. Seketoi singgit..hehe.. Pnya la mahal. Lada yg akk beli tu kalau tgk pd bentuk dn wrnanya, agak pds kot.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Pernah makan sekali, sedap! Tapi nak jumpa orang buat benda ni jarang sangat..:)

    ReplyDelete
  4. oooo kamsiah.....klu sy nk guna cili hijau besar yg bese kat kedai tu boleh keeeee......mane pulak sy nk cari cili hijau kelate tu......
    kawe x kelik kelate ........hahahah

    ReplyDelete
  5. sy kureng sikit solok lada nie...selalu makan ngan nasi kerabu...

    ReplyDelete
  6. bubuh dalaae masakae singgae' pun sedap jugok lado nie


    ado setengoh orghe , dio masok lado solok nie dengae santan

    ReplyDelete
  7. kalau saya beli nasi kerabu, mesti nak bubuh solok lada. Rasa tak lengkap kalau solok lada takde. :)

    ReplyDelete
  8. Larr..senang je nak buat rupanya..err..

    Kak, fida pun minat solok lada ni. nak nak kalau makan dgn nasi kerabu.. yum yum..

    ReplyDelete
  9. Salam :

    Ibu saya suka sangat makan solok lada ini..
    Tapi biasanya makan dengan nasi kerabu kan ?

    :)

    ReplyDelete
  10. Wah fav amy nie , dulu amy tak pandai makan solok lada nie start duduk di kelantan dan belajar2 makan terus jatuh hati..suka sangat solok lada nie..kalau pergi majlis kenduri kawen memang cari solok lada..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Kam,

    Solok lada ni faveret kak ani terutama bila makan nasi kerabu.

    Solok ni kalau banyak isi ikannya, lagi sedapkan.

    ReplyDelete
  12. sedapnya...saya pernah nampak resepi ni, tapi tak pernah cuba, trima kasih berkongsi resepi

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●