16 May 2011

Detik-Detik Sakaratul Maut-Dr 'Aidh Abdullah Al Qarni

Bagi kaum salaf, sakaratul maut (saat-saat menjelang mati ) adalah bagaikan hari-hari mendatang dalam pandangan kebanyakan orang waktu ini;
Demi Allah! semua kita-tanpa terkecuali-pasti sedang melangkah menuju kematian,akan sampai kepadanya,dan akan merasakan sakit berpisahnya roh dari badan. Para pendahulu kita benar-benar telah merasakannya,baik itu penguasa mahupun rakyat jelata,dan baik orang-orang kaya mahupun orang miskin dan tidak punya harta,
Allah s.w.t berfirman :
"Dan berapa banyak telah kami binasakan umat-umat sebelum mereka.Adakah kamu melihat seorang pun dari mereka atau kamu dengar suara mereka yang samar-samar?" (Maryam:98)


Saya sedang menghabiskan buku ini



Buku ni pulak telah habis dibaca
saya cuba mencari bagaimana
Bob Lokman mendapat hidayah ALLAH


Anak remaja ini seolah-olah melepaskan rasa dendam
semasa kecilnya yang dipasung oleh bapa yang sangat prihatin
dengan akhlak anaknya.

Ini kerana mereka adalah legasi Tok Kenali,
ulama tersohor Tanah Serendah Sekebun Bunga.
Dia menggelinjang keseronokan berada di wilayah
baru tanpa ayah garang yang melotot pandangan mata yang tajam.

Dia berlari sesuka hati dan menjadi tarikan pesona
kepada bajingan tengik di asrama yang ditakluknya sebagai ‘wilayah jajahan’.
Hukum karma akhirnya menerkam dan
menikam ubun-ubunnya yang hijau di dataran
kehidupan yang berupa pentas opera.

Bob Lokman terkucil dengan keonaran yang diciptanya sendiri.
Dia terhukum kejam dengan dibuang asrama.
Bagaimana akhirnya anak muda kail panjang sejengkal
ini mengharungi hidup selepas SPM dan tanpa
kertas maruah yang bernama ijazah,
beliau menempuh carut-marut kehidupan di tengah bandaraya Kuala Lumpur
yang tidak bersahabat dengan manusia malas.

Dia menjadi pemandu bas dengan menyanyi riang
di tengah hiruk-pikuk anak sekolah yang melemaskan,
berniaga kecil-kecilan untuk menampung kehidupan,
dan menjadi kuli kasar di gedung studio.

Bob Lokman akhirnya terselit di tengah-tengah fenomena
rock pada dekad 1980-an. Dia menjadi pencipta lirik yang
akhirnya di tengah keriuhan anak seniman,
dia terus membina nama di persada seni tanah air.
Bob Lokman tersungkur dengan kegemerlapan namanya.
Dia tersadung dengan kesakitan.

Keperitan dan kejerihan hidup bertindan-tindih menerpa,
meluluh lantak jiwa seorang bapa dan suami.
Ujian demi ujian yang akhirnya menyeruak dunia kegelapan kepada jalan hidup berfikir.
Dia akhirnya menyapa hidayah Tuhan yang datang,
dan kini sanggup berdada dengan sebongkah ujian.

Dia sanggup menjalani kehidupan yang sederhana,
membuang pakaian kesombongan yang dipakainya
dalam dunia seni dengan seribu sihir yang memukau.

Dia telah merasai dunia ketawa,
dan kini tibalah masanya untuk dunia menangis,
bersama gerakan Islam untuk memanggil insan lain
bagi bersama-sama merengkuh kasih-sayang Tuhan,
Sang Pencipta yang penuh dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
“Aku akan mati berjuang bersama dakwah
dengan panduan alim ulama.

Doakan aku teman…
ujar Bob Lokman dengan lirih, juga memanggil
seluruh peminatnya untuk berada di jalan hidayah ini.


Opppss..nama bapa saudara saya juga
disebut dalam buku ini
arwah Ust Bunyamin Yaakob

12 comments:

  1. Salam, che mid tak pernah ke Kulim, cadang nak jalan-jalan cari makan hujung minggu ni. Boleh Kam rekomen mana-mana tempat makan tak..

    ReplyDelete
  2. selamat membaca kak kamsiah. Saya pun ada satu buku tu, lagi separuh nak habis...

    insyaAllah kalau jumpa buku ni, nak sambar la;)

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum Kamsiah,

    Ya setiap daripada kita adalah 'Menunggu sakaratul maut'

    Allah berfirman: "...Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya". (Al-An'aam 6:93)

    Semoga kita di kalangan orang-orang yang mendapat husnul khatimah.

    Tahniah kepada Bob Lokman kerana berada di atas jalan kebenaran. Allah hanya menolong menambah hidayah kepada orang-orang yang berusaha.

    Kepada pejuang-pejuang, semoga Allah memberkati dan merahmati mereka semuanya. Amiin

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Kamsiah,

    Hati kakak bagai dipanggil utk turut membaca buku-buku itu. Nampak best. Insya-Allah moga ada peluang juga untuk membacanya....

    ReplyDelete
  5. Amy tak nak terlepas membaca buku ini. insyaallah nanti amy akan cari..

    p/s:http://sinarraudah.blogspot.com/2011/05/blog-di-tutup-sinar-raudah-akan-bersara.html

    ReplyDelete
  6. salam kamsiah,
    bila bab sararatul maut dan mati, rasenya salaf dan khalaf mempunyai pendapat yg sama ..

    tng bob lokman,
    alhamdullillah dia dapat hidayah,
    tp dalam bab berdakwah,
    kita tk perlu tukar profesen utk berdakwah, kite boleh berdakwah dgn profesen sedia ada kite. yg penting selain tambahkan ilmu jaga akhlak dgn baik ....

    terlalu luas sasaran dakwah diluar tu boleh dituju ...

    ReplyDelete
  7. Tentu sgt menarik buku tentang sakaratul maut ini..supaya kita sentiasa menyiapkan diri untuk menghadapinya.

    ReplyDelete
  8. buku yg ilmiah ini memang bagus dibaca jika berkesempatan..teruskan...

    ReplyDelete
  9. Indah bahasa buku ini. Rindu pulak pd novel2 lama dan baru. Alhamdulillah, bahagianya Kamsiah dpt menikmati juadah minda dari karangan2 ini. Tahniah.

    ReplyDelete
  10. Jemput baca2
    http://nurqasehbiz.blogspot.com/2011/05/we-want-jeya-we-want-jeya.html

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah,
    teruskan membaca. saya pon sedang mencari buku2 tu.

    sungguh, saya cemburu dengan org2 yang tak pernah berhenti membaca dan belajar ni..

    ^__^

    ReplyDelete
  12. sis kemana menghilang dah berapa hari blog x berupdate , busy ke.hope sis sihat2 aje ye..


    http://sinarraudah.blogspot.com/2011/05/sinar-raudah-akan-mengadakan-baby.html

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●