03 August 2011

Telinga Bunting

Sewaktu saya kecik2 dulu
ramai org2 kampung datang ke rumah saya
siang atau malam
mintak pelepah pokok pisang emas
mereka kata utk ubatkan 'telinga bunting'

dalam hati saya...
ehhh takkan telinga mereka mengandung kut
(pemikiran budak sebelum sekolah)

pelepah pisang tu
dibakar bersama kemenyan
kemudian dititikkan kedalam telinga


'telinga bunting' bermaksud
telinga yg sakit berdenyut2 tu
macam ada biji/jerawat kat dalam telinga
sakitnya hanya mereka yg mengalami saja yg tau

berdenyut2 mcm nak pecah kepala
org bercakap pun tak dengar
tidur tak boleh mengiring
makan/minum pun sakit dek pergerakan tulang rahang
menguap apatah lagi

dah 3 hari saya mengalaminya
dah titiskan ear drop
tp takde kesannya
malah...2 belah telinga sakit

hari ni terpaksa ke farmasi beli
ubat utk telan/makan pulak

dan seperti biasa
pesanan yg diterima
-jgn makan udang,ayam,daging,sotong
belacan..bla..bla..bla...

dalam kedaan sakit mcm ni
hanya sakit telinga
barulah sedar betapa berharganya sebuah kesihatan..


Lalu..nikmat ALLAH yg bagaimana lagi
yg mahu engkau dustakan...!!



9 comments:

  1. pertama kali dengar istilah telinga bunting....

    ReplyDelete
  2. Tatau la kita punya sama ke tak..fida dulu waktu kecik2 selalu kena operate telinga. Operate kecil la, pasai ada benda tu.. he he;)

    ReplyDelete
  3. Pertama kali dengar jugak... selamat berpuasa utk Kam sekeluarga

    ReplyDelete
  4. salam ramadhan buat kamu sekeluarga...tak pernah lagi dengar nama sakit ni..semuga cepat sembuh ek. tahniah juga buat anak kamu.

    ReplyDelete
  5. 1st time gak dengar.. semoga cepat sembuh sis..

    ReplyDelete
  6. sy ade produk kesihatan yg baik untuk pelbagai kegunaan, ramai dah cuba & beli. Terbukti berkesan untuk pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, gout, resdung, lelah dll boleh cntc sy di crcrew.002@gmail.com kalau berminat...

    latest entry Andai dia Jodohku & Bila Perempuan KENCING BERDIRI

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum
    Menarik juga preskripsi perubatan tradisional tu. Telinga bunting tu telinga berketumbuhanlah, ya? Semoga yang puan alami segera sembuh. Selamat terus menjalani ibadah puasa. Semoga mendapat keredhaan dan ganjaran yang tinggi dari Allah.

    ReplyDelete
  8. Salam Sejahtera.

    Saya ingin berkongsi salah satu cara berkesan bagi membersih saluran dalaman terutama di bahagian kepala. Rawatan ini memberi tumpuan menghapuskan gejala sumbat-sumbatan, sesuai utk simptom apa jua masalah berkenaan penyakit telinga. Sila luangkan masa di:

    Cara men-clear saluran tersumbat di dalaman

    harap dapat luangkan masa membekal diri dgn info berguna berkenaan penjagaan kesihatan. terima kasih.

    ReplyDelete
  9. nak tanya petua ni boleh guna untuk telinga bengkak?

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●