29 January 2011

Kesidang a.k.a kerak nasi



Di negeri2 utara semenanjung
pokok ni dipanggil kesidang atau kerak nasi
di pantai timur pulak
dinamakan tikam seladang

di negara barat dipanggil bread flower


pucuk baru,ranting baru,dedaun baru
setelah dipangkas hingga takde sehelai pun daun

dah berbelas tahun pokok ni
dok dalam pasu
tengoklah perdunya yg dah tua dan mengerutu tu
melilit kejap tiang


Bau harum bunga kesidang amat ketara
pada waktu pagi dan keharumannya
selalu dibandingkan dengan daun pandan.

(jangan kata saya bela hantu dah la yea..)

ramai yg lalu depan rumah
minta bunga ni
nak bubuh dalam handbag la
dalam bilik tido la
dalam kereta la..
dalam sanggul la..

28 January 2011

Travelog Dakwah-Meniti Hari Esok

Alhamdulillah...
minggu ni saya dah khatam 2 buah buku
-sebuah novel (sbg release tensen)
-sebuah buku dakwah

Travelog Dakwah
buku kedua oleh penulis
Muhd Kamil Ibrahim
buku ni seoalh kesinambungan buku pertama beliau
Perkataan “Berdakwah kepada diri sendiri”
diulang2 di dalam kebanyakan bab
yang terkandung di dalam buku ini.
Lafaz Subhanallah juga tidak pernah ketinggalan disebut

Sangat terkesan di dalam diri sendiri
dengan beberapa teguran lembut
dan dakwah lisan yang sangat mendalam.

Penulis juga mencatatkan beberapa bisikan
hati beliau secara peribadi supaya terkesan
kepada sesiapa yang membaca luahannya itu.


ini buku pertama beliau
beliau menjawat jawatan prof di UITM
saya membaca buku ni semasa musim haji th lepas

bacalah...pengakuan seorang prof
yg tak kenal huruf2 al quran
tak tahu membaca al quran

tp diberi petunjuk oleh ALLAH
sehingga berjaya menunaikan ibadat haji
sehingga berjaya khatam al quran disana



sekarang sedang menghabiskan buku ni pulak

Buku " Travelog Syahadah "
kisah mualaf bidayuh
yg menemui cahaya
sehingga melafazkan kalimah syahadah..


buku-teman dikala kesunyian...kebosanan..keseorangan...

Forum Perdana Makin Hilang Taringnya...

Saya dah lama baca cerita
pasal si Fahrin Ahmad ni mengacara rancangan
forum perdana kat tv1
tp tak pernah menontonnya

dulu2 dizaman 'kegenilangan' forum perdana ni
mmg melekat kat depan tv...
dizaman Reduan Tee..Dato Hassan Ali sbg pengacara
Dato Hassan Din,Harun Din
dan beberapa nama hebat lagi
yg jadi ahli panel/tetamu jemputan
mmg seronok ditonton...

tup2 semalam...
terkejut sakan tgk forum perdana
dimulai dgn ketibaan Fahrin diiringi motor2 besar
laaa...ada nyanyian pulak
mcm kat konsert
maaf...saya tak kenal penyanyi /artis tu..

saya dan suami berpandangan...
laaa ni forum perdana ke?

maybe ni cara nak 'mendakwahkan' remaja kut...

ohhh...sayakah yg masih ketinggalan zaman..!!

27 January 2011

Minat Seiring Usia

Bila ada masa terluang
saya suka ber bw ke blog teman2
yg baru..yg telah lama dikenali..
seronok membaca pelbagai kisah yg dipaparkan
seronok melihat berbagai minat dia org

dan saya tersenyum sendiri
bila membaca entri tentang drama2
yg disiarkan di tv
ada yg promote baik punya
ada yg siap bg ulasan...
dan saya rasa..
saya amat jauh ketinggalan zaman..!!

kerana saya langsung tak berminat
dan tak mengetahui tentang semua itu
seiring pertambahan usia
minat terhadap tv makin lama makin tiada
yg ditonton hanyalah berita
itupun 'dipertengahan' berita
permulaan berita...tentang politik
(lbh2 lagi bila ada pilihanraya ke)
langsung saya tak minat

teringatlah dulu semasa drama indon
tgh panas-Bawang putih bawang merah
disana sini...mereka bercerita..
bkn anak2 remaja tp makcik2 yg telah berusia
dikedai runcit,ditepi jalan
saya yg mendengar...ternganga..tak tau apa..

hebatkah drama Nur Kasih...?
sampaikan anak2 saya ketika itu
akan ajak cepat2 balik
jika keluar pada malam drama tu disiarkan


sungguh...saya bkn anti drama melayu
tp saya benar2 tak minat


dulu2 saya suka menonton tele novela Amerika Latin
pelakonnya cun2 dan hensem2
seperti Cesar Evora ni
pelakon Luz Clarita

dan mamat hensem ni
pelakon Yo Soy Betty La Fia
Jorge Enrique Abello
nilah drama amerika latin yg terakhir saya tgk

anak saya kdg2 bertanya
mak kenal tak si polan..si polan
berlakon drama tu...drama ni...
(nak bergosip la tu)

saya membalas
"pernah tgk tak mak
dok terconggok depan tv tgk drama"

skrg dah tak tanya dah
sbbnya dia org tau
maknya tak kenal artis..
tak minat tgk drama




26 January 2011

Rayyan Fantasi-RAM

Dah lebih sebulan dilancarkan
novel thriller terbaru Ramlee Awang Murshid
Novelis Thriller No. 1 Malaysia
Rayyan Fantasi


Endingnya tak pernah mengecewakan saya
(walaupun berharap Aiddin kawen dgn Feena)


Koleksi novel RAM yg dimiliki

Igauan Maut
Anugerah Pertama
Pei Pan
Tombiruo
Semangat Hutan
Tombiruo Terakhir
Ranggau
Mandatori
ADAM
Satu Janji
Rahsia Perindu
Hatiku Di Harajuku
Ungu Karmila
Bagaikan Puteri
Cinta Sang Ratu
Hijab Sang Pencinta
Personal Justice
Mikhail
9 Nyawa



Jika ditanya yg manakah karya RAM yg paling best
jawapan saya...semuanya best...
semuanya memberi kepuasan tersendiri





ni pulak koleksi terbaru hubby
tak tau la bila dia nak khatam buku2 ni
biasanya semasa beli buku
dia akan baca sepintas lalu

kemudian...sebulan..setahun..2 tahun..
bila ada mood...ada kelapangan
baru dia baca semula


22 January 2011

Roti Jala..Oreo Cheesecake...Agar2

Hari ni,hari tanpa nasi
oleh sbb esok my son
dah nak balik kolej
masak yg spesel sikit ari ni
utk dia

riuh rendah didapur
dgn karenah anak2
saya menyediakan roti jala dan kari ayam
serta jeli bandung

anak dara pulak menyediakan oreo cheesecake
(kali kedua...beberapa minggu lps dah buat)





saya sukakan kuah yg cair
sedangkan anak2 suka kuah yg pekat
hasilnya..
tak cair,tak la pekat sgt

roti jala kuah durian..
anak2 tak suka kuah2 yg manis





agar2 pulak...
saya sukakan agar2 yg keras
cantik bila dipotong
anak2 pulak suka yg lembut
yg dicedok dgn sudu bila dimakan
isshh...lain2 selera dan citarasa la



ni kali kedua anak dara
buat oreo cheesecake
spesel utk abg nya merasa
(sbnrnya supaya abg nya memuji resepinya)










Anonymous...cool atau pengecut

Salam hari sabtu

dulu tumpang sedih a.k.a geram
bila kawan2 baik
kena kutuk dan kondem oleh cik/en anom

beberapa hari lepas,giliran saya pulak terkena
gara2 komen pedas saya di sebuah blog MLM
haha si anom tu makan cili kut...

si anom ni dalam bahasa melayunya
org yg suka menyembunyikan identiti
(ada juga yg gigih create akaun)
pastu kondem org tu,org ni
kalau betul2 nak tegur
ikhlas nak perbaiki kesilapan org
boleh ditegur melalui emel

bg saya,org macam ni
mmg pengecut
baling batu sembunyi tangan
kesian...penat2 komen,kena delete..!!






If you really do put a small value upon yourself,
rest assured that the world will not raise your price.

20 January 2011

Hate Fan Page

Dah macam satu 'kemestian'
dizaman serba canggih ni
bila tak suka sikit
cepat2 ja create hate fan page
kenapa?

saya sering 'diajak' utk join page2 mcm ni
tp buat tak tau ja

kadang2 kesian dgn mangsa
seperti gf gol keeper tu
Khairul Fahmi
tak pasal2 bila 'popular'
jadi mangsa kebencian sesetengah pihak

kenapa page2 mcm tu diwujudkan?
adakah kerana benci?
irihati? cemburu?
ingin melihat org lain jatuh?
adakah seronok bila
ramai yg join page tu?

bagi saya,kalau nak benci sekalipun
tak payahlah nak hasut org lain
supaya membenci sama
benci lah dalam hati ja


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:





Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan
sesuatu amal yang baik,
adalah baginya pahala sebanyak
pahala orang-orang yang menurutnya,
dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala
itu dari pahala-pahala mereka,

dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak
kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan,
adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa
orang-orang yang menurutnya, dengan tidak
mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."





11 January 2011

Bertudung... Sekadar Menutup Aurat @ Menjaga Agama ?

"Hai orang-orang beriman,
peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.."
(At-Tahrim, 66:6)



Wahai wanita,

Ketahuilah, dirimu disanjung
dan dimuliakan oleh Allah.
Letakkanlah dirimu selayaknya supaya
maruah dan kemuliaanmu tidak tercemar.
Dirimu begitu berharga..
namun jika begini keadaanya..
jgn melenting jika
ada yg menganggap dirimu
langsung tiada nilainya..



1. Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.

Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat
bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya
kecuali muka dan tapak tangan.
Oleh itu, mereka wajib menutup aurat
daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).


Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan
leher bajunya dengan tudung kepala mereka.”
(Surah al-Nur, ayat 31)

Firman Allah lagi yang bermaksud:

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu
dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman,
supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).
Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.


2. Pakaian yang longgar.
Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.
Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: “Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain ‘qubtiyyah’ (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: “Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu.” Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: “Dan suruhlahisterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).”



Menurut Ibn Rusyd, ‘qubtiyyah’ ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.


3. Pakaian yang tidak jarang.
Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: “Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya.”
Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.


4. Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).
Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.
Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka.”


5. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.
Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”
Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.


6. Tidak bertabarruj.
Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatka nnya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.


Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” (Surah al-Ahzab, ayat 33)


Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.


Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya ilmu Islam sebenar.

09 January 2011

"Esok nak cuti...."

Dah seminggu Athilia Natasha
memasuki alam persekolahan
(semua anak2 dihantar
ke tadika ketika berusia 5 th)

seronoknya dia..teruja nak bersekolah
bangun jam 6.30 pg
dah mintak nak mandi
sedangkan tadikanya masuk jam 8 pg
dan hanya beberapa meter dari rumah

semalam sebelum tidur
dia asyik bertanya saya
"esok boleh tak Atia nak cuti?"
haha..mungkin dok biasa dgr suami berkata
esok dia amik cuti

"kenapa nak cuti...
tak seronok ke kat sekolah" tanya saya

"bkn...nak pi makan kat luar dgn ayah..."

ohhh..hari minggu,semasa cuti sekolah
kami bawak dia bf kat luar
so dia igt ari ni cuma saya dan hubby
ja yg keluar bf..tanpa dia..









oh...seminggu bersekolah jugak
dia dah tau pasal aurat
cikgu (ustazah) kata tak boleh pakai seksi
nanti masuk neraka...
hati dan jiwa anak2..
masih putih,masih bersih..
kitalah yg akan mewarnakannya..

teringat akan si kakaknya dulu
dihantar kat tadika ni jugak
dibulan puasa,dia lah yg akan
membaca doa berbuka
siap dgn maksud nya sekali
(lamanya tunggu baru boleh makan)


06 January 2011

Zina Hati


“ Amat besarlah kemurkaan ALLAH kepada

sesiapa yang berkata, apa yang tidak dia lakukan”


Zina hati,

bukanlah sebenarnya mengkhayalkan zina di dalam khayalan kita.

Tetapi zina hati ini adalah apabila kita

tidak mengawal rasa cinta kita,

dengan kita melakukan perkara-perkara yang mendekati zina,

tetapi kita tidak melakukan zina.

Zina hati ini boleh terjadi melalui pelbagai medium.

Contohnya, telefon, yahoo messenger,

sms, e-mail dan sebagainya.

Maksudnya, kita tidaklah bercouple bersentuh tangan,

atau keluar berdua-duaan, atau berkhalwat bersama pasangan,

tetapi kita sentiasa berhubung dan akhirnya timbul satu

perasaan di dalam hati yang menganggu kebersihan jiwa kita.


Zina hati, biasa berlaku jika kita tidak menjaga perhubungan kita.

Namun boleh juga berlaku jika kita sendiri

yang berlebihan mengingati pasangan yang kita cinta,

atau orang yang kita admire.

Semua ini hakikatnya adalah lorong-lorong

yang membawa kita kepada zina.


Perasan tak, apakah yang ALLAH arahkan kepada kita berkenaan zina?

ALLAH SWT berfirman,

“ Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya

itu adalah perbuatan yang keji,

dan itu adalah perbuatan yang buruk”




ALLAH mengarahkan kita,

supaya jangan mendekati,

bukan jangan buat.

Maksudnya, nak dekat pun tak boleh, apatah lagi buat.

Di sinilah zina hati menjadi perkara yang besar untuk kita,

kerana zina hati adalah kesan dari kita mendekati zina.


Bagaimana?

Lihat sabda Rasulullah SAW ini,

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan

nasib anak Adam mengenai zina.

Tidak mustahil dia pernah melakukannya.

Zina mata ialah memandang.

Zina lidah ialah berkata.

Zina hati ialah keinginan dan syahwat

,sedangkan faraj (kemaluan)

hanya menuruti atau tidak menuruti"



Lihat, zina mata adalah memandang,

zina lidah dalah berkata, dan zina hati adalah keinginan.

Bila kita tidak menjaga tatacara

perhubungan yang ISLAM dah tetapkan,

kita akan terdedah kepada pasangan kita.

Kita akan sentiasa memandangnya,

atau jika tidak memandang, melalui telefon contohnya,

maka kita akan sentiasa merindui suaranya,

bila bersembang,

kadangkala kita sengaja berlebih-lebihan dalam berbicara,

atau kemungkinan kita akan sengaja

melembut-lembutkan suara kita dengan

kelembutan yang ganjil bila berbicara dengannya.


Semua ini, menganggu hati.


Apabila kita asyik merindui pasangan kita,

sentiasa berfikir mengenainya, kecantikannya,

ketampanannya, sifat penyayang dan keramahannya,

kelembutannya dan betapa kecintaan kita kepadanya,

atau kecintaannya kepada kita, maka zina telah berlaku,

walaupun tidak bersua dari segi pancaindera.

Semua itu menimbulkan bintik hitam dalam hati kita.


Sebab itulah kita diminta menjaga mu’amalah


Zina hati, kalau dibiarkan lama-lama,

akan menyebabkan kita kelemahan dalam beramal dan

merosakkan diri kita sendiri dari dalam.

Malah kalau tidak dinyahkan dalam diri,

berkemungkinan besar menarik diir kita ke lembah zina yang sebenar.


Zina hati ini, oleh kerana namanya pun zina hati,

maka tidak akan ada sesiapa yang dapat menangkapnya

melainkan diri kita sendiri. Maka kes ini adalah amanah.

Kita sahaja yang dapat menyedarinya apakah kita ini

sudah dijangkiti zina hati atau tidak.




Sebab itulah ayat zina itu dinyatakan dengan arahan tidak mendekati.

Apa lagi? Mari kita sama-sama muhasabah diri.


03 January 2011

Bumbung 5 & Pantai Kamloon

Anak sedara saya dah hampir habis
berkursus (setahun) di Bumbung Lima (Kepala Batas)
saya baru berkesempatan melawatnya
itu pun kerana mengidam sambal kelantan
anak sedara saya ni
anak kepada kakak saya yg tinggal di kelantan
so bila dia balik kelantan
sempat la jugak saya merenggek
pada kakak supaya dibuatkan sambal
utk saya...


tuan blog wajib enterframe...



ni la anak buah
yg dah 4,5 th tak jumpa


sepupu sepapat
-Alia,Eju,Eleena & Tasha

kata anak sedara saya ni
barang2 yg dihasilkan pelatih2
disini dijual dgn harga yg rendah
telur masin rm1 3 biji
ditemapt saya,sebiji 80 sen
pokok2 bunga
buah2an...semuanya murah..


inilah sambal yg diidamkan
dikelantan,sambalnya
tak mengunakan belacan
dan boleh disimpan berbulan lamanya
dan yg paling spesel saya dapat
ialah bubur asyura kelantan
yg diidamkan bertahun lamanya




dan sawah padi ni
terletak di depan Institut Pertanian tersebut
kiri kanan...belakang depan..
sawah padi terbentang menghijau



pertama kali anak2 saya melihat 'pokok beras'
secara live...
selama ni dok tgk dari jauh ja



Athilia cuba berlari...

oohhh...ni org ke orang-orang...



ada lagi tempat yg disinggah sebelum
balik rumah

Pantai Kamloon
tempat ni bila dilihat dari atas highway
sangat la cantik









Sedikit info tentang Pantai Kamloon

Pantai Kamloon Sepintas Lalu

Pantai Kamloon terletak dalam kawasan Kepala Batas,

berhampiran dengan projek Lebuh Raya Utara Selatan

yang bersempadan dengan Negeri Kedah Darul Aman.

Kemudahan Yang Ada

(i) Kawasan jogging Track - 5.5 ekar

(ii) Kawasan Riadah dan memancing – 40.0 ekar

(iii) Kawasan Lanskap dan jogging track yang

meyediakan laluan sepanjang 180 meter termasuk:-

 disediakan bangku taman di sepanjang

jogging track sebanyak 9 buah.

 tempat letak kereta yang dikhaskan di kawasan

lanskap dan jogging track sebanyak

26 petak dan 10 petak untuk motosikal.

 Kawasan lanskap dan jogging track

akan dihiasi dengan garden light sebanyak 18 unit.


Kawasan Riadah

Laluan pejalan kaki (boardwalk) sepanjang 1800m

yang menghubungkan wakaf dan pelantar memancing.

Di sepanjang laluan ini akan diterangi dengan decorative lights.

Kompenan Pembangunan Fizikal

(i) Pelantar Memancing

 Pelantar Memancing disediakan sebanyak

4 buah dengan keluasan 40.6 m.p.

(4.060m x 10.00 m) yang berbumbung.

(ii) Wakaf "A"

 Disediakan sebanyak 3 buah.

(iii) Wakaf "B"

 Disediakan juga sebanyak 3 buah.

 Dataran Letak kereta

 Keluasan dataran ialah 400m p.

dengan kemudahan laluan keluar masuk.


Bangunan Utiliti

(i) Bangunan utiliti disediakan untuk kemudahan

pengunjung ke taman rekreasi ini.

Kemudahan disediakan seperti berikut:-

 Tandas Lelaki dan Wanita.

 Bilik mandi dan Persalinan.

 Kaunter Bayaran dan Setor.

Saya tak menjelajah dan meneroka

keseluruhan tempat ni..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.