27 October 2011

Cameron Highlands

Cuti deepavali kelmarin
memula my dearest hubby ajak ke Penang
beberapa minit dalam perjalanan
dia mengubah fikiran
ajak ke Teluk Intan pulak

Bila dah masuk highway
ubah fikiran lagi
ajak ke Cameron highlands
pulak dahhhhhhh...

perjalanan yg tersangat perlahan
bila hampir tiba di Bukit Merah..
oohhhooo..rupanya ada xcident
lori terbalik
entah muatan apa yg dibawa
sbb kanvas tu tak terbuka

tempat pertama yg disinggah...

semua produk kat sini berasaskan cokelat &strawberi
cantik berbungkus...
harga pun boleh tahan..




MARDI
disyorkan jika ingin membeli teh atau apa2 barang
seperti pokok bunga/buah2an
beli disini kerana harganya murah
berbanding kedai2 lain
rm 4,5 bezanya


fesyen topi apa
yg dipakia suami saya ini...
kata anka saya
ayah mcm pirate...




letak pokok ni dalam rumah
tak payah sembur ridsect utk halau nyamuk
makan..makan..makan...
buai laju2...
orkid yg sedang berkembang...
acara memborong teh
pelbagai perisa...rambang mata
kata anak saya ni
beli utk bawak balik ke UMP..
belum puas berposing kat sini
hujan tiba2 turun


aiskrim ni berharga rm5 satu...

11 October 2011

Kerabu Beka a.k.a Bonglai

Buah beka a.k.a bonglai
sejujurnya selepas kawen (20 th)
saya tak lagi menikmati buah ni

sebelum kawen...
kat rumah saya ada pokok ni
kalau tak pun
di kampung saya
banyak terdapat pokok ni
tak jadi masalah kalau teringin nak makan

saya percaya
generasi muda sekarang
ramai yg tak mengenali
pokok/buah ni

sementelah pula pokok ni hampir pupus

banyak sebenarnya 'kebaikan' serta khasiat buah beka ni

antaranya :
Akar manis, astringen, pahit, acrid, penyejuk,
ekspektoran, pencernaan,
mengeluarkan angin dalam badan ,
hipotemia , diuretik , anti-mikrob , anti-kulat
, anti-radang & tonik , perut kembung & cirit-birit .

Batang kulit kayu yang ditumbuk ditempekkan
untuk mengubati kudis dan untuk merawat artritis.

Air rebusan daun diberikan dalam merawat sakit perut,
ulser, sakit sakit sendi dan limpa yang bengkak.

Buah-buah yang matang berguna dalam merawat batuk,
bronkitis, buasir, sakit kuning ,
pencernaan yg terganggu, cacar, buasir dan taun.


Oroxylum indicum (L.) Vent.

selain buah,pucuknya jugak sedap dibuat ulam/kerabu




ni kerabu beka style kelantan
terdapat sedikit perbezaan
dari segi bahan2
kelantan punya..tak menggunakan belacan
menggunakan ikan yg dibakar /rebus,
kerisik,bawang merah,garam,gula,cuka
dan santan

sementara utara punya style
tak menggunakan ikan dan cuka
sebaliknya menggunakan kerisik,bawang besar
santan,cili padi,garam,gula
dan limau nipis


06 October 2011

Gigi Palsu Hilang

Hari pertama di kampung
(hari ke dua di kelantan)
saya dan adik beradik
sepakat membersihkan dan mengemas
rumah ayah


kampungku yg mendamaikan
masih penuh dgn keaslian dan kehijauan
dulu sungai ni luas dan jernih airnya
disini tempat saya basuh kasut sekolah beramai2
lepas tu terjun ke sungai
dan menjerit2 bila nampak lintah berenang kearah kami
mandi sampai kecut jari2 dek kesejukan
tempat ni jugak
saya bermain rakit diwaktu banjir
tempat mengail ikan puyu dan haruan
tempat main layang2 lepas musim menuai

semuanya tinggal kenangan
sekarang ianya cetek
dan kering airnya


zaman kanak2 dulu
buah ni menjadi 'kudapan' saya serta kekawan sepermainan
dah lupa nama buah ni apa
selama ni,ayah yg tolong amikkan buah salak utk saya
sekarang terpaksa saya petik sendiri
dan baru saya tahu
cara utk memetik dan membezakan buah yg masak
atau masih muda..
banyak jugak pokok salak disekeliling rumah

buah dokong pun ada beberapa pokok yg masih berbuah

durian...berbagai peringkat
ada yg masih berbunga
ohhh..anak2 saya tak pernah tgk bunga durian
saya katakan..bila ia gugur
bak hamparan permaidani
memutih dan 'manis' baunya
hajat nak kait buah ni tp terlalu tinggi

dan setelah berpuluh tahun
tak 'melihat' durian gugur
merasa jugak mengutip dan makan durian fresh...

senduduk...masih seperti dulu





ayah masih di hospital
adik saya yg menemani ayah (malam hari)
menelefon

"gigi ayah letak kat mana?"
tanyanya pada kakak sulung saya

"dok dalam plastik..bla ..bla..bla.."

setengah jam kemudia adik telefon lagi

"takde la..plastik tu ada tp gigi ayah takde"

oohhh...rupanya dia terbuang sekali dgn sampah2...

hahaha..kami pakat2 gelak
tp dalam masa yg sama
kesian kat ayah
tentu susah dia nak makan makanan pejal

tp semua tak berani nak bgtau
hal yg sebenar
sepakat 'membohongi' ayah
gigi ayah tak tau dok kat mana...
nanti kita buat yg baru ya ayah...

05 October 2011

Dikir Barat Lucah @ Wakaf Che Yeh

Malam pertama di kelantan
saya mengajak anak saudara ke Wakaf Che Yeh
walaupun berasal dari Kelantan
saya tak pernah menjejakkan kaki kesana
selama ni hanya mengetahui
'keistimewaan' WCY melalui pembacaan
serta cakap2 org

Saya difahamkan WCY beroperasi sepanjang hari
dengan fungsi yg berbeza
sebelah paginya ia adalah pasar borong
siangnya pasar basah
dan malamnya berubah menjadi pasar malam




ada sebuah gerai yg menjual vcd
saya tak singgah pun
cuma sempat menjeling aksi gedik dan jelik
si penyanyi
kalah goyang si Inul...



ARKIB : 25/09/2011

Dikir barat kena hawar

Siti Jarum
BARU-BARU ini Siti pergi ke Kota Bharu,
sebelah malam jalan-jalan di Wakaf Che Yeh.
Punyalah bingit dengan lagu-lagu irama dikir barat,
tapi bukan dikir barat.

Ada yang dinyanyikan oleh penyanyi wanita
tapi ada lirik yang lucah. Siti belek tengok albumnya,
rupa lawa tapi tak sangka menyanyi lagu lucah.

Siti tanya kawan Siti, kenapa dengan dikir barat Kelantan,
dah kena hawarkah? Dia menggeleng kepada.
Katanya, “Dah lama dikir barat Kelantan kena penyakit hawar.
Semua lagu-lagu tu merosakkan dikir barat.
Saya malu nak mengaku dikir barat asal Kelantan.”

Siti diberitahu, memang ada kumpulan
dikir barat tradisional di Kelantan.
Tapi penyanyi solo wanita dan lelaki yang
menyanyi irama dikir barat ini yang merosakkan yang asli.
Penyanyi pula bukan main gedik lagi.
Kalau pelancong luar negara dengar dan tengok
gelagat penyanyi ini dalam VCD, malulah orang Kelantan.

Tapi nak salahkan penyanyi itu pun tak boleh juga.
Siti pernah terlibat menganjurkan persembahan
dikir barat tradisional Kelantan di Kuala Lumpur.
Siti terkejut beruk bila selepas pukul 12 malam,
semua lagu-lagu berunsur lucah dinyanyi secara duet lelaki dan wanita.
Kalau yang asli pun dah begitu, apa lagi yang dikir barat moden.

Kata kawan Siti, “Dikir barat kena dipulihkan,
tidak kira yang asli atau moden.
Unsur lucah mesti dibasuh habis-habisan,
kalau tidak dikir barat akan setaraf dengan lagu-lagu
Barat yang lucah, seks dan ganas.
” Tok dalang atau tukang karut tua banyak yang sudah tiada,
muncul yang muda terpukau dengan populariti nak jadi selebriti.
Mereka ini peduli apa asalkan setiap malam
atau setiap minggu ada jemputan buat persembahan.
Jadi, kalau orang Kelantan sayang dikir barat,
demo pakat-pakatlah berubat.
Penyakit hawar ini bahaya tau.

SITI JARUM: Minat dikir barat Halim Yazid saja.

pernah keluar kat paper pasal keadaan ni


bg saya...sedikit kecewa kerana WCY biasa2 ja
tiada apa yg istimewa
kerana pasar malam di tempat saya lbh happening dari WCY...


04 October 2011

DugaanNYA...(part 1)

Salam utk semua
terimakasih pada yg sudi singgah
dan memberi komen terhadap entri saya yg terdahulu
walaupun saya tiada 'dirumah'
kunjungan kalian amat dihargai..

pagi...Rabu 28/9
ketika suami bersiap2 utk menghadiri kursus
di Shah Alam
saya menerima berita dari adik'
ayah saya di kampung kemalangan
ketika pulang dari masjid
ayah saya tu sebelah siangnya
guru KAFA kat sekolah
malamnya pula mengajar Al Quran
utk golongan dewasa/tua....

kata adik saya
keadaan ayah agak teruk
sikunya terkeluar
ada luka besar didahi
ada ada darah beku dalam kepala

Tuhan....
perasaan ini hanya DIA yg tahu

akhirnya...khamis saya pulang ke kampung
menumpang kereta adik
dan anak2 terpaksa ponteng sekolah



singgah berehat di hentian Titiwangsa
sayangnya tiada awan cantik seperti saya lihat dulu
(kali pertama melihanya
seolah berdiri di atas awan)



beberapa buah trak askar juga berhenti di situ






Tasha dan sepupunya
(anak kpd adik saya)




selepas mandi dan makan'di rumah anak saudara
terus ke HUSM Kubang Kerian

ketika saya sampai
ayah baru selesai
menjalani pembedahan
memasukkan sikunya
keadaannya amat lemah
tp masih mampu bertanya saya
"bila sampai..."

nurse sedang memasukkan air
sungguh...hati mana yg tak pilu melihat
org tua menghadapi kesakitan begini
sebenarnya dilarang mengambil gambar
didalam wad tanpa kebenaran pihak hospital
tp anak saya curi2 mengambilnya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.