09 March 2012

Mimpikan arwah emak...

Salam hari jumaat
hari mulia penuh berkat

2 malam berturut2
saya mimpikan berjumpa arwah emak
mimpi..? mengigau lbh tepat kut ..:)

sebelum ni pun kerap jugak
arwah emak datang dalam mimpi
dia tak pernah bercakap

setiap kali bermimpikan arwah
arwah menyediakan makanan utk saya

cuma mimpi pada malam lepas
arwah membentangkan seluruh rumah
(di kampung)
dgn hamparan putih (kain putih)
ahhh...gangguan syaitan barangkali
yg mahu menganggu nyenyak tido saya


saya tahu
separuh jiwa ayah
'pergi bersama emak'



dari saya kecil
sampai saya mempunyai anak

saya selalu dengar emak berkata

" Ya ALLAH,kalau nak ambil nyawa aku
ambil lah ketika anak2 dah besar..

Ya ALLAH,jika nak ambil nyawa aku
jangan biarkan aku sakit lama2
hingga menyusahkan org lain..."

kata2nya,permintaannya dimakbulkan
dia kembali ketika semua anak2 dah besar
dah berkahwin
(kecuali adik bongsu waktu tu)

dia tak terlantar sakit..

sedar tak sedar
telah hampir 10 th emak pergi

Al fatihah..

19 comments:

  1. sayu membacanya..

    ayah saya dah pergi 3thn..tapi sekali pun tak pernah mimpi tentangnya. kdg teringin gak.

    ReplyDelete
  2. al fatihah..sedih sya baca entry ni

    ReplyDelete
  3. sedihhh. alfatihah. betul tu kak, bila kita dah jadi ibu, itu jugak yg kita doa. kalo tuhan nak amik kita, amikla waktu anak2 kita dah besar, dah kawin

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum K..

    Saya bila lama tak ke pusara, Mak Akan dtg dlm mimpi..

    Al-fatihah buat mereka..

    ReplyDelete
  5. al-fatihah buat emak sis. moga rohnya ditempatkan bersama orang2 beriman. amin..

    ReplyDelete
  6. Kalo ibu dh takde...mmg tak berseri dh umah di kampung. Kalo dpt ayah yg bkn berjenis baik2 perangainya...lagilah. Mcm dh takde makna jer nk balik kg....

    Tp selagi ada ayah wlpn dh takde ibu....kena kasihkan ayah jg..kasih utk mereka jgn dipinggirkan. Itu yg sy selalu tgk. Kalo mak dh takde...anak2 jarang balik kg. Bkn pe, kalo mak ada leh ler merengek2 mintak mak masak itu ini. Sebenarnya malas nk masak, hehe. Bila mak dh takde...malas laa nk balik mskkan utk ayah, mm..ntah laa. Semoga kita dan anak2, cucu dijauhkan perangai buruk mcm ni, Amin..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum

    al fatihah utk ibu akak..semoga rohnya ditempatkan dikalangan golongan solihin dan mendapat syafaat baginda SAW

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Kamsiah

    Al Fatihah

    moga kuburnya diterangi dengan cahaya Syurga

    ReplyDelete
  9. Al-Fatihah.. rasa rindu tu kadang-kadang ada tanpa kita sedari.. 4/3 hari genap 10 tahun arwah abah sy meninggalkan sy..

    ReplyDelete
  10. sedihnye kalau ibu dah xde...ayu dah xde ayah 8 tahun,kak:(

    ReplyDelete
  11. asalam.
    Al fatiha..kongsi apa yg baik, terima kasih ada nilai kemanusiaan dalam berkatNya

    ReplyDelete
  12. Mimpi menunjukkan mak sayang dgn keluarganya.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Kam,

    Al Fatihah untuk arwah bonda Kam.

    Mimpi bertemu arwah orang-orang yang kita kasihni didalam mimpi kurnia Allah supaya kita dapat melepaskan rindu kepada mereka.

    Semoga semuanya selamat.

    ReplyDelete
  14. Salam..
    jika sudi tengok lah award untuk Detik-Detik Indah Hidupku.
    Saya tahu inilah antara blog yang berhak ku beri award dari Pesona EWWK tahun 2012. Sila ya

    ReplyDelete
  15. selalu mimpikan arwah mak masa malam jumaat

    ReplyDelete
  16. al fatihah.ibu sy meninggal dunia baru ni..arwah pon rasanya ada berdoa ambik nywa dia sbb xnak nyusahkan anak2 n xnak anak2 dia berdosa dgn dia bila dia tua nanti..al fatihah

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●