04 May 2012

Cencaluk

Sebelum ni saya tak pernah tgk cencaluk
makan...apatah lagi...!!
(kesian,kan..)


seorang kawan telah menghulurkan sebotol
cencaluk utk saya



dan saya menyediakan seperti diajar olehnya
limau nipis/kasturi,cili padi,cili merah

dan menyediakan ulam yg segar utk dicicah


hehehe...
saya mencium baunya...
terlalu asing bg saya
tekak saya tak boleh terima

akhirnya..sambal belacan jugak jadi pilihan




28 comments:

  1. Dalam peti ais kakcik ada cencaluk, budu, tempoyak, belacan dan pes tomyam pemberian kawan. Rasanya dah bertahun mereka kesejukan dalam peti ais tu... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lalu nak makan ke...kalau budu tu ada tarikh luputnya

      Delete
  2. sedap la kak..kenapa x try je mkn dulu. nak mkn tutup hidung jap. kompom lepas tu nak lagi.

    ReplyDelete
  3. sambal belacan kalo hari2 ada kat umah pun ok, berselera nak makan nasi

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. tak tau la sbb langsung tak masuk dalam mulut hehe

      Delete
  5. heee..kalau tekak dah tak boleh nak terima tak boleh nak paksa kan....:)

    ReplyDelete
  6. salam kamsiah...bau meang teruk..rasanya sedap..kata orang le..he he..
    acik pun suka makan tempoyak ngan sambal belacan je..tapi anak sulong..budu,cencalok,sambal belacan dan tempoyak..semua makan..heran nengok nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat rumah saya ni,layan sambal belacan ja...budu,tempoyak...semuanya tak makan

      Delete
  7. Replies
    1. budu dibuat drpd ikan bilis...popular kat pantai timur...cencaluk dibuat drpd udang...

      Delete
  8. Assalamualaikum Kamsiah

    meleleh air liur tenguk sambal dan ulam tu...he he

    ReplyDelete
  9. tak pernah makan ni, memang pernah nampak tapi tak pernah cuba. Rugilah tak mencuba cancaluk. cara resipi dalam gambar terliur jg terutama ulam cecah tu.

    ReplyDelete
  10. SAYA NAMA SAJA ORANG MELAKA, TAPI TAK MAKAN CENCALUK...

    ReplyDelete
  11. saya pulak dah lama tak makan cencaluk.. dulu arwah wan yang ajar.. sedap..

    ReplyDelete
  12. salam kamsiah ...
    aby makan juga cencaluk ..
    tp dalam kuantiti yg sikit ..
    klu terbubuh lebih ...
    alamat tk boleh makan la ..

    bak kata org ..
    sekadar secukup rasa ...

    ReplyDelete
  13. meleleh air liur tgok nie...haha :)

    Entri terkini Kazen >>> "Segmen: Kau Blogger Ku Blogger"

    ReplyDelete
  14. apa yang i tahu kalau nak makan cencalok, my style laaa
    i basuh dulu cencalok tu..
    amik penapis teh... taruk cencalok, lalukan pada air paip sehingga warna menjadi jernih..
    pastu masukkan cencalok yang dah di basuh tu dalam mangkuk, potong cili padi, bawang besar, perahkan limau nipis..simpan dalam peti sejuk dulu beberapa jam... lepas tu baru dimakan dgn ulam2an...
    so tak adalah bau yang mengancam dan rasa masin yang melampau tu....

    ReplyDelete
  15. cencalok ni ada tarikh luput ke sy letak dlm peti sejuk dlm 2,3bulan dh boleh makan lgi ke

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●