29 June 2012

Jom Buat Coklat

Entah apa mimpinya
suami dan si bongsu,Tasha
memborong barang2 membuat coklat
(coklat bkn peberet saya
kerana rasanya yg manis melekit)

buku resepi siap dibelinya
sekali saya pot pet pot pet
"skrg resepi search kat internet ja cik abg oiii.."


haa....amik..
coklat segala bagai..
berkilo2...
dah 3,4 kali jugak anak perempuan saya tu membuatnya
tiap kali buat
tak sempat amik gambar

saya nak membuatnya????
huhu kerja2 yg memerlukan ketelitian,kesenian
hehe bkn 'jiwa' saya...

25 June 2012

Rosakkkkk....

Hampir 2 minggu saya tak berada dialam maya
gara2 pc meragam..merajuk..
tak boleh nak 'on'...
atau bila 'on'..
screen pulak kosong ja..
tak keluar apa...

Terpaksa tunggu sifu komputer balik
my son yg kat UMP tu
dia selalu kata
jejarinya ajaib hehe


terimakasih pada yg masih sudi singgah
akan saya jejaki kembali
jejak2 yg ditinggalkan...

07 June 2012

Bubur Pulut Hitam



Beras pulut hitam ni
di beli di Pusat Beli Belah Bukit Bunga
Tanah Merah,Kelantan
Ianya juga bersempadan dgn Thailand
haa..kat sana jugak tempat saya beli berbagai beras

-beras nasi dagang
-beras pulut susu
-beras wangi
-beras siam

ramai juga yg takut utk
membeli beras disana
kerana bimbang jika ada sekatan polis
bimbang dituduh menyeludup beras

jgn bimbang la
polis pun tahu membezakan
utk kegunaan sendiri
atau utk buat bisness






06 June 2012

Balik Kampung (Part 2)

Dari Gua Musang ke Gunung,Bachok
(kampung saya)
mengambil masa 3 jam

daerah Gua Musang,Dabong,Kuala Krai
menyajikan pemandangan yg menghijau
banyak gerai menjual lemang disepanjang jalan


Ni kampung saya
ayah terkejut menerima kepulangan anak menantu
kerana sengaja tak diberitahu
panorama di depan rumah

panorama disekeliling rumah
ayam ,itik jadi peneman ayah bonda
semua anak2 dah kawen
dah ada kehidupan sendiri
dah tinggal berasingan...
paling jauh,saya yg menetap di Kedah
dan adik bongsu di Penang
buah salak mmg banyak di sekeliling rumah




Tasha & sepupu,Izzah Qaisara
en hubby (menantu mithali)
sedang membersihkan kebun salak


mengunjungi pasar Jelawat
dinamakan Pasar Besar Siti Aishah

pasar besar kota bharu
dinamakan Pasar Besar Siti Khadijah
hanya air tuak kelantan yg halal diminum
air tuak tu sebenarnya air nira

ni saya saya rembat di pasar tu
sagu dan butir nangka
huhu dah berbelas tahun tak makan





Pantai Irama ,Bachok


2 malam di kampung
melayan makan minum ayah yg tak berapa sihat
dalam usia 70an...
kudratnya makin berkurangan

perjalanan balik...
berehat dan makan di Tasik Banding

05 June 2012

Balik Kampung (Part 1)

Salam
Saya tak berkesempatan menjenguk blog
3,4 hari
terasa begitu lama...begitu rindu...

Namun...berada di kampung beberapa hari
jiwa saya benar2 relaks...bebas...

1 jun...bertolak dari rumah jam 7.15 pagi
Kulim-Simpang Pulai -Cameron Highlands
mengambil masa lbh kurang 3 jam
hanya singgah sekejap di Cameron
tak best...musim cuti sekolah
manusia melimpah ruah...


Sebelum jam 2 ptg
dah sampai di Gua Musang
(rumah kakak no 2)

selepas solat ,makan tghari..
anak2 dah tak sabar ajak ke sungai
disini..ada beberapa btg anak sungai
yg masih terpelihara kejernihan airnya

yg seronoknya..anak sungai ni
terletak didalam kebun abg ipar saya
so takde org lain yg masuk mandi kat sini
kita anak beranak bebas mandi manda
plan nak ber BBQ tepi sungai
namun dek kekenyangan
selamatlah ayam2 tu didalam peti ais


dan menu wajib
(sebenarnya saya memaksa kakak membuatnya)
laksam

dan dah bertahun2 saya tak membeli asam gelugur
kerana dapat free kat rumah kakak
pokok asam gelugurnya sentiasa berbuah

hanya kutip buah yg gugur
potong nipis2...jemur sampai kering

dan baru saya tahu
asam gelugur dan asam kandis tak sama
walau buahnya sama
dan sama2 dibuat asam keping
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.