23 July 2012

Kuih muih pilihan dibulan puasa

Dah 3 ramadan hari ni

alhamdulillah masih diberi kekuatan
dan keupayaan utk
menyempurnakan tuntutanNYA..

org kata,nafsu makan dibulan puasa
pelik sikit
biasanya kita mengidamkan
sesuatu yg sukar ditemui hari2 biasa

saya sukakan sesuatu
yg manis(bkn terlalu manis) dan sejuk

tepung pelita
sedapnya jika disimpan dalam peti ais
susah nak jumpa
yg betul2 sedap


butir nangka
kuih tradisional kat kelantan

masa kecik2 dulu
bila arwah mak masak kuih ni
saya membebel
asyik2 kuih ni..asyik2 kuih ni
skrg...saya amat merinduinya
kerana yg dibeli
tak sesedap yg pernah dirasa


kuih sagu
nama pemesnya asam gumpal
antara peberet
lagi sedap kalau dlm kuah tu
dicampur dgn isi nangka yg masak meranum


kuih paling pemes dibulan posa
ondeh2 a.k.a buah melaka

kuih jala mas,nekbat,akok,puteri mandi..
oohhh nape la tekak ni
dok ngidam kelantan punya kuih muih ja..:)


26 comments:

  1. telan ayaq lioq gak ngeee
    buat sendiri la kaka puas hati

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum sis,
    wah..hubby ngidam kuih sagu tu tp tak nyempat nak beli.
    terliur pulak..hehe.sbr2.selamat berpuasa sis. =)

    ReplyDelete
  3. tu sume mmg kuih kuih feveret bulan puasa tuh!

    cuma saya tak makan nangka la...hihii~

    ReplyDelete
  4. mmg sedap kuih2 ni!. aduhai terliug tgk siang2 hari ni

    ReplyDelete
  5. samelah kita... Amy pun suka kuih2 tu. Tak sempat lagi menyinggah ke pasar ramadan..

    ReplyDelete
  6. Kak, Kt sg buloh tepung pelita paling best ialah Tepung Pelita Paya Jaras.

    ReplyDelete
  7. sedapnya tengok..hehe..ayu folo sini..jomlah joni segmen ayu dear ;-)

    ReplyDelete
  8. RS suke makan onde2 tu je.yg atas2 tu tak pernah cuba makan lg.tp mmg betul kan...bila bulan puasa mesti kita terasa nk makan macam2.. :)

    ReplyDelete
  9. butir nangka tu ialah Badak Berendam ke?

    betul, kuih2 macam ni mmg payah nak cari org jual yg rasanya betul2 sedap macam kita buat sendiri kan

    ReplyDelete
  10. Rizal amatlah suka tepung pelita.

    Disebabkn satu keluarga mmg suka masak, bila ramadhan je mesti riuh sapur!

    http://igossiprizal.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. wahhh semua kuih2 kat atas peberet sye la..best nyewwww

    ReplyDelete
  12. setuju dengan statement akak..bulan puasa ni selera pelik sikit. Nak makan yang 'luarbiasa'..hehe..kuih muih yang susah nak dapat, dalam bahasa mudahnya. saya suka lompat tikam...semalam pusing pasar ramadhan kat perda..huhu..tapi kuciwaaaa....

    ReplyDelete
  13. salam kamsiah..butir namgkan dan asam gumpal acik pun suka..lama dah tak makan asam gumpal..tak jumpa lagi orang jual

    ReplyDelete
  14. aha... baru IM teringat nama kuih ini tepung pelita.

    IM beli semalam 2 ketul ingat nak bagi ibu_suri makan. Nasib tak baik liat pulak.

    ibu_suri tanya: kuih apa ni bang?

    IM jawap: puteri mandi. sedap?

    menjuih bibir!

    ReplyDelete
  15. salam kamsiah ..
    tepung pelita tu my faberet ..
    klu carik yg cair2 sikit ..
    boleh di hirup ..
    siap jilat2 kt daun pandan dia ...
    he..he...

    ReplyDelete
  16. asam gumpal tu sedap, susah nak dapat ditempat lain...

    ReplyDelete
  17. godaan di bulan posa...sy suke jgk kuih pelita ngan kuih sagu..:)

    ReplyDelete
  18. semua saya suka...cuma butir nangka saya tak pernah makan lagi....mesti sedapkann....

    ReplyDelete
  19. kuih tepung pelita kegemaran arwah ayah acu :)

    ReplyDelete
  20. Kakcik rindukan kuih2 tradisi yang mak kakcik buat dulu. :(

    ReplyDelete
  21. dah terliur huhu
    nnti buka ngan kurma je

    ReplyDelete
  22. semua makanan kat atas errah suka..lagi2 tepung pelita tu..waduh nggak tahan buk..hehe

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●