20 November 2012

Tapai Pulut

Secara peribadinya
saya kurang mengemari tapai pulut
tapai ubi kayu adalah kesukaan saya

Namun saya 'dicop' tokey tapai pulut
kerana 'dipaksa' membuatnya
tiap kali raya/kenduri kendara


utk hasil terbaik
gunakan beras pulut susu

yg ni,ori dari Siam

saya bkn memperkecilkan brg tempatan
tp ada perbezaan dari segi tekstur,warna
berbanding beras tempatan

Siam punya lbh lembut,wangi,putih melepak
dan tiada langsung rasa 'biji2' bila dimakan

oleh kerana anak buah suami saya
bersuamikan kastam
yg bertugas di Padang Besar
tiada masalah utk mendapatkan beras ni



ni ragi...import dari Kelantan
rm1=2 biji


ni rupa ragi yg telah dihancurkan


ni beras pulut yg telah dikukus kali pertama


renjis2kan sedikit air
kemudian kukus lagi
bila dah sejuk
taburkan ragi
sebiji ragi utk 2kg beras pulut


cup ni pun dah naik harganya...

jika mengunakan 'cup'
boleh tahan berbulan2 dalam peti ais
lagi pun mengisinya lbh cepat
berbanding proses membungkus mengunakan daun pisang/getah







versi daun pisang

tunggu 48 jam/2 hari
baru boleh makan...
(utk kenduri rumah
abg ipar sabtu,24 hb ni)

15 comments:

  1. Wah, bukan calang calang akak ni.. Setahu saya kalau nk buat tapai beras pulut yg sedap, bukan semua orang boleh buat.. Kalau tak, jadi masam atau tak masak.. Ni akak siap bt untk kenduri lg, mmg pandai la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui tu aisy.mak sya pun ckp cmtu..bukan semua org bley buat tapai beras pulut ni..mak sya buat pun asyik tak menjadi ja..kak kamsiah memng pandai buat la tapai ni.. :D

      Delete
  2. assalam kamsiah..acik suka tapai pulut..nak buat sendiri risau juga,..sebab takut dapat ragi yang tak berapa nak elok..tak menjadi pulak tapai nanti

    ReplyDelete
  3. as salam

    org2 tertentu je leh buat tapai ni kan kak..tapi saya tak makan sgt tapai..hubby saya suka:)

    ReplyDelete
  4. dulu waktu kecik2 nenek sll buat ragi ni..sedap..manis~ sekarang lama dah tak makan..huhu.

    ReplyDelete
  5. Kam..kira terer ni boleh buat tapai, ada orang buat tapi tak menjadi,ummi pun tak pernah cuba lagi.Patutlah ada tapai yang rasa 'biji2', rupanya sebab beras ye. Ummi memang suka tapai pulut ni Kam, tapi tak boleh makan banyak2, suara kjadi serak2 basah, hehe...

    ReplyDelete
  6. Sy pun dulu lebih suka makan tapai ubi. Tp bila dh kawen ni suami sy yg 'ajar' makan tapai pulut, huhu. Lebih sedap tapai pulut ni bila dicampur ngan cendol sejuk!!! ish..ish..

    Sy tabik spring laa kat akak..wlpn kurang menggemari tp pakar buat tapai pulut ni sehingga menjadi permintaan saudara mara bila buat majlis besar2.

    ReplyDelete
  7. tak pernah buat sendiri biasanya mak yg buat.

    ReplyDelete
  8. arwah mak akak dulu pun pandai buat tapai pulut tp anaknya tak pandai sebab anaknya tak suka makan tapai... caranya buat pun sama macam Kamsiah buat tapi bungkus dalam daun keladi

    ReplyDelete
  9. opah IM dulu pandai buat ragi dan tapai ubi kayu. juga pandai buat bedak sejuk.

    bapa mertua IM pula suka tapai pulut.

    IM tak minat sangat kesemua itu...

    ReplyDelete
  10. tak suka makan tapi pandai buat? pelik tapi benar..heee..2 thumbs up!

    ReplyDelete
  11. saya memang agak kureng dengan tapai..suami saya suka..lagi lagi yg bungkus dalam daun getah..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●