27 January 2012

Hadiah Untuk Widad

Sebaik ibunya memaklumkan
berjaya dalam interview kat OSRAM
dan akan berpindah
saya terpikir utk menghadiah Widad sesuatu...

Pada mulanya terlintas utk membelinya baju
tapi...
baju sekejap ja boleh dipakai
dah ketat,tak muat..
dah tak berguna dah....

terlintas jugak utk hadiahkan Widad teddy bear
tapi...
takkan dia nak main dgn teddy bear
bila dah dewasa nanti...

anak saya mencadangkan
utk 'mencuci' gambar2 Widad
yg ada dalam memori kad DSLR

good idea...

sbb ianya boleh ditatap,..
di simpan sampai bila2...

ok..ok...kira bajet dulu
berapa sen sekeping
kalau 6 R pulak berapa rm sekeping


album ni pilihan anak lelaki saya
we love u Widad












akhirnya siap...

ibunya menerima dgn terharu

merakam gambar terakhir bersamanya

'sun'...cantik..!!
"cat"...gigit kaki widad..!!
dia ni speaking melayu campur mat saleh

setiap hari..
sebelum balik
dia akan cakap
"I lebiuuuuuu makkk"



dah tak mau pakai tudung dahhh..


sunyi la pulak ari ni...

26 January 2012

Hari Terakhir Bersamamu

Hari ni
26 jan..
hari terakhir si comel ni
bersama saya..
setelah 2 tahun lebih
menjaganya
ibunya terpaksa berpindah
kerana mendapat tawaran
kerja di tempat lain



ni hari pertama sicomel ni
menghuni rumah saya
dari jam7.45 pagi
hingga 5.30 atau 6 ptg

makin besar,makin terserlah kecomelannya
ohh...ibunya jugak cantik..:)

anak IT...hehe ibu nya IT Enggineer
biasanya dia akan mendepa kan tgn
memeluk saya
sambil berkata
"..anak makkkk"

semua pic ni
zaman belum ada DSLR lagi hehe

bila dah ada DSLR
sentiasa jadi 'mangsa' lensa kamera


dia tersangat comei...............


setiap petang...
ibu @ bapanya
terpaksa memujuknya dgn berbagai cara
kerana dia enggan balik kerumahnya
yg selang sebuah dari rumah saya



Nur Widad (Cahaya kasihsayang)
kami sekeluarga pasti akan merindui
gelak tawanya...renggekannya...

saya pasti terdengar2 lagu nyanyiannya

"bgn pagi...gosok gigi
cuci muka...terus mandi.."

bila ditanya lagu apa tu Widad?

selamba ja dia jawab..
"lagu anak pintar"

sapa anak pintar?

"Nur widad laaaa..."

22 January 2012

Tasik Putra,Kulim

Sabtu-pagi yg dingin
dek hujan semalaman
7.30 pagi
merajinkan diri utk berjoging
di tasik putra,kulim


setiap sabtu/ahad
ada acara aerobic kat sini

saya malu nak join aerobic kat
tempat terbuka mcm ni

dulu pernah beraerobic
tp kat tempat tertutup
lelaki 'no entry'...


terserempak dgn my biras
katanya datang 6.30 pagi lagi
hehe leh caya ke cik kak...:)



2 round mengelilingi tasik...

sakitnya kaki sampai ke hari ni....












19 January 2012

Taman Tasik Taiping & Doli

Semalam..
Rabu..jam 5.20 petang
keluar dari rumah
untuk menjemput suami balik
dari berkursus di Shah Alam

oleh kerana dia
menumpang kawannya
sampai kat Taiping
kena la kami (isteri & anak2)
menunggunya di Taiping

Selepas anak sulung saya
tamat belajar
di Taiping (SERATAS)
dah lama saya tak kesana


Taman tasik Taiping
kami tiba dah jam 6.45
redup dan sejuk selepas hujan





4 beranak
bukan 4 beradik ya
Fida hehe

Sis Fida ni selalu
menyakat saya
saya mcm kakak dan adik
dgn anak2 saya..

posing pelik2 oleh anak2 saya
jarang2 dapat peluang macam ni


lepas berposing sakan...
lepas maghrib
masa utk mengisi perut
yg mula berdondang sayang


Mr Garmin yg banyak membantu

pilihan restoren-Doli
dah banyak kali masuk paper
dan keluar kat tv




mee kari

kueteow goreng special...mebeles...

masa masih panjang
suami berkata dia
mungkin sampai jam 9.45

cuci mata kat Taiping Central
mcm2 cara tarik perhatian
sedondon..satu keluarga...


16 January 2012

Ikan Rebus Goreng

Salam utk semua yg singgah di sini
hari ni,saya ingin berkongsi makanna/lauk
yg mengamit memori
lauk yg popular masa kecik2 dulu

Ikan rebus goreng

Di kelantan
di kebanyakan rumah
boleh dikatakan ikan rebus
adalah 'kemestian' di rumah2
ikan rebus digunakan sbg salah satu bahan dlm kerabu
ikan rebus juga digunakan jika memasak kuah lemak putih
atau dimakan bersama ulam,budu atau sambal

paling popular,ianya di goreng

bkn semua ikan sedap/sesuai direbus
paling sesuai dan sedap ialah ikan sardin a.k.a termenung a.k.a selayang
atau ikan kayu a.k.a tongkol

rebus bersama asam keping,garam dan hirisan lengkuas
tunggu sehingga kering airnya baru ditutup api
jgn masukkan air terlalu byk
kerana air dari ikan akan keluar

sedap dimakan panas2
bersama nasi panas

sebenarnya...ni kali kedua saya memasaknya lps kawen
pertama kali memasaknya,minggu lepas
anak2 saya minta masaknya lagi
katanya lbh sedap daripada ikan goreng biasa

07 January 2012

Komtar & Muzium Negeri Pulau Pinang

Salam untuk pembaca yg singgah di sini
lama jugak saya tak mengemaskini blog
mood berblog bagaikan chipsmore
kejap ada...kejap hilang...

Semalam...cuti sabtu pertama
hubby ajak ke Penang
utk repairs lens DSLR
sesambil tu...melencung sambil perabih duit..

Lokasi :Komtar



raya cina dah dekat
gebung beli belah meriah
dsgn tanglung berbagai saiz..


belek..letak..belek..letak..


gelang manik/kristal berwarna warni



puas tawaf di Komtar
hingga kebas kaki
turun naik escalator
akhirnya yg di beli cuma kasut utk berjoging hehe
mencari jeans yg berkenan dihati
tp hampa..tak jumpa...

Pertama kali datang ke muzium

saya perasan...hanya saya sekeluarga org melayu
pengunjung lain...mat & minah saleh



the red kebaya...

dan bermula lah aksi2 pelik oleh anak2 saya
anak saya kata
"abg komunis ni hensem..."

gambar2 yg blur adalah dari X6 saya
takleh guna flash dlm muzium...



mesin taip lama

banyak gambar yg tak boleh di 'buka'
samada DSLR yg kena format semula
atau memori card nya yg rosak...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.