28 February 2013

Labu Masak Lemak

Bahan:


-1/2 biji labu
-sebiji bawang besar
-200g udang kering
-2 btg serai
-2 helai daun kunyit
-secawan santan pekat
dan secawan santan cair




Cara:
-labu dibuang kulit dan dipotong 4 segi
(jgn terlalu kecil,nnt hancur bila dh empuk)

-masak santan cair bersama bawang besar
yg dipotong,udang kering yg ditumbuk kasar
dan serai yg dititik

-bila mendidih,masukkan santan pekat,labu dan daun kunyit
jika ingin kuah berwarna kuning

masukkan sedikit serbuk kunyit

-bila dah empuk masukkan garam dan padamkan api


saya suka memakannya begitu saja..

43 comments:

  1. faveret leez jugak nih! leez sker mkn dgn nasik panas2, buh kicap sket, lps tu, ade plak ikan masin. perrgghh..!! xtoleh kiri-kanan dh! ha3..

    ReplyDelete
  2. sedap labu masak lemak nie kak..dah lama dah tak makan..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Masak lemak labu ni anak saya yg no3,mmg suka sangat..kalau nnpk je masakan ni mmg teringat kat dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa mcm tak tergamak nak makan,kan..bila kita masak makanan kesukaan anak,tp dia tiada utk menikmatinya

      Delete
  4. memang feveret gak ni ..dpt ikan masin ngn sambal belacan , lagi terangkat.

    ReplyDelete
  5. lama saya tak makan labu...kalau sekali saya dapat makan...memang satu lauk tu pun dah cukup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan mcm tu saja pun sedap..tak sedar dah habis semangkuk meratah..

      Delete
  6. Uih sedapnya. makan dengan nasi panas. Kena plak sambal ikan bilis..nyumss

    ReplyDelete
  7. Saya sangattt suka makan labu masak lemak. Teringat zaman di asrama. Menu nie adalah menu lunch kami setiap hari Isnin. Ada ikan cencaru goreng dengan sambal belacan. Sedapnyaa.

    ReplyDelete
  8. Menyelerakan sungguh kak..
    Makan pulak ngan ikan masin & sambal belacan..
    Peerrgghhhh...Terangkat

    ReplyDelete
  9. yummy...dah lamer rietta xmam lepat labu....huhuhu.....

    ReplyDelete
  10. Masa kenduri rumah kak uda kakak hari itu kami pun masak lemak labu + kacang panjang. Makan dgn telur masin dan ada sambal belacan sedaaaappp. Dah teringat balik macam nak makan lagilah.

    ReplyDelete
  11. qays suker mkn labu, saya plak tak reti mkn

    ReplyDelete
  12. Kena makanan ni...aduhai....mak mentua lalu depan mata pun tak nampak, sebab mata cuma nampak labu tu aje....

    ReplyDelete
  13. Assalam. Wow, satu juadah yang memang menggamit. Masa belum tua dulu, masakan itu + gorengan ikan masin, memang satu kegemaran. Usah lupa sambal belacannya! Tapi, masa tak muda ni, kenalah kecutkan pengambilan santan dan garam.

    ReplyDelete
  14. Salam kenal dan follow #1479

    Sedapnya masak lemak labu.. lama tak makan :)

    Jemputlah ke blog saya cahayahidupku2569.blogspot.com. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  15. sedapnyer .. KA suka masuk dgn ketam sekali, bila labu tu menyerap mausk dalam isi2 ketam tu perghhhhh terangkat makan !

    ReplyDelete
  16. pergh!!!, makan nasi panas2 dengan ikan masin atau ikan goreng, pasti 'meletop' ni Kam...

    ReplyDelete
  17. kalo lemak labu ni sy lebih suka kalo ada pucuk labu ataupun pucuk manis...ish..ish...sedap jer makan ngan nasik. Dh abes nasik...ratah pulak sayur2 tu sampai abes satu bekas, hihi..

    ReplyDelete
  18. tak pernah makan. Huhuhu. Nanti suruh mak masak. Ekekekeke

    ReplyDelete
  19. Selama ni tgk masak lemak labu tak letak serai....lain kali leh cuba la. Tgk kaler kuning masak lemak tu..da memikat selera.

    ReplyDelete
  20. cantik kuning masak labu tu...mmg menambat selera..

    ReplyDelete
  21. ya allah..sedapnya! Tgk lauk ni, teringat kat nenek saya...ni lauk feveret dia...

    ReplyDelete
  22. Sedap nya labu masak lemak..Nampak sangat menyelerakan..
    dah lama tak makan..:)

    ReplyDelete
  23. Dah lama x mkn lemak labu masak sendiri... :D

    ReplyDelete
  24. Kamsiah, anak sulung saya paling suka sayur lemak labu,kalau dia balik kampung msti masak kalau ada labu di pasar..buat serawa labu pun sedap, cmpur kledek and pisang.

    ReplyDelete
  25. Tuan punya blog memang pakar ambil gambar makanan.
    Saya ini kalau labu kurang minat...hahahhaha

    ReplyDelete
  26. makan pula dengan nasi panas2, sambal belacan dan ikan kering...mak mertua lalu pun tak sedar...sedapppp!

    ReplyDelete
  27. Sedapnya..Dahlama tak makan.....biasanya mak yg buatkan.....

    ReplyDelete
  28. arghhhhhhhhhhhhhh kak! saya tak boleh tengok sayur ni kak,rasa nak ngap je,nak jilat laptop je boleh? hahaha.

    ReplyDelete
  29. woh! terkena penangan labu...lemak tul nampak..baru jam 9.30 pagi ni. terasa nak pi masak lah..hehehe..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●