25 March 2013

Kisah Rokok

Terlebih dulu sori pada perokok2 tegar
yg kebetulan singgah di blog saya ni

yesss...saya anti rokok
saya lemas dan rimas dgn asap rokok
org sebelah rumah saya
merokok dlm rumahnya pun
saya dah sesak nafas

Kisah di pasar malam

ptg semalam ke pasar malam
bisanya saya beli nasi lemak kukus
yg sedap tu..
tak nampak pulak penjualnya merokok

saya minta 2 bungkus nasi lemak
sedang kawannya sibuk menyediakan nasi
sikawannya pulak sibuk membuka penutup lauk pauk
sambil sebelah tgn memegang rokok
menyala...berasap...

saya terus blah
tanpa menunggu nasi siap
(mood saya baik sbb tak sound penjual tu)

sekali di ekspo pertanian
saya menunjukkan beberapa jenis kerepek ubi utk dibungkus

"yang mana kak...?"
tanya remaja sambil dibibirnya tersepit sebatang rokok yg berasap

"awak merokok..sambil menjual..pegang makanan..
tak jadi beliii..."
(mood geram,tak pasal2 budak tu kena sound)

keluarga saya tak merokok
keluarga sblh suami pun tak merokok
so rokok amat 'asing' bg saya
-busuk,kotor,rimas dan lemas-

25 comments:

  1. suami saya perokok tapi tak pernah merokok dpn kami dan tak pernah sekali pun merokok dalam rumah..

    ReplyDelete
  2. yup samalah dgn en hubby KA tu !

    ReplyDelete
  3. saya cukup benci orang merokok...mereka tak sensitif pada orang yang tak merokok....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...nsb baik hubby x hisap rokok. Tp mmg selalu jugak tgk ramai peniaga2 perangai mcmtu..

    ReplyDelete
  5. Aby pun tk merokok, seronok juga sound2 kwn perokok tegar yg mnyusahkan bila mereka berasap

    ReplyDelete
  6. Suami kakcik dan anak2 lelaki yang dah dewasa pun tak merokok. Harap2nya yang dua orang lagi tu pun tak akan cuba2 merokok nanti.

    ReplyDelete
  7. saya pun setuju orang yang merokok ni memang tak sensitif dengan orang yang tak merokok. suka hati jer nak hembus dekat kita...tak suka jugakk....huhuuu

    ReplyDelete
  8. Dan yang paling penting, merokok itu HARAM. Tapi mereka tak kisah

    ReplyDelete
  9. zalim ke kita sbb boikot barangan perokok tegar??

    ReplyDelete
  10. Memang tak ada faedah rokok ni,
    yg saya paling tak boleh tahan ialah kalau naik kereta dgn perokok.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Kamsiah

    Alhamdulillah
    terdiri drp keluarga yg tidak merokok
    saya masa muda2 dulu ada hisap rokok juga

    ReplyDelete
  12. saya pun.... kalau beli barang makan, tapi penjualnya merokok saya tak membeli di situ...

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah husband kita tak merokok...

    ReplyDelete
  14. wak pon x isap rokok jugakk.., isap bende laenns tapii.., ihHhiks

    ReplyDelete
  15. samalah dengan ita..
    memang benci sangat dengan bau rokok...

    ReplyDelete
  16. JR dulu pernah jadi perokok masa belum kawin. Lepas kawin kerana sayang istri terus henti rokok, boleh pula tu!! Sampai sekarang tak boleh bau rokok..pening!
    Entah mengapa masih ada yg merokok zaman sekarang, pada hal Majlis Fatwa Kebangsaan dah keluar fatwa merokok diharam di sisi Islam sejak 18 tahun lalu (1995)....

    ReplyDelete
  17. Merokok sambil menjual makanan sangat tak patut, my husband cakap kalau kat tempat dia, saper2 merokok kat dapur, takkan ada orang nak makan masakan dia.

    ReplyDelete
  18. Sesiapa pun saya rasa tak suka (kecuali perokok itu sendiri), tapi kalu dah dalam keluarga ada juga yang merokok, pandai pandai la mengelak. Apa nak buat. Toklaki saya merokok di luar rumah sahaja. Dalam rumah tak boleh.

    ReplyDelete
  19. hidup sihat tanpa rokok...
    say no to cigarette..

    ReplyDelete
  20. kenapa merokok ni semakin lama semakin ramai merokok. Pelik sangat!! kan rokok tu boleh membunuh..merosakkan paru2. Kenapa? pengaruh kawan..buat apa terpengaruh jika perbuatan hanya merosakkan kesihatan..tengok badan kering, tengok bibir ..hai entahlah. Tak hormat langsung lah tu..sampai merokok menjual...jagalah kebersihan kan...

    ReplyDelete
  21. bayangkan abu rokok jatuh ke kuah makanan kan pelanggan kena aniya tu..hati-hati hal ni bahaya.

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah, ahli keluarga lelaki dlm keluarga sy pun mcm keluarga akak jgk..
    Suami, adik sy, adik lelaki suami sy, ayah sy, pak mentua sy, biras sy ramai tak merokok. Ada 2 orang jer yg merokok. Tu pun dorang paham...bila nk merokok dorang keluar sedut asap lepas asap sengsorang, huhu..

    Sy selalu pesan kat anak2...psl bahaya rokok ni..

    ReplyDelete
  23. dalm keluarga saya pun tak ada yg merokok..huhu.. untung kan..hehe

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.