03 March 2013

Tugu Peringatan Tsunami




Tsunami yang melanda pada 26 dec 2004
kini telah 9 tahun peristiwa itu berlaku
namun kemusnahan akibat tsunami
masih jelas kelihatan

Kota Kuala Muda,Kedah




tugu yg dibina dari
bot2 nelayan yg rosak


disebalik tembok ini
tinggalan rangka2 rumah
yg musnah






ada yg tinggal cuma dinding
atau tiang2 rumah saja


Tanpa nelayan
berlauk ikankah santapan kita..??






nelayan baru pulang dari laut



udang fresh..


ketam melarikan diri...
















Kembara-Impian Seorang Nelayan
Burung camar hinggap di jejari 
Seorang nelayan sedang bermimpi 
Mimpi tentang duyung...
Mimpi tentang untung 
Bibit hanyut dibawa ombak Laut China Selatan

 Dalam mimpi berkata sang duyung 
Wahai nelayan kau anak laut
Di sini tempatmu di sini rezekimu 
Pengorbanan yang kau lakukan...
Ada balasannya 

 Mega mendung...
Laut pun bergoncang 
Nelayan tersentak hidup sesat haluan 
Sang mentari terlindung..
.Pantai tak kelihatan 
Tawar kau jalan akhirnya...

 Dalam pondok kecil beratap rumbia
 Seorang ibu memandang hari muka
 Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
 Ufuk timur hilang dari pandangan 

 Wahai anak yang sedang menangis 
Mungkin kini engkau tak mengerti
 Bila kau dewasa dan pandai nanti 
Pengorbanan ayahmu sayang jangan kau lupakan

32 comments:

  1. Baru tahu rpanya ade tugu peringatan nie..kat mana nie kak..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kota kuala muda...first time akak sampai sana...

      Delete
  2. Kakcik suka bait2 kata lagu itu. Sangat menyentuh hati...

    ReplyDelete
  3. Memang besar pengorbanan nelayan ni. Bukan semua sanggup turun ke lautkan.

    ReplyDelete
  4. Peristiwa yg terbesar dalam abad ke 21 ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...manusia tersentak dgn peringatan dari ALLAH..

      Delete
  5. oo ada tugu kat Kuala Muda..saya tk penah sampai ke sana lagi..tp mmg betul nelayan berhempas pulas cari rezeki di laut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun baru pertama kali kesana walaupun dari kulim ni,tak sejuah mana..

      Delete
  6. satu lembaran sejarah yang tragis, namun banyak hikmah disebalik tsunami ini/...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejarah telah terukir...sesekali alam mengamuk..manusia hilang hatra benda,nyawa..

      Delete
  7. sayu dgn entry ni... bukan mudah ye... orang yang melaluinya ni tentu masih lagi terasa kehilangan ahli keluarga diorang sebab tsunami ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam sekelip mata,nyawa dan harta melayang...sesiapa pun tentu trauma sepanjang hayat..

      Delete
  8. Teringat lagi tsunami tu, walau tinggal di Alor Setar tapi gegarannya memang terasa..meja bergoyang, jam di dinding jatuh...kiamat kecil yg menyebabkan kita tertanya2: cukupkah iman aku utk menghadapi kiamat sebenar????

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedar tak sedar,dah 9 th berlalu..namun traumanya masih dihadapi mangsa hingga kini

      Delete
  9. Sesekali merenung kehidupan nelayan, terasa sebak, berat mata memandang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itupun ketika membeli ikan..kita masih tawar menawar...mahukan yg terbaik tp murah harganya

      Delete
  10. mari sedekahkan al fatihah buat yg terkorban ketika tsunami dulu :)

    ReplyDelete
  11. Jadi kenangan
    belum pun sampai ke sini lagi
    terima kasih kerana berkongsi pemandangan
    Salam kenal

    ReplyDelete
  12. salam akak...dah lama saya tak pi tpt tsunami tu..

    al-Fatihah buat yg telah pergi...

    ReplyDelete
  13. dah 9 tahun rupanya....
    sy x amik pusing sgt pun.. terukkan?

    sedikit peringatan dari alam.......

    ReplyDelete
  14. sayu bila mengingatkan.. moga x berlaku lagi bencana seumpama ni !

    ReplyDelete
  15. tanpa mereka tak makan ikan kita kak,melainkan rajin tangkap sendiri..hehehe.

    ReplyDelete
  16. pagar batu tu mmg dah sedia terbina sebelum tsunami utk jd benteng ke kak?
    ke pagar rumah org tu

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●