11 April 2013

Senduduk Pun Dah Ada Harga


Pada saya,senduduk adalah tumbuhan liar
ketika dikampung,zaman kanak2 dulu
pokok ni langsung tiada nilainya

pokok ni tumbuh dgn suburnya ditebing sungai
berhampiran rumah ayah

buah senduduk saya gunakan
sbg 'peluru' yg diisi dalam senapang buatan sendiri
(mengunakan buluh)
main tembak2 dgn kawan2...
walaupun tak sakit
tp buah senduduk yg pecah
meninggalkan kesan ungu pada baju
(blk rumah,kena marah kat mak)

sekarang..bila ke nurseri
macam2 warna senduduk ada
pink,ungu,putih
dan harganya pun boleh tahan

dan baru saya tau
ada jugak yg makan kelopak bunga senduduk
sbg penyeri wajah
ala2 makan kelopak bunga ros gitu

utk pelbagai masalah kesihatan
senduduk juga banyak khasiatnya
dari akarnya,daun,batang dan bunganya
semuanya berguna


gambar ni dirakam ditebing sungai
berhampiran rumah ayah dikampung
ianya masih setia disitu
seperti zaman kanak2 saya dulu

30 comments:

  1. btul kak..senduduk nie ms kita kecik cam takder rege kan..main tembak2 tuh biasa jgk..heheh

    ReplyDelete
  2. Salam Kam,

    Teringat pula kisah dulu2 yg ketika itu toilet ada yang masih open-air. Kalau sembelit mahu ditariknya pokok senduduk tu sampai tercabut, (untuk melepaskan hajat) he he!!

    ReplyDelete
  3. rietta men tembak tembak pkai buah cenerai....senduduk kitorg mkn buahnye...kdg kdg biru baju...hehhee...masam masam manis...

    ReplyDelete
  4. Ada yang menggunakan daun senduduk sebagai salah satu ramuan membuat jamu.

    ReplyDelete
  5. pokok senduduk ni daun dia ada khasiatnya utk menyembuhkan luka jg..
    bila ditanam berbaris mmg cantik bunga2 dia berkembangan dgn warna yg berbagai kan..sekrg kat nursery pokok hutan yg byk ditanam n dijual..

    ReplyDelete
  6. Bukan aje jadi peluru Kam. Kakak dulu siap yg dah rekah dan masak makan lagi. Cuba bagi anak kita sekarang mahu muntah mereka. Kakak dulu sampai bibir jadi purple hihi...

    Rumah kampung kakak masih ada tumbuh tapi bukan berjaga pun memang jenis yg tumbuh sendiri tak kira yg putih atau yg purple macam yg Kam tunjuk ini..

    ReplyDelete
  7. ms kecik2 suka dgn buahnya...smpi ungu lidah ;-)

    ReplyDelete
  8. DAun senduduk juga adalah bahan untuk buat telur pindang di Johor..
    read http://kniedaz78.blogspot.com/2013/02/telur-siapakah-itu.html
    ^_^

    ReplyDelete
  9. di Johor senduduk memang berharga, pokoknya digunakan dalam ramuan telur pindang..

    ReplyDelete
  10. Cantiknya... dulu kecik2 selalu mkn putik buah nie..pastu wrna kt bibir jadi biru....xblh lupa kenangan kck2 dulu :D

    ReplyDelete
  11. memang nostalgia Kam tengok pokok senduduk ni, ummi pun pernah main tembak2 guna biji senduduk, biji dia tu kalau letak kat mulut, abih nampak biru lebam semacam hehe..

    ReplyDelete
  12. Senduduk warna pink dan ungu masih banyak tumbuh meliar di tepi2 jalan. Senduduk putih paling sukar ditemui dan paling byk khasiatnya.
    Senduduk...macam manalah boleh dapat nama tu ye?

    ReplyDelete
  13. kat kampung dulu banyak sampai tak hairan.. ;)
    sekarang nak jumpa pun kat nurseri je..

    ReplyDelete
  14. Masa kecik2 dulu buah senduduk tepi hutan pun kami baham, rasanya pahit2 manis. Lepas makan warna lidah jadi sangat cantik: purple!!!

    ReplyDelete
  15. skang dh susah nk jumpa pokok ni kat area umah sy ni...dulu masa mula2 duduk byk lagi.
    Kecik2 dulu sy makan buah dia, hehe..

    ReplyDelete
  16. Makchaq makan buah senduduk ni.....sedap.. Anak2 pun pandai makan.. Khadijah kata bubble berry.. Dia pun suka makan... Elok untuk sakit mulut /pecah dlm mulut tu..(mata ikan)

    ReplyDelete
  17. suka pokok senduduk ni, batang dia boleh buat lastik. dulu kitaorang main ala-ala adventure dalam hutan senduduk. balik bau badan busuk ya rabbi.. hahaha... sekarang semua tempat senduduk hidup dah jadi rumah orang. tak dapatla budak-budak main edvencer advencer lagi.

    ReplyDelete
  18. dah susah kak nak dapat pokok ni.. dl kat kebun banyak.. daun dia ronyok2.. buh kat tempat luka.. cepat je darah berenti..

    ReplyDelete
  19. zaman sekarang benda yg kita tak pandang o pandang sebelah mata dah ada nilai ada orang yang nampak kelebihan benda tu.. ^^ itu la gunaya ilmu dan dekatkan diri dengan alam juga supaya kita kembali ingat pada pencipta.. ^^

    ReplyDelete
  20. mmg cantik bunga2 senduduk ni sebab ada byk color. satu lagi daunnnyer bagus untuk ubat luka kan !

    ReplyDelete
  21. bunga senduduk cantik! suka tengok. teringat masa kecil..lepas balik mengaji mesti pi kutip buah dia yang warna ungu kehitaman tu...makan..tak sedap mana pun...saja suka-suka makan..sampai hitam gigi dan lidah.

    ReplyDelete
  22. Kalau time raya cina,pokok ni selalu jadi mangsa,
    daun dan bunga dibuang dan digantikan dgn bunga cherry blossom plastic.

    ReplyDelete
  23. den lagik teruk...tak kenal pun....ahakz

    ReplyDelete
  24. daun senduduk boleh ditumbuk tampal pada luka dan balut....masa kecik2 dulu selalu makan buahnya...manis

    ReplyDelete
  25. ada kawan kena kanser dan setiap pagi dia makan beberapa kuntum bunga senduduk ni..

    masa kecik penah makan buah senduduk.abis gigi jd hitam ;)

    ReplyDelete
  26. memang suka tengok gambar bunga senduduk, banyak khasiat untuk kesihatan..akar bunga ni memang mak kata bagus untuk kesihatan. Allah jadikan semua ada tujuan.Tahniah blog pilihan di Wall blog Pesona

    ReplyDelete
  27. ooo byk khasiat juga pokok ni....baru tau...dolu2 main senapang buluh, kertas basah dijadikan sbg peluru..

    ReplyDelete
  28. yang bunda tahu pokok senduduk putih tu mlebih byk khasiatnya dlm perubatan..kat semak atas bukit kat rumah bunda byk pokok senduduk purple ni...

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●