Sepanjang usia blog saya ni
belum pernah lagi
saya buat entri pasal cerita seram
pertamanya kerana saya mmg penakut
keduanya bimbang digelakkan pembaca
yalah..misteri tu sesuatu
yg sukar dijelaskan dgn logik akal
hanya yg pernah mengalaminya saja akan tahu dan faham
Tasik Banding yg cantik ni
akan jadi persinggahan wajib
dalam perjalanan balik ke Kelantan
utk berehat dan makan
Beberapa tahun dulu
ketika dari kg saya di Kelantan
dalam perjalanan balik ke Kulim
ketika sampai di Tasik Banding
kelihatan ramai angota polis, tentera,paramediks
dan press ditepi tasik
suami saya memberhentikan kereta dan bertanya
pada seorang org asli yg berada disitu
rupanya ada kejadian bot karam
mengorbankan berbelas org
peserta kem motivasi sebuah syarikat kosmetik
mayat2 masih belum dibawa ke pengkalan lagi
suami bertanya,nak tunggu tgk tak...
ohh tidak..saya tak mahu,tak sanggup..saya takut..
itu kisah beberapa tahun dulu
Cerita Seram
Ketika balik ke Kulim
dari melawat ayah saya yg kemalangan dulu
(2 th lps)
Saya bertolak dari rumah ayah dah lewat
selepas solat asar
dah hampir jam 7 ptg dah
ketika berhenti di R&R Titiwangsa
jam dah pukul 10 lbh
Sesiapa yg melalui jalan raya Timur-Barat
pada waktu malam akan tahu
jalan tersebut sunyi dan gelap
jauh beza dgn highway PLUS
Selepas melalui Tasik Banding
suami meminta anak lelaki saya
pulak yg memandu kerana mengantuk
saya di seat tengah bersama 2 org anak perempuan
diseat belakang sorg anak perempuan
(dari awal lg dia dh bgtau
nak dok sorg2,nak tido)
suami saya pulak
bila dh bertukar tempat dgn pemandu
terus krohh..kroh..krohh
saya yg sememangnya tak boleh tido dalam kenderaan
perasan anak lelaki saya
bawak kereta mcm terhuyung hayang
kejap laju,kejap perlahan
kejap kiri,kejap kanan
dan sebuah kereta di belakang
asyik memberi isyarat seolah nak memotong kami
tp tak potong2 jugak
akhirnya kereta tu makin jauh kebelakang..
akhirnya kami sampai di rumah jam 1 pagi
akhirnya kami sampai di rumah jam 1 pagi
Keesokan harinya baru sianak lelaki membuka cerita
ada yg menumpang kereta kami
kereta terhuyung hayang
kerana dia asyik memandang melalui cermin pemandu
makhuk tu berbalut seperti mayat
serba putih dan duduk diseat belakang
bersebelahan anak perempuan saya
yg duduk sorg tu
anak perempuan yg duduk bersama saya jugak nampak
katanya ingatkan dia mamai
sempat pulak dia berkata
"tadi adik pakai tudung hitam
bila pulak dia tukar tudung putih..."
bila diceritakan pada suami
"dia nak tumpang la tu,tertinggal bas agaknya.."
sejak tu..saya fobia berjalan malam..!!
seramnya
ReplyDeletetakut pula tapi dia ttp makhluk Allah mungkin kita di uji..terus di uji..
ReplyDeletesalam kenal dari blogger cinta
Auuuu...seram tu. Tapi kira anak akak ni berani juga orangnya.. Sempat sampai dia pandu kereta tu.
ReplyDeletekalau baca tengah malam, boleh meremang jugak. hehe, jawapan `tunggu bas' tu memang nak sejukkan hati.
ReplyDeleteSerammnya kak cerita yg kedua tuh..tp anak lelaki akak tuh boleh jer dia terus drive kan..steady jer takder takut2...:)
ReplyDeleteadoi kamsiah, takutnya..saya yg sorang2 dlm bilik ni tiba2 dok toleh belakang,kiri dan kanan pulak lepas baca cerita awak ni..
ReplyDeletesaya penah lalu sekali je lebuhraya tu. mmg sunyi walau siang. Sesekali je ada kenderaan, line hp pulak takde,cuak gak. Kalau mlm mmg tak berani la.
ReplyDeletesaya berenti kat tasik banding tu, cantik!
Kam, ummi ni penakut juga. Terasa seram betul baca n3 ni. Tabiklah kat anak lelaki Kam, berani kiranya anak Kam tu.
ReplyDeletealhamdulillah, 3 hari 2 malam saya tinggal di banding inn dan meneroka hutan dan tasik banding beberapa bulan lalu, takde benda2 menyeramkan timbul. tapi kawasan hutan dan tasik, memang ada mahluk lain yang Allah ciptakan, tinggal. yg penting, ada ilmu di dada dan kuat semangat
ReplyDeleteSalam Kam,
ReplyDeleteKami dah 2 kali menginap di Belum Resort, xde apa2 pulak. Cukup tenang dan cantik sekali. Walaupun begitu adik Mak Aji sekitar 2 tahun lepas kemalangan dengan super-bikenya, menunggang berseorangan jam 2,3 pagi dari Grik ke Tasik Banding (nak balik KB). Cedera parah, patah tulang belakang, tetapi alhamdulillah selamat. Kata orang memang kawasan itu 'keras!'
assalam kamsiah..makhluk ni memang wujud..tk de yang akan ketawakan ..
ReplyDeletekita serupa..acik pun penakut
jumlah mereka lbh ramai dari kita manusia
DeleteMak oiii... tahannya driver tu senyappp jer ekk?
ReplyDeleteAduh.... seramnya Kamsiah, bila dengar cerita ni. Pernah juga ikut jalan tu dari Kedah ke Kelantan, tapi waktu siang hari je. Kira kuat semangat juga lah anak Kamsiah tu... ye.
ReplyDeletewaktu siang tasik ni mmg cantik..
Deletehuhu...seramnya......saya suka tengok tasik banding kalau gi kelantan..rasa misteri je
ReplyDeletejangan biarkan hidup anda dlm misteri hehe
Deletesalam kak,
ReplyDeletetumpang lalu eyh...
ade remang2 jugak kat tengkuk nih.. baca cerita akak...
Seram!!!
ReplyDeleteMmg dah macam dlm filem ...mayat berbungkus dlm kereta!
Tasik Banding ni kita lalu ke kak kalau saya dari Cameron Highlands, ikut jalan Gua Musang nak ke Kota Bahru? Dah dua kali saya lalu jalan ni, rasa macam tak lalu tasik..
Bkn doc..tasik ni terletak dlm negeri di Perak...kalau dari kelantan,ke utara..terpaksa melalui tasik ni
DeleteOoooo..ok..ok...:)
DeleteTasik tu mmg cantik...pernah naik bot keliling tasik tu...ada cadangan nak duduk kat resort tepi tasik tu...tapi tak jadi2...seram cerita kak kam ni...sib baik la anak kak kam tak panik...noe pernah pegi siang je...malam2 tak pernah...tapi rasanya mmg sunyi sangat kt situ...
ReplyDeleteBoleh tahan berani hero Kam itu ye. Kalau kita agaknya lama dah kereta berhenti tepi jalan tak boleh tekan minyak..
ReplyDeletehahaha.. suami akak mmg sempoi.. msti byk lagi kisah die.. cuba akak tanya... kih kih kih
ReplyDeletetasik banding ni yg kt gerik tu kn?? yg ad gajah melintas... org tua tahan kete tu kan?? kan??
takutnya dengar...laluan ke tasik banding tu mmg mengerikan maklumlah jln lama gelap plak tu... saya selalu gak ikut suami g memancing kat situ dulu... sekarang sejak ada ank nie dah jarang sgt pegi...
ReplyDeletePepatah mat saleh kata,
ReplyDeleteWrong time at a wrong place.
Beberape kali juga aby lalu d tasek Banding tu
eeeeeeeeeeeee takutnye...
ReplyDeletejs pun pernah guna jln ni...mcm2 citer dgn drp ipar js yg slalu balik kg lalui jln ni..dia slalu pesan kalau lalu jln ni jgn tegur benda pelik2...teruskan je..js tak pernah lagi guna mlm..lalu waktu siang pun sunyi je jln ni kecuali musim raya...^^
ReplyDeleteDi dunia ini bukan manusia saja penghuninya. Agaknya makhluk2 ni kdg2 sunyi kot di dunia mereka, itulah sebab kdg2 mereka mengusik manusia. Mungkin bagi mereka itu cuma satu joke...tapi joke yg menakutkan kita....
ReplyDeleteMasa kat sekolah menengah dulu "seseorang" yg menyerupai adik JR pernah menumpang JR ke kedai. Ketika itu JR menaiki basikal lepas maghrib. Bila sampai di kedai dia ghaib. Masa itu baru sedar rupanya ada yg menumpang. Mungkin 'dia' terlepas teksi?
ReplyDeletewarghhhhhh....serammmmm.......tetiba teringat kesah di tasik banding jugak 3 taun yg lepas...
ReplyDeletesalam kak..
ReplyDeletekenapa saya baca waktu malam ni!!!arghh!! dah lah saya duduk sensorang ni..hahaha..adoi..
tido bukak lampu hari ni..yeay!!!
haah..dia nk tumpang aje...
ReplyDeletetu yg dia tak kacau penumpang kereta tu..
hehe..
tp jalan kat situ mmg sunyi.
huwaa.. berdiri bulu roma saya baca kisah ni..dah la selalu juga berulang alik ke penang ikut jalan tu... tapi setakat ni tak pernah kot travel malam2.. lepas ni mmg takkan travel malam ikut jalan tu
ReplyDeletesaya pun banyak dengar cerita dari mak sedara pasal laluan tu. dia kalau balik sini dari k.terengganu, memang takkan balik lewat petang. bahaya jalan tu. dengan cerita seram nya..dengan kes rompakan pun ada.
ReplyDeleteseram ya, nujur selamat..tulah ada yg kata jangan berjalan malam seorang2 lebih baikj berdua ..
ReplyDeleteBeraninya hero akak....mmng menyeramkan...
ReplyDeleteassalam, memang menyeramkan, nasibaik anak tu berani jugak orangnnya..
ReplyDeletewak pon seram jugakk.. uhhHuu
ReplyDeleteerrrrrrrrr...takuttttttt...x tau lak kisah tasik nih...huh!
ReplyDeleteseramnya cerita akak..
ReplyDeletepengalaman yg menakutkan... cobaannn..
ReplyDeletesy kerap juga lalu jalan ni, dalam perjalanan sebelah malam pernah 2 kali terserempak gajah liar sedang melintas jalan..
seram juga tu kak kam.
ReplyDeleteseb baik anak lelaki akak kuat semangat
Iskkk...baca pun dah seram sejuk!!
ReplyDeleteAnak lelaki awak tu memang berani ler..kalau aku dah tak tahu nak buat apa derrrr......
Yang best suami sempoi ajer jawab...hahahahaa
asben ada plan nak ke tasik banding, adakah kena melalui jambatan misteri ini?
ReplyDeletealamk seram laj pulak baca ni kak!
ReplyDeleteadoii..seremm cikda.. hero kak kam nih memang hero tulen ni.. mujur kak kam tak nampak kan.. cikda baru tau tasik banding ni..
ReplyDeletewah!nasib baik saya baca waktu siang.
ReplyDeletesaya pernah lalu lebuhraya GrikJeli waktu siang. ianya agak berbahaya dan kawasan itu memang sunyi pada 2,3 bulan lepas. kata orang ada berlaku kes rompakan disitu.
ReplyDeletesaya org gerik..
ReplyDeletetasik banding mmg femes
mmg jalan ctu sunyi...
kami pun mengelak kalau nak lalu ctu malam malam...
Hai kak...seram sejuk bila baca pun kak ni...bukan misteri dah ni kak..mmg jelas angkara makhluk halus...mengingatkan sy pada kisah yang pernah sy kena di tasik kenyir beberapa tahun lepas
ReplyDelete