12 June 2013

Resepi Solok Lada


Lada utk buat solok ni
dibawa oleh my sis dari kelantan
haha..dia siap bawak kelapa 2 biji
utk buat solok lada

dah hampir 2 minggu terperap dlm peti ais
hari ni baru ada mood nak buat

saya tak tau apa nama spesis lada ni
tp amat senang didapati di kelantan
selain dibuat solok
lada ni jugak sedap dibuat jeruk
makan bersama bihun atau mee

membuat solok lada mengunakan lada spesis lain
kurang sesuai a.k.a tak sedap..!!


mula2 belah lada ditengah2
mengunakan hujung mata pisau
kemudian buang biji/empulurnya
basuh dan toskan

bahan utk isinya:
-10 ekor ikan kembung/selayang
-sebiji kelapa-parut
(seeloknya kelapa yg masih muda)
-10 ulas bawang merah
-sedikit halia dan serai
-garam dan gula
-sebiji telur

cara2nya:
-rebus ikan,toskan kemudian asingkan isi dan tulangnya
-tumbuk bawang merah,kelapa dan isi ikan tersebut
-tambahkan sedikit garam dan gula (boleh juga gunakan gula melaka)
-masukkan sebiji telur

gaulkan hingga sebati
masukkan kedalam lada yg telah dibelah tadi
 ini rupa sebelum dikukus
utk memasaknya boleh direbus atau kukus

jika merebus
masukkan sedikit santan

ni rupa selepas dikukus
(kalau ada nasi kerabu..best ni..)


27 comments:

  1. Kalau ado lado gitu mmg buat dah nie..:)

    ReplyDelete
  2. mengenalinya.. sewaktu duduk di kelantan.. :D serius.. sedap!

    ReplyDelete
  3. renyah nak membuatnya kan, tapi kalau buat sendiri puas hati boleh makan banyak2, hehe

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Kamsiah

    saya berkawan dgn orang Kelantan, baru tahu solok lada ni

    ReplyDelete
  5. Cantik cili hijou tu... elok sangat dibuat solok lada... tq saharing resepi boleh cuba nanti :)

    ReplyDelete
  6. mengandung dak Kakak dulu saya cukup suka makan ni..

    ReplyDelete
  7. haha...saya dulu panggil lada berinti...kalau mkn nasik kerabu, saya mesti ambik lada ni...betul la..lada jenis tu saya nampak byk jual kat kb...kat kl/ shah alam ni susah cari

    ReplyDelete
  8. solok lada kegemaran saya... ehm makan ngan nasi kerabu sedapnyer...

    ReplyDelete
  9. Salam K.Kam..
    cma pernah nampak solok lada ni..tapi tak suka mkn sbb ade kelapa dlm dia..

    ReplyDelete
  10. xpernah buat pun solok nie...ranyah jugak nak buat.. :D

    ReplyDelete
  11. saya suka sangat makan ni dgn nasi kerabu, benda lain tak ada pun tak apa

    ReplyDelete
  12. Baru lastweek saya buat solok lada ni kak, hahaha main bedal jer pakai kelapa kering, boleh la buat lepas rindu :D:D

    ReplyDelete
  13. kt klate mmg byk lada gemuk gini, mmg khas utk wat solok.. kdg2 zura buat ulam cicah budu jerk..nyum nyum !!

    ReplyDelete
  14. ha'ah...mmg sesuai dan serasi sgt ngan nasik kerabu..

    ReplyDelete
  15. Org rajin aje yg buat ni Kam. Banayk kerja dan kena teliti baru menjadi. Patut pun dia bawa kelapa sendiri sebab nak yg muda. Kalau kakak ni beli nasi kerabu mesti nak ada 2 biji cili solok ni sedap..

    ReplyDelete
  16. assalam,

    kalau beli nasi kerabu tak sah kalu tak tambah ngn solok lada ni... hai! dah dekat2 nak puasa ni..nanti makanan camni lah selalu nak beli..

    ReplyDelete
  17. saya suka solok lada kak...makan dengan nasi kerabu memand sedap..

    ReplyDelete
  18. Solok lada ni feveret kak ani, tapi tak pernah masak sendiri. Nak cuba jugaklah rasanya. Terima kasih berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  19. terasalah aromanya sampai kat blog pesona..hebat, macam2 ada resepi kat blog terbaik pilihan Pesona ni..

    ReplyDelete
  20. Selalu juga tengok di pasar mlm dlm perencah nasi kerabu, tapi tak pernah cuba lagi....

    ReplyDelete
  21. salam kak kamsiah..
    haah.. sedap sangat.. lada die tu buat jeruk pun sedap.. saya suka..^^

    ReplyDelete
  22. paling suka makan..
    tambah plok kalau makan dengan nasi kerabu..

    ReplyDelete
  23. kalau mcm ni dah boleh buka kedai makan.

    ReplyDelete
  24. KA paling suka mkn solok lada, tapi yang MIL buat hehehe

    ReplyDelete
  25. wah terliur ni kak,,heheh mkn dgn nasik kerabu,,hohohoh thanx atas resipinya=)

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.