02 July 2013

Sup Tauhu Jepun

Ada yg memanggilnya tauhu jepun
ada pula yg memanggilnya tauhu telur


Senang dan ringkas




Mula2 keluarkan tauhu dgn berhati2
sbb ianya senang pecah,hancur
petuanya-potong kat tengah2 tiub tu
picit keluar perlahan2
terpulang nak slicekan atau tidak
kemudian goreng

kuah sup

1 liter air
 3 biji tauhu jepun 
sedikit isi ayam dipotong kecil 
6 biji bawang merah - dimayang halus
 5 ulas bawang putih - dimayang halus 
 2 biji telur - ambil putihnya sahaja 
1 1/2 sudu makan tepung jagung (s bancuhkan dengan sedikit air)
 1 tangkai daun sup - dihiris halus garam dan lada sulah secukupnya
seketul kiub perisa ayam

*boleh ditambah sayuran campur atau carrot
bunga kobis,jagung muda


 Cara membuatnya :



Tumiskan bahan2 yg dimayang
Masukkan air
 Kemudian masukkan pula isi ayam dan tauhu jepun.
 Setelah mendidih, masukkan putih telur dan tepung jagung. 
Kacau hingga sebati. 
Akhir sekali, perasakan dan taburkan daun sup. 
Sedia untuk dinikmati.



38 comments:

  1. sedap ni, bolehlah buat juadah santapan berbuka puasa nanti ni... *_^

    ReplyDelete
  2. Tauhu ni mmg lembut jer isinya. Sy pnah mkn 2-3x aje. Kat kedai..lps tu somi sy xbg mkn dh..mm

    ReplyDelete
  3. x mkn tauhu...
    dolu mmg mkn, skrg dh x mkn, tp klau tauhu tu buat sndrik bukan beli kedai punya, nureen mkn hehe

    ReplyDelete
  4. Sedapnya....tapi biasanya makan kat kedai jer..tak pernah buat sendiri...

    ReplyDelete
  5. Tauhu ni mudah sangat nak dimasak :)

    ReplyDelete
  6. Olala..sedap ni Kam!!, tengah lapor ni lagilah nampak sedap, nak bawa lari semangkuk lah, hehe..

    ReplyDelete
  7. boleh jadi hidangan pesakit kencing manis yg dah dilarang dr utk mkn nasi dan segala jenis buah ... teman saya , cian dia ...

    ReplyDelete
  8. memang sedap ni..masuk ke tekak cair je tauhu tu..hehe

    ReplyDelete
  9. Selalu juga che mid masak tahu ni.. satu keluarga suka, tapi masakan cina ni sedap bila makan panas2 kan.. bila sejuk rasa cepat loya.. he he..

    ReplyDelete
  10. x penah msk tp kalu g resto dan ada menu ni mmg sy akn mkn

    ReplyDelete
  11. tengah hari gini tengok masakan yg sedap ..
    kena percepatkan gi kedai makan ni ..
    lembut kan tahu bila kt mulut ..

    ReplyDelete
  12. yummy...fav rietta nie...klu mam, xmam nasi pown xpe dah...eeeh, terus goreng ke tauhunye...larr, yang rietta diajar dulu, rebus dulu, kasi keras sikit...hehehe....

    ReplyDelete
  13. Tambah menu utk berbuka dan bersahur nanti. Menu yg tidak pedas sgt sesuai di bulan puasa.

    ReplyDelete
  14. sedap tapi tak pernah masak sendiri....

    ReplyDelete
  15. Tak pandai nak makan tauhu ni, tapi isteri suka. Nampak menarik la pulak...nanti boleh buat, macam nak rasa pula tauhu ni...hehe

    ReplyDelete
  16. Tahu lembut ni antara feveret saya. Ratah pun saya boleh.

    ReplyDelete
  17. sedapnya kak tauhu jepun tu..saya memang suka sangat makan..makan dengan nasi ja pun sudah cukup..hihi..

    ReplyDelete
  18. sesekali ada juga buat menu ni.. anak2 x brp gemar lah pulak

    ReplyDelete
  19. assalam kamsiah..tak pernah cuba masak lagi tauhu jepun ni..ramai yang kata sedap

    ReplyDelete
  20. Sangat suka dengan tauhu jepun ni. kalau letak cendawan sikit lagi marveles.

    ReplyDelete
  21. tauhu ni kalau di goreng, selalu melekat dkt kuali :(

    ReplyDelete
  22. Salam Kam,

    Mak Aji sebelum ni tahu makan je. Insya-Allahn boleh cubalah nanti. TQ for the share!

    ReplyDelete
  23. Salam K.Kamsiah..

    huhuhuuu..nmpk menarik..tp cma x mkn tahu jepun..rase die pelik..
    mak cma suka mkn..siap buat sup lg..

    ReplyDelete
  24. memang suka tauhu jepun ni. selalu standby dalam fridge. bila takde lauk..boleh masak macam ni saja. sedap woo.

    ReplyDelete
  25. tima kasih kak kam...mmg feveret noe ni...dah simpan resepi kak kam ni...hehehe..pasti akan dibuat..

    ReplyDelete
  26. lemak berkrim..sedap tau kelihatannya..

    ReplyDelete
  27. memang sedap..tapi selalunya bila kita orang makan dah pecah...

    ReplyDelete
  28. tak pernah masak sendiri mknn ni, biasa mkn kt kedai jerk...

    ReplyDelete
  29. Oh senang rupanya. Nanti2 boleh try. Hehe~

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●