11 October 2013

Masakan Tempua Bersarang Rendah

Burung tempua akan membuat sarang
nun tinggi dipuncak pokok kelapa

Peribahasa yang berbunyi,
 jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah 
membawa maksud pasti ada sebab-sebabnya 
(sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.
dah hampir 10 th usia sarang tempua ni
dikutip dikg,kelantan
ianya jatuh bersama pelepah kelapa yg gugur

Burung kedidi hinggap di dahan 
Burung tempua bersarang rendah 
Melayang diri tiada tertahan 
Menanggung rindu tiada ternoktah. 

Terbang merpati berkawan-kawan 
Bersarang rendah burung tempua
 Salam ku sambut mencari tuan 
Dalam mimpi tak juga ku bersua.

 Burung tempua bersarang rendah, 
Burung kedidi di tanah rata;
 Hajat bersua di malam indah,
 Memandu janji seia sekata. 

Burung tempua bersarang rendah 
Hinggap di dahan menanti senja
 Di dalam hati terasa gundah 
Siapalah aku di mata dia….


36 comments:

  1. lama betul usia sarang tempua tu kak.masih elok lagi.cantik la pulak tengok sarang tu.mcm tingin nak ada satu kat rumah

    ReplyDelete
  2. Berpantun pagi ni ye kak kam.Nak jual jugak la, harap sudi membeli..hehe..

    Menyeri taman sarang tempua
    Bersemi kekwa di petang redup
    Hari depan milik berdua
    Sehati sejiwa melayar hidup

    ReplyDelete
  3. dah lama tak berpantun.. ;)
    skill pun tumpul rasanya kak..

    psstt: sarang burung tempua tu banyak kat rumah bapak sedara saya sebab masa mak sedara mengandung dulu, beliau mengidamkan sarang tu.. ;)

    ReplyDelete
  4. pandainya kak kam berpantun...noe dulu pun ada satu sarang burung tempua ni...tapi ntah ke mana la plak...

    ReplyDelete
  5. mana nak dpt ni ??
    teringin nak simpan kat laman rumah jgk.

    ReplyDelete
  6. Burung tempua membuat sarang
    Terbang tinggi bebas di udara
    Puan ibarat bunga yang kembang
    Secantik permata di jari si dara

    Tetiba kat blog Aina pun ada pantu2 jugak hari ni kak...

    ReplyDelete
  7. Subhanallah ..bijak bermadah,cantik sarang tempua tu.salam perkenalan dan Syukran kerana berkunjung ke blog ustazah

    ReplyDelete
  8. Subhanallah ..bijak bermadah,cantik sarang tempua tu.salam perkenalan dan Syukran kerana berkunjung ke blog ustazah

    ReplyDelete
  9. Subhanallah ..bijak bermadah,cantik sarang tempua tu.salam perkenalan dan Syukran kerana berkunjung ke blog ustazah

    ReplyDelete
  10. mak farah pun suka buat hiasan sarang tempua ni, katanya cantik... ^_^

    ReplyDelete
  11. Salam Jumaat :)

    Sayang tempua bersarang rendah,
    Hanya sejengkal atas kepala,
    Sayang berdua jarang berpisah,
    Hanya ajal memutus segala....

    ReplyDelete
  12. cantik sangat dibuat hiasan taman sarang burung tempua tu kan, kalau beli boleh tahan juga harganya.

    Burung tempua bersarang rendah
    Hinggap pula dipohon cendana
    Indah sungguh seloka bermadah
    Terubat sudah jiwa gulana..

    ps:Kam ummi balik Ganu,masuk Qurban InsyaAllah.

    ReplyDelete
  13. Baca perkataan yang mula-mula tajuk tu, terkejut saya tadi, ingatkan ada resepi menggunakan sarang burung tempua :)

    ReplyDelete
  14. Sarang burung dh jadi hiasan skrg. burung nya ntah kemana dah yer. hehe

    ReplyDelete
  15. Salam Kam,

    Suburnya pokok tanduk rusa tu!!

    ReplyDelete
  16. masih cantik lg sarang tempua tuh kak walaupun usia dh hampir 10 thn

    ReplyDelete
  17. Cantik sungguh sarang tempua
    Menjadi hiasan di tepi rumah
    Diucapkan salam aidiladha,
    Buat seisi keluarga Kamsiah ;)

    ReplyDelete
  18. Burung tempua membuat sarang
    Buat sarang di rumah Cik Ani
    Mana perginya semua orang
    Sunyi aje di malam ini??

    ReplyDelete
  19. Tempua bersarang tinggi pun ada juga sebabnya, kan? Lalu jika rendah dapat dicapai tangan, tempua masih mampu untuk terbang tinggi.

    Saya tak pandai pantun tapi saya suka baca pantun..!

    ReplyDelete
  20. Olá,
    adorei seu blog, cheio de novidades é muito bom conhecer seu lindo país.
    Que lindo esse ninho.
    Tenha um ótimo fim de semana.

    ReplyDelete
  21. Dlm maknanya tu....dah 10 thun masih kukuh...macam masih berpenghuni sarang tu...

    ReplyDelete
  22. Dlm maknanya tu....dah 10 thun masih kukuh...macam masih berpenghuni sarang tu...

    ReplyDelete
  23. You have a wonderful blog.
    Would you like to follow each other on GFC, bloglovin? It would be great just let me know :)

    Kisses,
    Maria
    http://retrostreetstation.blogspot.de/

    ReplyDelete
  24. Buat sarang cantik2 sekali pakai je.

    ReplyDelete
  25. Great post! I love to read it!
    Amazing photo honey :*


    Regards,
    Katherine Unique


    ReplyDelete
  26. amboi2..pandai kak kamsiah kita berpantun madah segala..hehe..saya kalau bab pantun gurindam semua ni memang fail!

    sarang tempua tu memang cantik buat hiasan/deko rumah...memang kena sangat tu..

    ReplyDelete
  27. tu laa...sarang ni mmg cantek. kat depan lombong umah sy ni..ada satu pokok tu..bergantung2 sarang tempua ada yg satu lubang, ada yg 2 lubang, kitorang kira ari tu..lebih kurang 6 buah sarang...tp takde sape pun berani nak pi amek. Sbb..situ ada ular dok jaga. harap anak burung tempua jatuh utk jadikan makanan dia..mm.

    ReplyDelete
  28. Burung tempua bersarang rendah..
    Diambil org dihias indah..
    Biarku simpan hati yg gundah..
    Senyum ku ukir hingga terserlah....

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●