06 October 2013

Pandan Layer Cake

Sedap dimakan bila2 masa

KEK SPAN PANDAN
 150 gm tepung kek / tepung naik sendiri / tepung gandum
 1 sudu teh baking powder 
150 gm gula kastor 
5 biji telur 80 ml air
 4 helai daun pandan
 80 ml mentega (dicairkan) 
1 sudu besar ovellete 
Pewarna hijau
 Pandan emulco
(Daun pandan di gunting halus dan dikisar bersama 80 ml air)

Cara-cara:

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun
 Pukul dengan kelajuan maksimum selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
 Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sebati
 Gris dan alas loyang di dasar sahaja.
Tuang adunan Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit
dengan api atas dan bawah.

 Biar sejuk
Bahan2 Kastard

Bahan A

180 gm gula kastor
500 ml air daun pandan
1 sudu makan serbuk agar-agar segera

Bahan B

400 ml santan pekat
85 gm tepong hoen kwee hijau
1 sudu teh pewarna hijau
secubit garam

Cara Melapis Kek Kastard

Sediakan loyang.
 Lapik dasar loyang dengan plastik.
  Tuang sedikit kastad dan ratakan.
Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
 Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan.

Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan
dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad
 Biar kastad sejuk dan keras.
 Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab
kek ni memang sedap dimakan sejuk

Utk hiasan,taburkan kelapa kering

26 comments:

  1. sedapnya kak...rajin sungguh melayernya...:-)

    ReplyDelete
  2. Terliur weh tgk..tp tepung hok namo cino tuh payah lah nak cr kak kam..:)

    ReplyDelete
  3. Bagi saya yang tak pandai ni, kek lapis ni macam rumit..tapi bagi akak yang minat pastinya senang buat kek ni.kan? Lawa betul warnanya.. jadi berselera nak makan kek ni...

    ReplyDelete
  4. pandai kak kamsiah ni masak..nampak sedap betul, macam kat Baker's Cottage

    ReplyDelete
  5. Sy mmg suka ngan kek layer pandan ni bila makan sejuk2. Tapi tak penah buat laa...beli aje.
    Yg anak akak buat ni...cantik sungguh kek dia. Menarik betul.
    Tp buat kena sabar laa ye, kak...nak potong kek lagi..

    ReplyDelete
  6. baru tgk gambar , dah terasa kat dlm mulut ...

    ReplyDelete
  7. Rajinnya memasak. Suami dan anak2 pasti suka....

    ReplyDelete
  8. sedapnya kek akak ni, boleh lah mama pinjam resepi ni...

    ReplyDelete
  9. Warna hijau pada makanan memang menaikkan selera lebih- lebih lagi ada bau pandan!

    ReplyDelete
  10. Food photography yang menarik..layer kek sedap, tak berapa manis sangat..

    ReplyDelete
  11. Cantiknya kek ni...warnanya cukup memikat hati, pasti rasanya sesedap rupanya :)

    ReplyDelete
  12. Fulamak Kam.. memang terangkat, kek cantik gambar pun cantik!. Memang sedap ni, lemak mewangi..

    ReplyDelete
  13. Tengok gambar menarik, mesti lembut dan sedap ni..

    ReplyDelete
  14. tgk pun tau dah.. mesti sedap nih.. terliur tgk tau...

    ReplyDelete
  15. Memang nampak sedap..terus rasa macam nak makan kek pula..huhu...

    ReplyDelete
  16. ina apenah buat tp xmenjadi.tengok kek akak ni mesti sedap sgt ni.terus rasa nak mkn kek

    ReplyDelete
  17. bestnya kakk.. saya belum ada kekuatan nak mencuba buat kek ni.. mesti sedap..

    ReplyDelete
  18. assalamualikum kak, buat sendiri ke ?? sedapnya nampak

    ReplyDelete
  19. nampak sedap kek tu.. aiza pernah cuba buat kek coklat kukus, tapi tak menjadi la pula.. hehe..

    ReplyDelete
  20. KA suka sgt ni ! my feveret

    ReplyDelete
  21. saya dah pernha try sepotong kek ni, sedap. masa tu beli di kedai roti kings. nanti nk beli lg
    suka singgah blog akak, ctik, nti free2 sila ler jenguk ke blog saya yer, tq

    ReplyDelete
  22. sodapnyer makk., gmbr pon chantekk ;)

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●