07 November 2013

Resepi Gulai Telur Itik

Sebiji telur itik ni
berharga 50sen
saya beli 10 biji  terus
dek mengidam nak makan gulai telur itik


bahan-bahan

 10 biji telur itik
3 cawan santan
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
sedikit halia *
sedikit kunyit hidup *
beberapa biji cili padi *
(bahan bertanda * diblend)
3 batang serai-diketuk
2 keping asam gelugur
boleh digantikan dgn belimbing buluh..lagi sedap
(tp saya takde la pulak)
2 helai daun kunyit
1-masukkan bahan2 yg diblend kedalam santan
2-masukkan asam keping/belimbing buluh
3-bila telah mendidih,masukkan telur sebiji demi sebiji
(telur dipecahkan terlebih dulu kedalam mangkuk
dan tuang dgn perlahan kedalam santan yg sedang mendidih)
4-masukkan garam dan daun kunyit
5-kacau dgn perlahan2,sekali sekala supaya telur tidak pecah
-6-matikan api bila telur telah masak
-

61 comments:

  1. mahalnyoh rego telo itik..gok gunong mulo ado peghro jgk..gulai telo tuh meme sedak lah weyyhh

    ReplyDelete
  2. wahhh sedapnya kak....saya tak pernah masak telur itik..selalunya beli yg dah jadik lauk jer..hehehe

    ReplyDelete
  3. Sedap kan...semalam saya baru aja makan gulaui telur itik...:)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.. dah lama tak makan lauk telur itik masak gulai kuning ni...

    ReplyDelete
  5. susah nak dapat telur itik kat sini.. tengok telur itik teringat kuih akok..hmm.. lapo..

    ReplyDelete
  6. Nmpk sdp jerk..saya x mkn telur itik yg mcmcni..cuma mkn telur masin jerk..pelik x hihihi

    ReplyDelete
  7. dah lama tak makan masak lemak telur itik .

    ReplyDelete
  8. assalam kamsiah acik suka ni..campur belimbing buluh ngan pucuk ubi..sedap

    ReplyDelete
  9. salam sis..tgk gambar je pun dh terliur nie..nyum.nyumm..

    ReplyDelete
  10. Selain dari telur, gulai itik pun sedap juga kan? Cuma masalahnya dalam rumah saya, cuma saya seorang yg makan itik .....

    ReplyDelete
  11. Campur dengan pucuk ubi, atau nak sihat, campur dengan pucuk pegaga. Aduhai, boleh lupa dah berapa pinggan makan nasi.

    ReplyDelete
  12. everet saya ni kak :)
    tapi lama sungguh tak makan sebab susah nak jumpak kat kedai makan :D

    ReplyDelete
  13. Saya lebih suka kalau masak dengan belimbing buluh... tapi cara saya pulak... saya tak masukkan halia, serai dan bawang... cukuplah santan, kunyit dan cili padi saja.-(ini stail orang negeri... kalau mereka masak lemak cili padi memang mereka tak kan letak bawang. Daun kunyit pulak memang jarang saya masukkan dalam masakan gulai saya sebab ia boleh buat pedih ulu hati.

    ReplyDelete
  14. Lama tak masak gulai telor itek ni Kamsiah... terliur pulak akak tengok :)

    ReplyDelete
  15. Salam K,Kamsiah..

    oeberet cma ni..suka msk etak belimbing buluh.rasa kuah tu jadi masam2..

    terliur pulak menengoknye.. hihi

    ReplyDelete
  16. Nampak sedapnya akak.. nnti nak try buat la.. kita tengok menjadi tak..hehehe

    ReplyDelete
  17. kawan saya orang NS kan kamisah, dia masak dulu telur itik tu satu2 dalam kuali kecil. air direbus bersama sedikit cuka, masukkan telr itik. buat satu2. dah tu baru masuk dalam kuah gulai tu. cantik telur itik tu, sebiji-sebiji

    ReplyDelete
  18. sedap ni gula telo itk, selera makan nasi nanti

    ReplyDelete
  19. perkh sedapnyer... lama tak mkn nih kak... maklum telur itik takde, selalu time balik kg mertua yg selalu dpt telur itik.

    ReplyDelete
  20. salam kak kamsiah, lama juga pcl tak kesini..dari blog rilaksmindaBM , pcl cari gulai telur itik...wuuhh lama sungguh tak makan menu ni. terliur la pulak..emmm.

    ReplyDelete
  21. Yum-yum. Payah nak cari gulai telur itik ni. Biasa dapat telur itik ni, yang dah jadi telur masin je. Hehe

    ReplyDelete
  22. kecur air liur saya tengok gambar tu kak..nak kena cari telur itik la macam ni..huhu

    ReplyDelete
  23. Kak, saya suka sangat masak lemak cili api telur itik ni, nak-nak kalau tambah asam belimbing a.k.a asam buluh

    ReplyDelete
  24. huhuhu...kak kam saya tak pernah makan gulai telur itik. Nampak pun dah sedap..

    ReplyDelete
  25. dulu masa kecik2 slalu makan gulai telur itik sebab bela itik sndiri.now tak dak lagi..telur ayam semua..

    ReplyDelete
  26. Pekat likat gulai telur akak, 10bijik terus tu. Habis ker? Kalau tak habis, meh sini saya tolong :D

    ReplyDelete
  27. saya pernah masak telur itik nih , tapi berderai lak . nak cuba cara ni . mana tau mungkin menjadi ...

    ReplyDelete
  28. tak pernah makan telur itik. rasa dia sama tak ngan telur ayam kak?

    ReplyDelete
  29. kat sini saya guna telur ayam biasa jer buat gulai mcm tu... mmg anak-anak makan bertambah dapat makan gulai telur lagu tu :)

    ReplyDelete
  30. sedapnye.. pekat nmpk.. tp kalo buat ngan telur ayam pun ok kan..

    ReplyDelete
  31. mmg sedap & KA selalu letak belimbing buluh ! terliur dah ni !

    ReplyDelete
  32. sy mula2 buat masakan ni...dari 10 bijik...cuma 5 bijik aje telur tu cantik kat dalam kuah. Yg lain tu semua pecah berderai join jadi kuah, hihi..

    ReplyDelete
  33. sedap masak lemak ni

    menabung kat sini

    ReplyDelete
  34. Assalam sis,
    my mom suuukaaaaaa sgt menu ni tau3
    tapi kalo kat rumah memang mak sorang ja la yg mkn he3

    ReplyDelete
  35. Terima kasih atas resipe nya
    nanti saya nak coba masak :)

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●