29 December 2013

Masjid Kristal,Taman Tamadun Islam

Bermalam dirumah ayah 3 malam
dan melencung ke Terenganu,tido semalaman
sebelum pulang ke Kedah

Dah lama teringin melawat Masjid Kristal
dulu2 dah beberapa kali kesana tp masjid ni belum dibina lagi


Taman Tamadun Islam  (TTI)
merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia. 
Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia. 

 Terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu,
 taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai. 
Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon: 
Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam.


Ikon bagi Taman Tamadun Islam ialah Masjid Kristal,
 yang menjadi mercu tanda baru bagi Kuala Terengganu. 
 Masjid unik ini diperbuat dari kristal kaca dan besi yang telah dibuka secara rasminya
 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin 
pada 8 Februari 2008.
Ketika saya sampai (24 dec)
hujan pada mulanya rintik2
berrtukar menjadi lebat berserta angin kencang
jadinya saya cuma berlegar2 didalam bangunan tu ja
masih belum siap sepenuhnya
banyak bilik yg penuh dgn kotak2
yg berisi cenderamat utk dijual

 
lihat awan hitam tu

anak2 mula tak tau nak buat apa
ada yg main public phone-comel katanya
lepas tu mencuba kerusi urut pulak


Kemudian bergerak ke ruang menjamu selera

nasi dagang yg2,3 kali suap ni berharga RM4.80...
Alhamdulillah...lepas makan cuaca beransur baik



dah nampak Masjid Kristal yg berkilau2an dipanah matahari

Orang lain dah lama sampai sini
saya baru pertama kali
 
boleh nampak gambar kita di kubah






antara cenderamata yg dijual
digerai diluar masjid

23 comments:

  1. Lawanya...saya pun tak pernah sampai lagi.. ingatkan masa balik kg aritu nak pergi tapi mmg hujan tak berhenti tak jadi lagi.. dapat tgk gambar akak ni pun boleh la dulu.. mng lawa tempat ni..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum k.kam,
    Seronok kan dapat berjalan-jalan dengan famili. Saya pun rasa gitu, 3 minggu lepas, 16 ahli keluarga dari sebelah sempadan sana datang ke sini, puas meronda ke Melaka dan Putrajaya. Ingat nak ke Pantai Timur gak tapi maa tu tengah banjir, tak jadi.

    ReplyDelete
  3. saya tak jumpa plak souveneir masa gi sini hari tu'kena gi lagi sekali nih..
    nice picca kak :)

    ReplyDelete
  4. Best tempat nih. Lagi seronok kalau masuk dalam Taman Tamadun Islam. Waktu saya pergi memang panas gila. Balik rumah muka burn .__.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi sampai ke Masjid Kristal. Kalau sampai nak ambil sebutir kristalnya yg tercabut utk dibuat souvernir, hehehe....

    ReplyDelete
  6. Yg masjid kristal tuh kak boleh semayang dok kat situ..dl terngin gak nak pegi tp blom siap lagi..

    ReplyDelete
  7. Naik tak river cruise kat TTI ? Saya dah dua kali naik..saya suka...hihihi..

    ReplyDelete
  8. saya pergi kuala terengganu pada 3/4 tahun lepas . sbb pi menghantar rombongan pengantin , maka x de banyak masa nak jalan n x dpt ler nak pi masjid kristal .

    ReplyDelete
  9. Pemandangan Masjid Kristal memang memukau.

    ReplyDelete
  10. sempat pergi hari tu masa praktikal di Terengganu. memang cantik (:

    ReplyDelete
  11. ummi balik baru ni pun asyik hujan je Kam, boleh kata hari-hari hujan.
    Rumah ummi tak jauh dari Masjid Kristal ni Kam, tapi dah bagi sewa, kalau tidak boleh je singgah rumah ummi.
    Cantik gambar masjid tuu..

    ReplyDelete
  12. acik pernah 3.. 4kali jugak pi masjid kristal ni..tapi melawat sambil bekerja..belum pernah sampai ngan keluarga lagi

    ReplyDelete
  13. Okje pernah sampai Ganu 3 tahun sudah rasanya....masa tu terlanjur antar anak sedara kawen dptborg kelantan. Seronok sebab boleh makan sata dan kopok leko...

    ReplyDelete
  14. Waaa.. best nyer dapat jalan2 di masjid kristal tu.. :D
    seronok dak kecik tu baring kat kerusi urut sampau terbaring hahahaa :D

    ReplyDelete
  15. salam k.kamsiah..

    huhu..okeyla dah sampai.. cma sampai hari ni tak sampai2 sana.. cuci mata tgk pic2 akak ni jer la... mmg cantik bentuk masjid ni :)

    ReplyDelete
  16. Mmg cantek masjid ni...tp sayang...ia jarang digunakan berjemaah dengarnya kecuali solat jumaat, solat sunat raya..sy dgr mcm tu laa. Ia digunakan oleh pengunjung2 utk solat sunat atau pun solat fardhu kebetulan masuk waktu ketika berada di situ.

    ReplyDelete
  17. ini pun belum sempat pergi, dapat tengok dari jauh je, dari atas jambatan tu

    ReplyDelete
  18. X penah lg sampai kat sini.. in shaa Allah suatu hari nanti...

    ReplyDelete
  19. memang indah pemandangan di sana. Banyak tempat2 menarik tp klu blk terengganu memang terasa harga makanan d sana amat ketara mendadak. x macam zaman kecil2 dlu. klu nk compare ngan sebelah utara, jauh lebih murah harga makanan disini. Amat terkilan - anak terengganu yg lama merantau d utara

    ReplyDelete
  20. asalam nampak gambar masjid yang pertama tu teringat masjid di Ranau Sabah ala ala macam tu lawa..sangat dekat laut pula kan Masjid kristal ni

    ReplyDelete
  21. asalam nampak gambar masjid yang pertama tu teringat masjid di Ranau Sabah ala ala macam tu lawa..sangat dekat laut pula kan Masjid kristal ni

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah Etuza , my wifi dan anak ke 5 dah ke sini pada wal julai lalu. Anak ke 5 saya kini study di UNIZA terengganu dalam bidang Pengajian Islam..memang cantik masjid ni tetapi masa tu kami tak di benarkan masuk ke dalam ada kesan retak pada masid ini, jika tak silap pada bumbung masjid ni..

    ReplyDelete
  23. Jumpa lagi di sini..alamak ternampak komentar Etuza, tpo lah pula..maaf ya

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●