10 December 2013

Telur Ayam Melicinkan Kulit Wajah..?

Alkisahnya...dulu2 saya ngaji Quran kat arwah emak
ramai jugak lah budak2 sekampung datang mengaji

satu hari..ketika sedang mengaji
saya terdengar ayam betina berketak2..
tanda baru lepas bertelur

saya terus berhenti membaca dan terus berkata
"ayam dah bertelur..."
(sebabnya saya dan kawan2 perempuan akan berebut telur yg masih suam2 tu
utk digolekkan kemuka)

serentak dgn itu
pannggg...rotan mak hinggap dilantai...
(nasib baik bkn kat tapak tgn saya)
sambil mak membebel marah...
membantutkan hasrat saya nak dapatkan telur ayam
bertelur sebiji riuh sekampung
Sekarang susah nak dapat telur ayam yg fresh
yg baru keluar dari oven buntut ayam
cuma sekali sekala buat petua ni


1-Bersihkan muka anda sebersihnya dari kotoran dan alat make-up dengan menggunakan air bersih dan span.
2-Keringkan muka dengan tuala yang bersih.
3- Kemudian, ambil sebiji telur ayam dan asing putih telur dan kuningnya ke dalam mangkuk atau piring.
 4-Selepas itu, sapukan putih telur sahaja ke seluruh bahagian muka.
5- Biarkan ia kering dan melekat di kulit muka seperti masker.
6-Elakkan dari bercakap atau menggerakkan bahagian muka selama satu jam.
7- Kemudian, bilas muka anda dengan air suam.
8-Seelok-eloknya amalkan petua ini dua atau tiga kali seminggu sebelum anda masuk tidur. 



boleh jugak dilekatkan kapas/tisu pada muka
tarik kapas/tisu tersebut bila ia benar2 kering
dan white head boleh dilihat melekat 
pada tisu/kapas tersebut..

26 comments:

  1. assalam kamsiah..acik tak pernah buat tau jugak..tak sanggup nak bau telur tu

    ReplyDelete
  2. Kalau amalkan selalu memang bagus ni kan. Tp tu laaaa. Malasssss. Heeee

    ReplyDelete
  3. petua yang sama sy amalkan sesekali sangat... dah lama x buat masker camtu. mak sy suruh perahkan sikit limau sebab bau dia agak hanyir

    ReplyDelete
  4. Kalau lelaki ikut petua yg sama, muka mereka jadi licin macam muka anak dara juga ke???

    ReplyDelete
  5. hmmm..kalo zaman anak dara dl bolehlah jugak nak cuba2..kalo dah branak pinak nie..terpaksalah redha ngan muka yg dok gini jer..hehe

    ReplyDelete
  6. oo gitu petuanya...tq share!boleh cuba juga ni hihi

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Kamsiah

    muka saya boleh cuba ke...he he

    ReplyDelete
  8. salam kak..
    hehe penah dengar petua ni..nak mencuba tu tak pernah nak menjadi coz..telur habes je wat lauk hehe :D

    ReplyDelete
  9. betul...betul... arwah mak saya dulu pun buat petua ni... tapi masker putih telur tu diperahkan sedikit limau nipis... elok untuk yang ada jerawat....

    ReplyDelete
  10. Ingatkan rotan tu terkena kat tapak tangan…. nasib baik kat lantai :)
    Tak pernah cuba even pernah baca kat somewhere…. huhuhu

    ReplyDelete
  11. saya dulu2 selalu juga buat masker ngan putih telur tapi saya letak kat tisu putih telur tu n tempek kat muka...dah kering tarik tisu tu...lepas tu rasa lembut jer muka...segala white head hilang...sekarang dah lama tak buat...

    ReplyDelete
  12. Alahai..dah lama saya tak buat ni. Zaman anak dara selalu juga buat, kononnya nak cantik ...rasa licin je kulit lepas buat ni..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Kam

    Zaman anak2 dari sunti dulu, ada orang ajar ambil telur ayam dara yang beru bertelur sapu telur tu pada muka untuk mengelakkan muka tumbuh jerawat.

    ReplyDelete
  14. saya selalu campurkan dengan rumpai laut ...

    ReplyDelete
  15. akan berbuat apa saja demi kecantikan.... WANITA!

    ReplyDelete
  16. Te dejo un fuerte abrazo esperando que esta Navidad y Año Nuevo estén colmado de bendiciones para ti y tus seres queridos, me voy de vacaciones!!!

    cariños,

    Ale
    Costa Rica

    ReplyDelete
  17. dana penah bt dulu2 kak... tp bkn la golekkan tlr yg baru kuar dr buntut ayam tuh... bt yg guna putih telur pastu letak sekali tisu kt muka, mmg betui kak sume kesan2 hitam ke putih mmg melekat kt tisu tuh, kulit lembut gebu je... cume nyer yg tak tahan bau hamis n hanyir telur tu je lah

    ReplyDelete
  18. Kam masa muda2 dulu pernah cuba juga sapu putih telur kat muka plus jus limau sikit, hehe..sekarang entah kenapa dah tak rajin macam dulu lg.

    ReplyDelete
  19. Rietta xmampu buat...xtahan bau hanyir telur tu nnti...

    ReplyDelete
  20. telur putih mmg masker terbaik utk kulit wajah. Ia mengandungi protein yg tinggi. Telur kuning byk kolestrol, hehe..

    ReplyDelete
  21. kalau nak buat ni time anak2 semua dah tidur.. kalau tak.. tak tegang kulit muka.. hehehe..

    ReplyDelete
  22. Zaman anak dara dulu rajin buat.. Cara semula jadi nak licinkan kulit muka

    ReplyDelete
  23. masa anak2 dara dulu pernah buat, tp laa..kalau buat jugak, alamat kena buat untuk 4 orang, sebab askar2 pun nak try jugak..tak kena gaya, dia suruh masakkan telur2 tu semua..hahaha

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●