30 August 2013

The Conjuring (seram tp tak menakutkan)

Saya bkn menonton filem seram ni dipawagam
tp di komputer
setelah dimuat turun dari internet hehe

dah lama tak layan filem2 seram ni
dulu2 suka tgk RAAZ( Hindi)
dan JU-ON


suka dgn lokasi filem ni
rumah yg cantik ditepi tasik..
waktu siang..rumah ni cantik sangat
takut tak..takut tak..?
Still 9 from The Conjuring


main 'hide & clap'

bg saya,ianya biasa2 saja
kisah berpindah kerumah baru yg berhantu
tak menakutkan..tak perlu tutup muka dgn bantal..

29 August 2013

Bukan Kerana Nora Danish..

Bukan kerana terpengaruh
dgn ND sbg duta Dunia Herb's
tp kerana selesa mengunakannya
dah tua2 ni
lenguh sana,lenguh sini..
silap makan sikit,berangin satu badan...

Dan Tanaka ni dibeli di Kelantan tempohari
bg yg tak tau apa TANAKA ni

** Bedak ini boleh digunakan untuk semua jenis kulit 
- berjerawat, sensitif, normal atau berminyak.
 Sesuai untuk lelaki dan wanita sama ada dewasa atau kanak-kanak.

** Boleh merawat kegatalan dan dijadikan scrub 
seluruh badan untuk menghilangkan kotoran, daki dan sel2 mati.

* Bedak tanaka - 
amalan warisan keluarga Nora Danish yang berasal dari Myanmar, 
kini mereka berkongsi rahsia dengan memasarkannya ke Malaysia..

kat internet saya tgk ianya dijual antara RM25-35
di Kelantan,saya membelinya dgn harga rm10 ja

28 August 2013

Buah Markisa

bunga yg unik dan cantik

bunga yg menghasilkan buah


memberi teduhan pada laman





tunggu sehingga kulitnya
berwarna oren dulu baru boleh dipetik






27 August 2013

CPUV Nuff


org lain dah kaya raya dek penangan duit Nuff
tabung saya baru ada beberapa sen ja hehe

antara iklan yg still on..


sebenarnya saya baru letak
iklan nuff kat blog
baru th ni..



ada org kata
berblog bkn nak kejar duit dari pengiklan2
itu terpulang lah
mungkin poket mereka dah cukupcukupcukup tebal...

25 August 2013

Ayam Bakar


Makan apa yg paling best??

haha..makan free..
makan org belanja
dan makan makanan yg disediakan org lain
kita cuma bawak mulut ja

Berkunjung ke rumah adik di Tanjung Tokong,Penang
jumaat lepas
ayam bakar ni yg menanti saya

hehe..jgn berangan  nak makan nasi
kalau kerumah adik saya

seminggu sekali pun depa tak masak nasi

 apapun...makan ayam ni pun mengenyangkan jugak
lg best sbb duduk ja dan tunggu dihidangkan hehe



23 August 2013

Pantang Larang Bayi

Pernah dengar atau alami pantang larang sebegini
oleh org2 tua...

dulu2 saya sering ditegur
dek beberapa perkara yg dibuat
ketika anak2 masih bayi


-sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibubapa
nanti besar2 esok,anak melawan cakap

-dilarang memicit mulutnya
kerana nanti bayi tiada selera makan

   
-jangan mencium bayi yg sedang tidur
terutama pada ubun2nya atau pusatnya
kerana dikatakan akan pendek umur

-sewaktu bayi sedang tidur
kadangkala kita melihatnya tersenyum,ketawa atau menangis...
jangan dikejutkan kerana bayi dikatakan sedang
bermain dgn urinya

-kain lampin tak boleh direndam
nanti kembung perut

-jangan meletak bayi diatas lutut
nanti sakit perut


-dilarang mencium tangan/jarinya
kerana nanti anak2 akan suka meminta2
(jari Tasha mcm sosej ni
mmg la dicubit2,dicium2)

-tak boleh menghembus mulutnya
nanti menjadi bisu




-bayi tak boleh ditegur jika berbadan gemuk
cuma dikatakan 'semangat' kerana dikhuatiri
akan menjadi kurus

21 August 2013

WW ;Kecil

Ia bkn spesis nenas hiasan
nenas biasa yg boleh dimakna
cuma saiznya mmg kecil
sebesar bola golf saja..

19 August 2013

Petua Tomyam Sedap


Org kata,tomyam ni menu org malas
main campak2 ja

tp ada jugak mereka yg rajin
memblender sendiri pes tomyam

Tomyam lbh sedap jika mengunakan pes
berbanding mengunakan yg kiub tu

yg ni di beli di Padang Besar berharga rm14

 kecuali suami,...ahli keluarga lain
semua sukakan berbagai jenis bebola ni

petua tomyam lbh sedap ialah
(mungkin ada yg tahu
mungkin ada yg belum tahu)
masukkan beberapa sudu susu pekat manis
kedalam tomyam sebelum diangkat
warnanya akan bertukar menjadi seolah dimasukkan santan
dan kelihatan lbh 'pekat' sedikit
cubalah dan rasai perbezaannya
(jgn bimbang kerana ianya tak bertukar menjadi manis)



18 August 2013

Kerepek Ubi Kayu

Merembat ubi kayu dikebun ayah


tak habis dimakan
so goreng buat kerepek
tanpa sebarang perisa (ajinomoto)
tanpa pengawet
hanya direndam dsalam sedikit air garam

16 August 2013

Buah Salak

Ladang..Kebun salak ayah  dibelakang rumah
berselang seli dgn ubi kayu,durian,dokong,rambutan
salak madu...benihnya berasal dari Indonesia

tahu macam mana nak petik buah salak??
jgn diambil dgn tangan
kerana jari akan tercucuk durinya

sediakan sebuah bakul/raga
letak/tadah dibawah buah salak tu
goncang2 bakul supaya mengenai tangkai buah salak
buah yg masak akan gugur kedalam bakul/raga tersebut
hanya buah yg benar2 masak akan gugur
bagaimana pula utk membuang duri2 halus pada buah salak tu?
setelah buah gugur kedalam bakul
goncang2 bakul tersebut
goncang sehingga duri2 tu tertanggal dgn sendirinya

buah salak akan lebih ranggup dan manis 
jika disimpan dalam peti sejuk
kupas dahulu buah tu

15 August 2013

Masak Lemak Pucuk Ubi Kayu

Tinggal di kampung
ulam2an,sayur2an...
dipetik disekeliling rumah

dengan kudrat yg masih bersisa
ayah saya menanam ubi kayu yg kaler kuning tu
kalau utk makan2..mmg tak habis lah

 kalau di pasar di tempat saya...Kulim..
seikat berharga rm1...
itupun dicampur dgn pucuk2 yg telah tua

selain dicelur utk dibuat ulam
pucuk ubi kayu sedap dimasak lemak cili api

-celurkan terlebih dahulu pucuk ubi
-toskan,kemudian dihiris2

-tumbuk bawang merah,cili api,kunyit hidup
-masukkan kedalam santan
-boleh dicampur udang,ikan bilis atau ikan pekasam


14 August 2013

Tengku Mahkota Kelantan Endurance Training Centre


Ditempat saya,nun dikelantan
kawasan ni dipanggil ladang kuda raja

ya..ianya milik Tengku Mahkota Kelantan
merangkap Timbalan Ynag Dipertuan Agong sekarang

ia terletak hanya beberapa kilometer dari rumah ayah saya
dan bila melalui kawasan ni
ralit melihat kuda dan binatang2 lain seperti rusa

(semua gambar diambil dari dalam kereta yg bergerak)






13 August 2013

Tok Bali,Pasir Putih dan Kuala Besut,Terenganu

Hari raya kedua di Kelantan
oleh kerana saya belum pernah
menjejaki Pantai Tok Bali
tempat pendaratan ikan dan segala hasil laut
yg dikatakan murah harganya tu
maka berkonvoi (2 buah kereta ja) kesana

sekali pandang mcm Air Asia punya tulisan


atas jalan pun ada kapal yg 'landing'...


kapal2 nelayan
 oleh kerana musim raya
takde gerai2 tepi jalan yg menjual hasil2 laut
cuma pasar ja yg dibuka

bg kaki pancing,Tok Bali adalah tempatnya...

Jarak antara Tok Bali dgn Kuala Besut tersangat la dekat
berjiran gitu...


singgah membeli sedikit buah tangan

saya kurang mengemari keropok lekor losong
ianya boleh dimakan tanpa digoreng
tp saya tak lalu kerana berbau hanyir ikan

jika digoreng pula
ianya tak garing dan 'makan minyak'

so saya sukakan keropok lekor biasa


yg berwarna warni ni keropok udang

samada ingin membeli keropok kering yg ditimvbang
atau telah dipek siap2...semuanya ada

berbagai sos pencicah jugak tersedia...pilih ja..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.