30 September 2013

Storage Picasa Album Dah Diupgrade

Hujung tahun lepas..2012
ramai blogger yg kalut dan kecoh
storage yg diberi habis digunakan
maka ramailah yg tak boleh upload gambar kat blog
ramai jugak yg 'meresized' semula gambar2...
banyaklah juga tutorial yg muncul
utk mengelakkan blogger dari kena bayar
(dgn membuka alamat emel lain)

 tengok2...dah diupgrade dah..
tak perasan pulak sejak bila
walaupun semua gambar2 di blog saya besar2 gedabak
(600x400 )
tp tak sampai 1%  pun lagi yg digunakan...

legaaa...tersangat legaaa...
FOC
harap2 terus diupgrade dari masa kesemasa hehe


Pada yg mungkin tak tau nak
check kat mana storage tu

27 September 2013

Butter Cake

Butter Cake
sangat lembut dan gebussss...

bahan2:
250gm butter
 200gm gula kastor 
 5 biji telur gred A
 210gm tepung kek 
 1/2 sudu teh serbuk penaik 
 1 sudu teh esen vanilla 
 60ml susu segar/ wholemilk


Cara-Cara

 1)  putar butter dan gula sehingga kembang dan gebu.
Masukkan esen vanilla dan putar dengan rata.
 2) Asingkan kuning dan putih telur.

Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang
 dan tidak jatuh apabila diterbalikkan.

 3) Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga kembang.

 4) Masukkan telur kuning sebiji demi sebiji
 dan sambil terus diputar sehingga rata dan gebu.

 5) Perlahankan putaran.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Kacau dengan kelajuan perlahan.
Masukkan susu dalam 2 kali sebelum dimasukkan baki tepung gandum.

 6) Masukkan separuh dari adunan telur putih dan putar dengan kelajuan perlahan.

 7) Masukkan baki telur putih dan dikaup balik dengan menggunakan sudip sahaja sehingga sebati.

 8) Tuangkan adunan ke dalam loyang yang dialas dan ratakan.
 9) Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 °C selama lebih kurang 50 minit
atau sehingga masak bergantung kepada ketuhar masing-masing.

  10) Biarkan di dalam loyang selama 10 minit sebelum
disejukkan sepenuhnya di atas redai.

26 September 2013

Cucur Nasi Ikan Bilis



Apa yg dibuat dgn nasi yg tak habis?
kalau banyak,boleh digoreng
kalau secawan dua
boleh cuba buat cucur nasi ni


2 cawan nasi
 2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
 1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih,
 hiris 1/2 biji bawang besar, didadu
1/2 cawan ikan bilis,
 cuci dan rendam sekejap, toskan
1 biji lada merah, hiris halus
Daun  bawang, hiris halus ( daun kucai pun boleh)
 Garam secukup rasa
 Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-) 

Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat pengisar.
 Kisar hingga halus. 
Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung gandum, daun bawang, 
cili hiris, bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya.

  Panaskan minyak untuk goreng terendam.
  Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan. 
Angkat dan toskan,
.Hidangkan bersama sos cili
Supaya menjadi bolat2 mcm ni
Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemput
adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas,



25 September 2013

Jus Epal Dan Daun Saderi


 1.Amalan menghidu epal dapat memperbaiki kapasiti peparu dan menenangkan fikiran. 
 2.Membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksid dengan pantas.
 3.Mengurangkan risiko penyakit jantung.
 4.Melindungi sendi tulang.
 5.Membantu mengekalkan berat badan (epal hijau).
 6.Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan. 7.Meredakan masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir.
 8.Anti-kolestrol. Membantu dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah. 
 9.Selepas makan makanan segera, elok amalkan makan epal supaya dapat menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.


Petua Membuang Toksid 
 Kisarkan sebiji epal hijau dengan daun saleri.
 Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan. 

 NOTA: 
Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid 
dengan pantas menerusi sistem pencernaan. 
Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
 Sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.

 Jus ini juga dikatakan sesuai untuk orang yang sedang berdiet
 dan mempunyai masalah darah tinggi. 
Tapi tidak digalakkan minum setiap hari, boleh diselang sehari atau 2-3 kali seminggu.


24 September 2013

Kek Coklat Tanpa Telur Super Moist

Tanpa telur,rasa kek langsung tak terjejas
malah super duper sedap..


Bahan-bahannya 
2 cawan tepung gandum 
2 sudu kecil baking powder 
1 sudu kecil soda bikarbonat
 1 cawan serbuk koko 
 4 sudu besar susu tepung
 1 1/2 cawan susu cair
1 cawan air kopi 
( rendam 1 uncang coffee dlm 1 cawan air panas dan sejukkan) 
2 cawan gula perang 
 3 sudu besar gula halus
 2 sudu kecil esen vanilla 
secubit garam 
1 cawan minyak jagung 



Cara penyediaannya 

1. Panaskan oven pada suhu 160C. 
Griskan dengan mentega pada acuan kek
yang telah dialas dengan kertas minyak. 

2. Ayakkan tepung bersama baking powder,
 soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam sebuah bekas.
 Masukkan susu tepung dan garam.
 Kemudian dikacau rata. 

3. Masukkan gula perang, gula halus, air coffee, 
minyak jagung, esen vanila dan susu cair. 
Kacau perlahan-lahan dengan whisk hingga gula hancur.

 4. Tuangkan bahan yang telah dikacau tadi ke dalam adunan tepung 
tadi dan kacau dengan whisk perlahan-lahan hingga sebati.
 Pastikan adunan tidak berketul2. 

5. Tuangkan adunan ke dalam loyang 
dan bakar selama 40-45 minit atau hingga masak.

6. Sejukkan kek setelah kek masak. 
Kemudian boleh lah dihiaskan dengan topping yang disukai.

23 September 2013

Memadam Entri Dulu2 & Membuang Broken Link

Membelek2 entri lama2..dulu2..
masa mula2 berblog
masa jahil HTML..

membuatkan malu sendiri
(dan kutuk diri sendiri)
ehh cerita mcm ni pun aku tulis...

Maka bermula operasi memadam kebakaran entri dulu2
nah..dari ribu raban entri...
yg tinggal cuma 500 lebih ja



so banyaklah broken link
kat blog saya ni


Apa itu broken link?

( Broken link atau pautan rosak/mati adalah pautan atau direktori 
yang tidak dapat dicapai, 
sama ada termasuk dalam kategori:
 HTTP 403 – Forbidden,
 HTTP 404 – Not Found
 HTTP 500 – Internal Server Error, 
Network – DNS Lookup Error dan lain-lain.)



saya sedang berusaha membuang broken link
satu persatu... mengambil masa sikit !!


Selepas tu..jenguk2 pulak
berapa lagi ruang simpanan kat PICASA 
dulu ramai blogger kalut seketika
bila storage yg diberi 1MB hampir kehabisan


rupanya saya cuma mengunakan tak sampai 1% pun lagi

Ayam Ungkep

Berderet entri resepi
kali ni ayam masak ungkep pulak
(jawa punya style)

BAHAN-BAHANNYA :-)

Seekor ayam, potong saiz sederhana
 2 batang serai, dititik 
1 keping asam gelugor 
2 helai daun salam
1 camca besar gula melaka 
Garam secukup rasa
 Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-) 

8 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih
 1 inci halia 
1/2 inci lengkuas 
3 biji buah keras 
1 biji cili hijau  
1 camca besar ketumbar 
1/2 camca teh jintan kasar 
1/2 camca teh jintan halus 
sedikit kunyit hidup

Jika ikut rsepi asal
dimasukkan sekali kedalam blender tu
beberapa biji cili api merah

tp disebabkan saya tak mahu anak kecik kepedasan
saya skipkan cili padi tu


CARA MEMBUATNYA :-) 

Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
 Panaskan minyak dalam kuali, 
tumis bahan kisar hingga naik baunya, 
masukkan serai dan daun salam
 kacau rata dan masukkan ayam. 
Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit. 

Tuang air secukupnya (anggaran tenggelam ayam).
 Biar mendidih. 
Masukkan asam gelugor dan juga gula merah serta garam. 
Masak dengan api sederhana hingga kering.
 Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam.Angkat..

22 September 2013

Kacang Panjang Goreng Bersama Hati Ayam

Ketika mengoreng hati ayam
bersama kacang panjang
masukkan sedikit serbuk sup dan sedikit jintan manis
pasti akan dapat dirasai perbezaannya

caranya..
tumis bawang putih
masukkan hati  ayam yg dipotong2
kemudian masukkan serbuk sup yg  telah dibancuh
dgn sedikit air
kemudian masukkan jintan manis (serbuk)

Bila hati ayam telah masak
baru dimasukkan kacang panjang,cili dan sedikit serbuk kunyit
garam serta sedikit serbuk perasa

21 September 2013

Resepi Singgang Ikan Tongkol

Resepi orang yg paling malas
kalau di Kelantan
ikan tongkol/kayu/aya
paling glemer dimasak singgang
(selain dibuat gulai utk lauk nasi dagang)
takde nyer nak masak kari
atau lemak cili api..

bahan2nya...sangat simple
-asam keping
-lengkuas
-bawang putih
-garam
-ajinomoto atau sedikit gula melaka
-cili hijau

masukkan semuanya kedalam periuk dan biarkan mendidih dgn api yg perlahan

20 September 2013

Cuka Kurma

Cuka Getah Kurma ni diberi oleh Mybiras
katanya,lepas minum 2,3 hari akan terasa
lenguh2 pada bahagian bahu,sendi2




Kandungan Cuka Kurma:-
 Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit).
 Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dlm badan
(yg membawa pelbagai penyakit berbahaya).


KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM 

Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib
menyatakan bahawa
-Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser),
- menyucikan darah,
- membaiki masalah pencernaan di perut,
- masalah usus,
-kerongkong,
-kahak,
- batuk yang berpanjangan,
-menjaga kulit dari kepanasan matahari,
- mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol),
-menstabilkan asid dan garam di badan,
-membuang keracunan badan (toksik),
-masalah rahim,
-menguatkan gigi, mata, telinga
-serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan

Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.
 Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan
cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut,
masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu),
 mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai)
yang boleh membawa kepada kematian.

 Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu
 dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid).

Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa,
 membersihkan usus (membuang toksik di perut),
menguatkan sistem perut (masalah buasir),
menghilangkan masalah dahaga (panas badan),
 mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia
(seperti kanser, bisul dan sebagainya),
 membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia
(darah yang beracun).


 CARA PEMAKANAN :-

 Sebelum mengambil atau minum cuka kurma digalakkan agar:

 1-Baca Bismilah serta selawat kepada Nabi SAW dan keluarga sebanyak 3x.

 2-Di niatkan agar disembuhkan oleh Allah SWT kesemua penyakit
yang dihidapi agar dapat beribadah kepada Allah SWT dengan sempurna.

 Pelbagai cara boleh digunakan semasa pengambilan produk cuka kurma ini:

 1-Satu sudu besar 10ml dicampur terus ke dalam secawan air masak dan diminum terus.

 2-Digalakkan cara ini iaitu mencampurkan satu sudu besar 10ml cuka kurma dengan satu sudu besar 10 ml madu ke dalam secawan air masak.
 Pastikan anda menggunakan sudu plastik kerana madu agak sensitif dengan sudu besi.

 3-Kombinasi cuka kurma dengan teh o /kopi pun
boleh menghilangkan rasa masam cuka kurma tersebut .

 4-Ia juga boleh digunakan sebagai gantian kepada
cuka makanan buatan sebagai bahan masakan makanan harian.
Cuka makanan buatan agak asidik sifatnya berbeza dengan cuka kurma.

 Pengambilan disyorkan sebanyak 2/3 kali sehari.
 Madu boleh dijadikan ubat untuk kencing manis yang
berkesan jika di campurkan dengan cuka asli seperti cuka kurma.

Dalam satu gelas sederhana masukan 1 sudu /senduk(ind) cuka
dan 3 sudu madu bersama dengan air mineral.(1 :3)

 .jika keadaan gula masih tidak turun ,
boleh menggunakan nisbah cuka dan madu 1 : 1
dan jika masih tidak ada perubahan naikan nisbah cuka iaitu 2: 1 .




 SIAPA YANG BOLEH MENGAMBIL CUKA KURMA INI?


 1-Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti darah tinggi (hypertension),
kencing manis (diabetes),
 penyakit keturunan (masalah kolesterol dan lain-lain)

 2-Mereka yang mementingkan kesihatan.
 3-Kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas (dos adalah separuh dos dewasa)

19 September 2013

Dalca Buah Remunggai

Pokok remunggai berasal dari utara India dan Pakistan 
 Buah yang masih muda dimasak kari.
 Isi dan bijinya dimakan manakala kulitnya yang berserabut dibuang.
 Daun muda adalah sayuran tradisional dan dimasak mengikut resipi digemari. 
Selain itu, sayuran ini menjadi penyedap rasa
 atau untuk ramuan sup dan telur dadar.


sebelum dimasak
kikis dulu kulit luarnya yg berhabuk tu
kemudian potong2
sedap dijadikan salah satu sayuran dalam dalca
boleh jugak dimasak bersama daging
tanpa memasukkan sayuran lain
 my dalca...




jika masak buah remunggai ni
tak perlu masukkan tomato dgn banyak
kerana ianya akan mengeluarkan sedikit rasa masam


Buah remunggai mengandungi khasiat tinggi. 

Setiap 100 gram (g) bahagian remunggai yang boleh dimakan mengandungi: 
Air 84.6 g,
 protein 5.1 g,
 lemak 0.3 g, 
karbohidrat 4.1 mg,
 serat 5.1 mg,
 kalsium 22 mg,
 fosforus 31 mg, 
ferum 0.3 mg, 
natrium 3 mg,
 kalium 208 mg, 
karotena 75 ug, 
vitamin A 13 ug,
 vitamin B1 0.05 mg, 
vitamin B2 0.12 mg, 
niasin 0.2 mg, 
vitamin C 258 mg. 

 Pucuk atau daun muda mengandungi khasiat lebih tinggi. 

Setiap 100 g bahagian daun yang boleh dimakan mengandungi: 
Air 75.5 g,
protein 5.8 g, 
lemak 1.1 g, 
karbohidrat 14.0 g, 
serat 1.2 g, 
kalsium 261 mg, 
fosforus 73 mg, 
ferum 3.0 mg,
 natrium 9 mg, 
kalium 444 mg,
 karotena 2931 ug,
 vitamin A 489 ug,
 vitamin B1 0.27 mg, 
vitamin B2 0.72 mg,
 niasin 4.3 mg, 
vitamin C 106 mg.

18 September 2013

Tanjung Dawai & The Carnival


Tanjung Dawai

Pekan Tanjung Dawai...2,3 kali saya kesini
masih mcm dulu...tiada perubahan..
Pada yg tak pernah datang
janganlah membayangkan tempat ini seperti Lumut
(walaupun menjual barangan yg sama
-hasil laut)

saya membeli sedikit ikan bilis
dan keropok serta ikan kering

kebanyakan kedai menjual produk yg sama

bukan bilis K-Pop ya




maaf cakap...kebersihan agak kebelakang...
kambing dan anjing berkeliaran..


Pantai Murni,Yan
Singgah utk mengambil gambar ja


The Carnival,Sg Petani
pun singgah utk berposing ja
dek ramainya manusia kerana cuti umum




 

17 September 2013

Kompleks Pelancongan Hutan Paya Bakau Sg Merbok






Sempena cuti 16 Sept kelmarin
jalan2...pusing2..makan2...

Muzium Hutan Simpan Paya Bakau

Kompleks dengan kos sebanyak RM 1.7 juta ini
 di bawah Rancangan Malaysia ke-8 dan siap pada Disember 2008.

tempat membakar arang

dilarang sentuh kayu2 yg disusun tu


 


sayangnya kelmarin semua kaunter tidak dibuka
samada sempena hari cuti
atau kompleks ni sekadar Projek Gajah Putih
(kata suami)
-
kaunter penerangan berkenaan sejarah, arkeologi, ekosistem, biodiversity,
 kepentingannya dari segi ekonomi dan rekreasi..
Hutan Simpan Sungai Merbok adalah antara hutan paya diwartakan
 yang terbesar di negara ini yang mempunyai saiz seluas 4,114 hektar.

 Ekosistem  ini menyediakan habitat untuk pelbagai jenis  dan spesis  burung
yang jarang ditemui
 dan lebih daripada 30 spesies pokok bakau dipelihara 
dan pokok paya sungai yang lain.



nampak tak ikan berenang2 tu..??


takde pengunjung lain
so bolehlah berposing tanpa malu2..
 
yaa...itu Malaysia ya Tasha..






*peace* sblm balik..

puas saya mengoogle mengenai tempat ni
sayangnya tak banyak info yg diperolehi

kalau utk berphotoshoot
tempat ni mmg cantik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.