31 October 2013

Cicit Ke 8 Ibu Mertuaku

Ibu mertua saya mempunyai 9 anak
(semuanya telah berkawen)
setiap anak 'menyumbangkan' antara 4,5 atau 6 org cucu kepadanya
setakat ni dah ada 41 cucu
Inshaa ALLAH bulan 12 ni akan lahir yg ke 42
ada yg masih dalam pantang
bayangkan betapa meriah dan gamatnya keadaan
bila semua berkumpul
ketika hariraya atau majlis kenduri kendara

ini cicit yg ke 8
baru 2 hari menjenguk dunia
belum ada nama lagi

beberapa jam lepas dilahirkan



Kenapa bayi menangis ketika dilahirkan..???

Sememangnya menjadi kepastian setiap bayi yang lahir menangis,
 melainkan bayi itu lahir tanpa roh,
 tiada nyawa atau telah meninggal dari dalam kandungan lagi.

 Namun tahukah anda Kenapa Bayi Menangis Ketika Lahir 
dan Mengapa Bayi Muslim diazankan di telinga kanannya
 dan iqamah di telinga kirinya sejurus kelahiran. 

Setiap perintah dan kejadian itu ada sebabnya dan terjadinya 
begitu adalah ihsan dari Allah untuk makhluk ciptaannya. 

 Berdasarkan hadis Rasulullah saw yang disampaikan oleh Ibnu Abbas, beliau berkata;
 "Tidak ada seorang anak yang lahir, kecuali ia menangis..
 HR. Ad-Darami

 Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, 
beliau berkata, saya mendengar Rasulullah bersabda;

 "Tidak ada seorang anak Adam yang lahir kecuali 
dipegang oleh syaitan ketika ia dilahirkan,
 sehingga ia berteriak menangis karana pegangan syaitan,
 kecuali Maryam dan anaknya."

 Hal ini juga disampaikan oleh Ibnu Abbas 
yang diriwayatkan oleh Ad Darami,
 beliau berkata; 

"Tidak ada seorang anak yang lahir, kecuali ia menangis, 
syaitan memegang perutnya hingga ia menangis kecuali Isa putra Maryam" 

 Menurut Jamal Abdurrahman dalam bukunya 
"Cara Nabi Menyiapkan Generasi" mengatakan bahawa;

 "Azan berfungsi sebagai tikaman balik 
kepada syaitan yang selalu berusaha menyesatkan manusia" 

 Jelaslah syaitan itu telah mengikut setiap ibu yang hampir melahirkan 
dan menunggu saat kelahiran itu untuk mula menghasut anak adam 
itu disaat pertama kali mereka melihat cahaya dunia. 

 Maka saat diazankan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kirinya,
 selain manfaat azan agar bunyian pertama yang didengar bayi adalah 
lafaz-lafaz Ilahi nanti, 
syaitan juga pasti menjauhi bayi tersebut. 
 Semoga mereka menjadi manusia yang soleh dan selalu ingat akan Allah. 
Insyaallah

30 October 2013

WW :Penat Ber FB

Alex tertido lps layan FB..
citer Alex DISINI

28 October 2013

Resepi Puding Tapai Pulut

Beras pulut susu---kena sentiasa ada stok
ragi--sentiasa ada stok
dan biasanya ketika mengambil tempahan tapai
saya akan membuatnya lebih sedikit
jika di order 1kg..saya akan buat 1kg setengah
jika 2kg..akan baut 2kg lebih

yang 'lebih' itu adalah
stok kat dalam petiais saya
en suami suka makan tapai bersama aiskrim vanilla
sbg pencuci mulut

mcm ni haaa...



dikala mood rajin
maka terhasil lah puding tapai pulut ni
sementelah segala bahan2 ada kat ceruk dapur

-12g agar2 tali
-3 cawan air
-setengah cawan susu cair
-gula,pewarna
-sedikit tapai pulut

-masak2 agar2 hingga larut
-masukkan gula
(jgn terlebih manis kerana bila dimasukkan tapai nanti,bertambah manis pulak)
-bahagikan pd 2 bahagian

(tapai diblend bersama susu cair)

-masukkan tapai yg diblend kedalam satu bahagian
-bahagian yg satu lagi
diwarnakan ikut suka

kalau rajin..boleh dibuat berbagai warna...byk lapis...
pastikan lapisan pertam atelah keras sedikit
baru dituang lapisan kedua


24 October 2013

Tuailah Padi Antara Nampak....

Antara pemandangan yg mendamaikan jiwa
ialah melihat hamparan sawah padi
melihat lautan membiru
memandang awan yg memutih
atau mendongak gah nya gunung ganang

saya sangat2 merindui kenangan zaman kanak2
berlari2 diatas batas2 sawah padi
melihat meriahnya org2 kampung
bergotong royong mengerjakan bendang

suasana sangat2 mendamaikan ketika padi menghijau
ketika ini...pesawah boleh membuat kerja2 lain
sementara menunggu padi menguning


bila padi mula masak menguning
ia bagaikan hamparan emas
yg berkilauan bila disinari matahari

dikampung saya dulu2
diamalkan acara gotong royong biasanya sehari atau dua ja
maka siaplah bendang seseorang tu dikerjakan

selepas padi habis diketam
diisi kedalam guni dan dihantar
ke kilang memproses padi kat kampung

setiap org,menaman padi yg berlainan varieti
yg tentunya memberi rasa nasi yg sedikit berbeza

ketika itulah kebanyakan org
akan mengadakan 'kenduri bersa baru'...
membuat kenduri kesyukuran...makan2...
dgn beras yg masih fresh


lepas musim menuai
ada acara main layang2/wau
acara yg ditunggu2 oleh saya dan kawan2..


sayangnya...untuk anak2 sekarang merasai pengalaman itu
hanya boleh dirasai dlm bentuk lukisan
bila melawat Muzium Padi ini


Sekarang membajak dan menuai padi
tidak lagi mengunakan tenaga manusia
sebaliknya diambil alih oleh mesin
(kat mana lagi yg membajak mengunakan kerbau?)

sawah didepan rumah saya
di kelantan

ayah saya sendiri telah lama 
'tiada' sawah padi
kerana telah dijual


jumpa sawah padi ja
berenti snap gambar


dan anak2 jadi jakun bila jumpa sawah padi
nasib baik tak dipanggilnya 'pokok beras'...

23 October 2013

WW: Like

Saya  Suka Awak Semua...

21 October 2013

Gula-gula Udang

Saya rindu nak mengunyah gula2 udang
seperti dizaman kecik2 dulu-70an...80an...
dibalut dgn plastik,kemudian kertas,kemudian dibalut
dgn 'plastik putih' yg boleh dimakan
haha...mula2 makan plastik putih tu dulu sblm makan gula2...


yg saya jumpa sekarang
dah dibalut dgn plastik sepenuhnya
(budak2 kecik susah nak membukanya)
dah tak de lagi
'plastik putih' yg boleh dimakan
 rasanya jugak tak seenak yg dulu2 punya
tak apalah...boleh jugak melepas gian...

waaaa...mana nak cari yg dulu2 punya...
kalau ada pun,harganya pasti sangat berbeza...

20 October 2013

Padang Besar,Perlis

Cuti Sabtu pertama,semalam
suami tiba2 ajak ke Padang Besar,Perlis
utk menikmati pulut mempelam kat sana..
hanya nak makan pulut mempelam...???

Cuaca redup...sesekali hujan renyai2...syok berjalan
dingin dan nyaman ja

jalan  dibasahi hujan



dari jauh...kelihatan seolah bangunan yg real
tp  ianya cuma lukisan di tembok
boleh jamu mata ketika tunggu traffic light bertukar hijau
 bertolak jam 11 pagi...jam 2 ptg sampai sini
pengunjung taklah sesesak ketika pertama kali datang dulu
masa cuti sekolah

 blause,skirt labuh dan baju berbagai jersi
semuanya tak menarik minat saya


beg nasi lemak..??
mmg kreatif dia org nak tarik perhatian...
bakul yg sesuai dibawak berpicnic...
 

ini yg dicari...pulut mempelam harum manis
tp sorry to say...
tak sesedap yg dibeli di Tesco Kulim(skrg dah bungkus gerai tu)
pulutnya tak putih melepak
santannya tak pekat melekat

 berbagai spesis orkid dijual
tak tahulah harganya murah atau mahal
bg pengemar orkid,mungkin tahu...
rm28 sepokok
dulu2 saya suka membeli orkid yg sedang mekar bunganya
bila dibawa balik rumah
dah layu dan gugur bunganya
pokoknya pun sama ikut jadi arwah...
 so jamu mata ajalah...

 budak ni dah buat muka boring bila disuruh berposing
shawl yg mulanya elok ja,dah tak tentu hala jadinya


so apa yg dibeli...?
dah tak teruja nak beli sabun beras-tak beli !!
Tanaka...tak beli..!!

yg dibeli-beras pulut susu siam
rm19/5kg
kalau kat rumah...rm25/5kg
sedikit beras wangi siam

Hujan sepanjang perjalanan balik rumah
sampai jam 8 malam-Kulim rupanya dah banjir..!!

17 October 2013

Cara Mudah Mengesan Gambar Digunakan Orang Lain

Terasa dah berkurun tak mengupdate blog
walhal baru beberapa hari ja

Raya pertama bgn seawal 4 pagi
utk mengulung laksam
tertunai sudah permintaan biras
yg sekian lama dok merenggek2 nak makan laksam
(yg kali keberapa dahhh..)

Raya kedua sibuk mengosok periuk belanga
mengemas dapur dan segala bagai

lepas tu sibuk meluruskan urat saraf..(terlentang berehat la tu)

ok...ni nak bgtau cara paling mudah
utk mengesan gambar2 kita
diambil dan digunakan org lain
bg yg dah tau...tak mengapa..

cuba right klik atas gambar tu
kemudian klik Search Google Forr This Image



Anda bernasib baik
jika yg keputusan yg keluar adalah senarai blog anda sendiri


beberapa image yg saya cuba
diblog saya sendiri

nasib baik...keputusan masih sama

 dan saya mencuba image Pavlova diblog Mat Gebu
hasilnya....
antara blog yg mengunakan gambar pavlova beliau...



Cara ni jugak boleh mengesan gambar2 di facebook
samada tulen atau fake

Mungkin ada yg berkata
apalah yg ada pada sekeping gambar

tp cuba baca luahan rakan blog ni

11 October 2013

Masakan Tempua Bersarang Rendah

Burung tempua akan membuat sarang
nun tinggi dipuncak pokok kelapa

Peribahasa yang berbunyi,
 jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah 
membawa maksud pasti ada sebab-sebabnya 
(sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.
dah hampir 10 th usia sarang tempua ni
dikutip dikg,kelantan
ianya jatuh bersama pelepah kelapa yg gugur

Burung kedidi hinggap di dahan 
Burung tempua bersarang rendah 
Melayang diri tiada tertahan 
Menanggung rindu tiada ternoktah. 

Terbang merpati berkawan-kawan 
Bersarang rendah burung tempua
 Salam ku sambut mencari tuan 
Dalam mimpi tak juga ku bersua.

 Burung tempua bersarang rendah, 
Burung kedidi di tanah rata;
 Hajat bersua di malam indah,
 Memandu janji seia sekata. 

Burung tempua bersarang rendah 
Hinggap di dahan menanti senja
 Di dalam hati terasa gundah 
Siapalah aku di mata dia….


09 October 2013

WW:Membebel sana sini..

Rabu dgn sedikit kata-kata
ada beberapa blog jugak rupanya
yg menjadi tempat saya 'membebel'...











Selingan...

Sejujurnya saya tak mengenali tuan punya komen
kat FB ni

haha..sapa2 yg mcm kenal saya
tegur2 la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.