30 November 2013

Cinnamon Roll

Cinnamon Roll atau Roll Kayu Manis
ataupun roti kayu manis
sedap dimakan waktu petang bersama teh/kopi o..

BAHAN-BAHANNYA :-) 

250 gram tepung roti (high protein flour) 
50 gram gula halus @ gula kastor
 1/2 camca teh garam halus 
1 camca besar penuh susu tepung
1/4 camca teh bread improver 
1/4 camca teh bread softerner 
1 biji telur , 
6 gram instant yeast 
20 g lemak sayur (shortening) 
125 ml air suam 


BAHAN TABUR 
 1 1/2 camca besar mentega, dicairkan 
3 camca besar gula perang (brown sugar)* 
1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis*
(*disatukan dan gaul rata2) 
1/2 cawan kismis,

UNTUK DOH 
Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. 
Satukan semua bahan lain kecuali mentega, 
masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. 
Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat
 doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 30 minit). 
Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.


UNTUK CINNAMON ROLL :- 
 Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. 
Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat).

 Sapu dengan mentega cair, 
tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis tadi rata2. 

Akhir sekali ratakan kismis.
 Gulung seperti swissroll,
 gulung ketat2.
Potong kepada 10 bahagian sama besar. 
Sapu telur rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. 




29 November 2013

Selamat Harijadi Sayang...

Harijadi si bongsu ni jatuh pada 27 hb lps
tp tunggu ada mood baru
nak buat entri ni
(musim hujan,mood pun beku)
seisi rumah diserang selesema
pejam celik dah 7 th
begitu cepatnya masa berlalu
sedangkan kengerian berada didewan bedah masih terbayang2
dia dilahirkan melalui pembedahan
dgn beratnya 3.50kg

Sebelum tu saya biasa dengar
akan sakit bersalin melalui pembedahan
kata mereka,bila hilang ubat bius
sakit yg terasa bukan kepalang
bila merasainya sendiri
ia tidak seperti digambarkan

ubat bius tu tak hilang selepas beberapa jam
atau beberapa hari
atau beberapa bulan

saya tak pasti pengalaman org lain
tp jika diberi pilihan
antara bersalin normanl.induce,vakuum atau cesar
saya akan pilih cesar
sbbnya langsung tak merasa sakit



BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE
dibuat oleh Alia utk si adik
kek ala2 kat Resepi Rahsia tu

pengambaran terpaksa dibuat dalam rumah
sbb hujan yg teramat lebat diluar
 





mini beger ni jugak dibuat Alia
 

mak dah berumur 40 lbh ni pun
tak pernah sambut harijadi

25 November 2013

Patin Masak Lemak Cili Api

Sejak zaman saya belum berkahwin lagi
saya tak pernah menyiang ikan air tawar / ikan sungai
oleh kerana rumah saya berdekatan sungai dan sawah padi
ayah saya biasa menjala dan memukat ikan
dan saya awal2 lagi berkata

"ore tok sir siang ikan nati"
(org tak mau menyiang ikan nanti)

semuanya mak yg akan buat

-saya tak boleh tgk insang ikan keli
yg penuh darah
-saya tak boleh tgk 'pelampung' dalam perut ikan patin
yg bergugus mcm buah anggur

sampailah sekarang..dah punya 4 org anak pun
saya tak pernah menyiang ikan tersebut



jika kerumah kakak di Gua Musang
kakak dan anak2nya yg akan menyiang ikan
yg ditangkap di kolamnya

Semalam ketika ke FishMart
suami teringin sangat nak makan ikan patin
masak lemak cili padi
beli jugak lah sekor

sambil menyiang..
sambil uweekk...uweekkk 
haha mengalahkan org mengandung
siap jugak patin masak lemak cili padi
sbb saya tak makan ikan ni
anak2 yg merasa garamnya..asamnya..


selera saya...cuma ikan 'termenung' ja
tak ada la ikan besar2 dan mahal2...
nasib baik la suami bkn kaki pancing
kalau tak...dia sendiri yg terpaksa menyiang ikan tu hehe

19 November 2013

Cuti Sekolah

Cuti sekolah
bermakna rumah riuh rendah
bermakna saya tak boleh mengadap pc sesuka suki
terpaksa berkongsi dgn Tasha dan Eleena
depa dgn segala macam game


ni baru 3 org dok rumah...
kalau time si abg ada...lagi riuh rendah..


idea tepu...mood membeku..

Alia...dalam dilema jugak
antara tawaran UNIKL dan tunggu result 2nd intake UITM
bimbang yg dikejar tak dapat
yg dikendung berciciran

UNIKL mendaftar bln Jan depan
result UITM keluar hujung Jan
(dengar2nya...)

kut2 tunggu UITM,UNIKL melepas
atau ke UNIKL dulu...

14 November 2013

German Butter Cookies

Cookies ni dibuat anak dara saya,Alia
utk minum petang,ptg semalam

German Butter Cookies

Bila sebut German
teringat 'org sekampung'
yg punya anak super comel tu
Nastyna menetap di Berlin,Jerman


 Cookies ini adalah sama seperti mentega cookies Danish
 yang kita beli kat pasaraya tu
. Lembut dan mereka benar-benar cair di dalam mulut .
 Sangat mudah untuk membuat jika mempunyai bahan-bahan yg mencukupi

Bahan-bahan:
 Butter-125 gram (salted) 
 125 gram tepung kentang
 40 gram gula aising
80 gram tepung gandum halus
 Vanilla-¾ sudu kecil



Cara2:
1-Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan.
2- Putar mentega dengan gula aising hingga sebati.
3-Perlahan kelajuan dan masukkan tepung
sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
 Rehat kan sekejap.
4- Ambil sedikit adunan kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar.
5- tekankan garfu atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak.
6- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 minit 
ini corak yg paling simple
boleh dihias dgn berbagai cara dan rupa
tp kalau togel mcm ni ja pun
dah cukup sedap..

12 November 2013

Butang LIKE Terapung...

Saya bukan nak buat tutorial
cara nak letak butang LIKE terapung ni
cuma nak membebel sikit

Bila buka sesebuah blog
pernah jumpa benda alah ni tak??
selagi kita tak klik 'like'
blog tersebut tak boleh dibaca
atau anda terpaksa tunggu
masa yg telah 'disetkan'..

bg saya,benda ni dah macam
memaksa seseorang utk like page kita

kalau kena tunggu 3,4 saat
masih boleh dimaafkan
tp kalau kena tunggu hampir 300 saat
saya terus tekan butang X ja...keluar terus...
biarlah org like kerana dia benar2 suka
sanggup tunggu 2000saat?



08 November 2013

Siong Raja Bersiong

(bayangkan kalau siong raja adalah sebesar ini)
Pada zaman dahulu Siong adalah sebuah kampung
 tetapi kini ia adalah sebuah daerah kecil di Baling.
 Taringnya di pintu masuk Mukim Siong
 melambangkan tempat di mana gigi taring Raja Besiong jatuh
 selepas ia dilemparkan dari Baling.



 Raja Bersiong gemar memakan sayur bayam dengan kuah darah manusia.
 Akibat kegemaran itu, gigi beliau telah ditumbuhi siong atau taring.
 Baginda melarikan diri setelah kegemarannya
 yang menjijikkan itu diketahui rakyat. 

Ketika Raja Bersiong lari daripada kepungan menteri dan rakyatnya, 
baginda terpaksa berhenti beberapa kali 
kerana menderita sakit gigi taring atau siongnya.

 Apabila kesakitannya itu tidak reda-reda, 
baginda mengambil keputusan untuk mencabut siongnya itu. 
Namun siong itu masih kejap dan tidak mudah dicabut. 

 Apabila siongnya itu akhirnya berjaya dicabut 
baginda terus membalingnya jauh-jauh, tanda marah. 
Tempat siong itu jatuh dinamakan ‘Baling’.
 Dari peristiwa Raja bersiong tersebut,
 lahirlah nama-nama tempat seperti Merbau Pulas, Kuala Pegang dan Kuala Ketil.

07 November 2013

Resepi Gulai Telur Itik

Sebiji telur itik ni
berharga 50sen
saya beli 10 biji  terus
dek mengidam nak makan gulai telur itik


bahan-bahan

 10 biji telur itik
3 cawan santan
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
sedikit halia *
sedikit kunyit hidup *
beberapa biji cili padi *
(bahan bertanda * diblend)
3 batang serai-diketuk
2 keping asam gelugur
boleh digantikan dgn belimbing buluh..lagi sedap
(tp saya takde la pulak)
2 helai daun kunyit
1-masukkan bahan2 yg diblend kedalam santan
2-masukkan asam keping/belimbing buluh
3-bila telah mendidih,masukkan telur sebiji demi sebiji
(telur dipecahkan terlebih dulu kedalam mangkuk
dan tuang dgn perlahan kedalam santan yg sedang mendidih)
4-masukkan garam dan daun kunyit
5-kacau dgn perlahan2,sekali sekala supaya telur tidak pecah
-6-matikan api bila telur telah masak
-

06 November 2013

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong

Satu-satunya Pusat Rekreasi Air Panas 
yang beroperasi 24 jam di Malaysia
mula beroperasi sejak tahun 1998. 
 Terletak di Mukim Siong, kira2 21 kilometer dari Pekan Baling

Sempena cuti 1 Muharram kelmarin
datang berendam kat sini

 harga tiket-RM 3 utk kanak2
dan RM6 utk org dewasa
info tentang tempat ni
semuanya tercatat disini






juga disediakan dormitori, tapak untuk berkhemah ,
surau , medan selera, tandas awam ,
dewan seminar , kiosk cenderamata dan tempat letak kereta percuma.


antara tempat penginapan yg disediakan
sewa antara RM100-300 utk bilik VIP

anak sungai yg mengalir jernih





jom tengok kolam2 air panasnya
terdapat 5 buah kolam semuanya
dan ada kolam khas utk wanita sahaja

ramai yg kata
utk lebih seronok,datanglah pada waktu malam
lebih ramai pengunjung,lebih meriah






kolam mandi kanak2-suhu antara 39-40 c
saya sekeluarga berendam disini
pikir..pikir..nak terjun ke tak..nak terjun ke takk..
yg ni pulak
suhunya 47c,tak ramai yg boleh bertahan lama kat sini



Kolam utama, sumber air panas dengan suhu sekitar 49°C, kedalaman 1.3-1.6 meter. 
takde pengunjung yg berendam kat sini
mau masak jadinya seluruh badan

nak urut2 tapak kaki,berjalanlah atas batu refleksologi ni




04 November 2013

Pose Ala2 Eja

Pelakon Eja  dalam salah satu adegan dlm filem Sepi


haha..bangku inikah yg diduduki Eja

macam comel jerr...macam comel jerrr...:)

dek keboringan menunggu suami dan anak lelaki
layan motor besar

anak2 perempuan dah tak tau nak nak buat apa..



tak berpakat pun nak pakai kaler ungu






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.