31 December 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki

Harga RM18
tp ketika saya beli
harganya RM14..ada diskaun ..
Gaya bahasa yg mudah dan 
penceritaan yg santai

setelah membacanya,persepsi saya terhadap rezeki berubah
banyak perakara yg saya
terlepas pandang
sbg hambaNYA..


Isi Kandungan:

 Bahagian 1 : Apa Itu Rezeki?
 Bab 1 : Rezeki Bukan Sekadar Nampak Di Mata 
Bab 2 : Udara, Air dan Gunung Adalah Rezeki 
Bab 3 : Ilmu Adalah Rezeki
 Bab 4 : Kaitan Antara Usaha dan Rezeki
 Bab 5 : Harta & Rezeki
Bab 6 : Allah sentiasa Membantu
 Bab 7 : Hubungan Rezeki dan Iman 
Bab 8 : Rezeki, Apakah Bertambah atau Tidak…? 
Bab 9 : Tangkal, Kayu dan Batu Azimat Menambah Rezeki..?
 Bab 10 : Kunci Rezeki 

Bahagian 2 : Menjemput Rezeki 

 Bab 11 : Menjemput VS Mencari
 Bab 12 : Menjemput Rezeki Dengan Mengutamakan Solat
 Bab 13 : Menjemput Rezeki Dengan Solat Tahajud
 Bab 14 : Menjemput Rezeki Dengan Solat Dhuha
 Bab 15 : Menjemput Rezeki Dengan Zikir
 Bab 16 : Menjemput Rezeki Dengan Doa 
Bab 17 : Menjemput Rezeki Dengan Mendoakan Orang Lain 
Bab 18 : Menjemput Rezeki Dengan Sedekah
 Bab 19 : Menjemput Rezeki Dengan Membaca Al-Quran
 Bab 20 : Menjemput Rezeki Dengan Asma' ul-Husna 
Bab 21 : Menjemput Rezeki Dengan Bersyukur
 Bab 22 : Menjemput Rezeki Dengan Tekun Berusaha

 Bahagian 3 : Cerita Menjemput Rezeki 

 Bab 23 : Dibalas dalam 24 Jam!!
 Bab 24 : Ikhlas RM50, dibalas RM10,000 
Bab 25 : "Tolonglah Anak Saya, Ustaz" 
Bab 26 : Memberi Tanpa Syarat 
Bab 27 : Binatang Tidak Mampu Membalasnya 
Bab 28 : Daripada Hina Jadi Mulia 
Bab 29 : Berkat Belajar Al-Quran
 Bab 30 : Bos Hanyalah Posmen 
Bab 31 : Ikhtiar Rohani dengan Surah Yassin 
Bab 32 : Sebuah Keajaiban 
Bab 33 : Sedekah Si Penarik Beca
 Bab 34 : Sedekah sebagai Ubat

 Bahagian 4 : Apa Perlu Saya Buat Sekarang ?

 Bab 35 : Ciptalah Impian Hari Ini 
Bab 36 : Bagaimana Membina Impian yang Seimbang..?
 Bab 37 : Ibu, Ibu Apa Khabar..?
Bab 38 : Inilah Impian Kita 
Bab 39 : Strategi Ghaib
 Bab 40 : Bertaubatlah!!


Menurut penulis buku ini
mengikut satu kajian
jarang benar seseorang yg membeli buku akan menbacanya sampai habis
kebanyakkannya hanya membaca sekitar 10% saja

30 December 2013

Pantai Batu Burok Dan Pasar Payang

Batu Burok Beach Resort
dapat bilik mengadap pantai...best...
saya akui pantai2 kat terenganu tersangat cantik
dgn pasirnya putih dan halus serta bersih
angin yg kuat
dan ombak yg tinggi
takde pengunjung yg berani mandi

pemandangan dari bilik penginapan

Apa yg istimewa di Pantai Batu Burok?
sapa yg nak merasa naik kereta kuda..silakan
saya tak pasti pulak berapa bayarannya
kuda tu berpusing2 kat area tu jugak..tak jauh pun..




Waktu pagi..saya sangat berhajat
utk merakam gambar sunrise
tp hampa sbb sampai ke jam 12..baru matahari muncul


Pasar Payang

lebih kurang sama dgn Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu
barangan tembaga yg cantik..secantik harganya...

kalau dapat kat saya baju2 berbatu bata mcm ni
habis tercabut sbb dicampak kedalam mesin basuh
telur penyu..
tak beli sbb tak makan..


pertama kali tgk dodol dibungkus dalam daun mcm ni
dan yg best..diperkaranagn Pasar Payang dijual durian crepe


bangunan yg cantik di berdepan dgn Pasar Payang
jenguk2 kut2 pokok kurma tu ada buah tp takde...

29 December 2013

Masjid Kristal,Taman Tamadun Islam

Bermalam dirumah ayah 3 malam
dan melencung ke Terenganu,tido semalaman
sebelum pulang ke Kedah

Dah lama teringin melawat Masjid Kristal
dulu2 dah beberapa kali kesana tp masjid ni belum dibina lagi


Taman Tamadun Islam  (TTI)
merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia. 
Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia. 

 Terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu,
 taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai. 
Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon: 
Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam.


Ikon bagi Taman Tamadun Islam ialah Masjid Kristal,
 yang menjadi mercu tanda baru bagi Kuala Terengganu. 
 Masjid unik ini diperbuat dari kristal kaca dan besi yang telah dibuka secara rasminya
 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin 
pada 8 Februari 2008.
Ketika saya sampai (24 dec)
hujan pada mulanya rintik2
berrtukar menjadi lebat berserta angin kencang
jadinya saya cuma berlegar2 didalam bangunan tu ja
masih belum siap sepenuhnya
banyak bilik yg penuh dgn kotak2
yg berisi cenderamat utk dijual

 
lihat awan hitam tu

anak2 mula tak tau nak buat apa
ada yg main public phone-comel katanya
lepas tu mencuba kerusi urut pulak


Kemudian bergerak ke ruang menjamu selera

nasi dagang yg2,3 kali suap ni berharga RM4.80...
Alhamdulillah...lepas makan cuaca beransur baik



dah nampak Masjid Kristal yg berkilau2an dipanah matahari

Orang lain dah lama sampai sini
saya baru pertama kali
 
boleh nampak gambar kita di kubah






antara cenderamata yg dijual
digerai diluar masjid

28 December 2013

Si Manis Kelantan

Ketika balik kampung
tak melepaskan peluang menikmati
kuih muih kelantan yg dirindui

meskipun di Kedah ada dijual
tp rasanya sama sekali tak sama
dgn yg ori kat kelantan
kaler yg ceria ni
dinamakan kuih lompat tikam
pasti ramai yg mengenali kuih akok ni
dan tepung pelita yg sedap jika disejukkan dlm peti ais

hanya ini yg sempat dimakan...
tapai ubi kayu yg dihajati tak ada rezeki

27 December 2013

Masjid Beijing,Rantau Panjang,Kelantan

Masjid Beijing ni
bukan terletak di Beijing,China ya...

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra 
(atau sinonim dengan nama Masjid Beijing)
 merupakan sebuah masjid yang terletak di pekan Rantau Panjang, 
di dalam jajahan Pasir Mas, Kelantan. 
Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina
Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie 
yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China.


Lokasi masjid ini terletak di tepi Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang,
sekitar 2 km daripada Pekan Rantau Panjang
 dengan keluasan 3.7 ekar .
Ia mula dibina pada 12 September, 2005
 dan akan dirasmikan bulan Ogos 2009.
Kos keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan sejumlah RM8.8 juta.
 Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.



apa yg tertulis ditiang tu adalah nama2 ALLAH..
 
perbezaan waktu antara Bangkok,Mekah dan Beijing










sapa2 yg tak malu..silakan..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.