24 February 2014

Gila Meroyan..???

Saya fikirkan selepas mengadakan majlis bacaan yassin minggu lepas
atas saranan tok imam masjid
gangguan dari jiran depan rumah akan tamat

Tidakkah dia terfikir
jika betul saya 'menternak' hantu
saya akan terbakar kepanasan bila dibacakan yassin

Sangkaan saya meleset kerana pagi kelmarin
saya dimaki hamun lagi
tp kali ni hanya anak perempuannya yg
masih dalam pantang tu ja
yg menyumpah seranah saya

Saya terfikir adakah beliau terkena gila meroyan


MEROYAN atau kemurungan posnatum ialah satu masalah 
yang biasa yang dihadapi wanita selepas bersalin. 

 Gila meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius.
 Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah
 yang dialami oleh wanita sewaktu atau selepas pantang.

 Pada tahap ini wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara 
yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.

 Ramai yang beranggapan masalah ini banyak terjadi kepada wanita Melayu, 
tetapi hakikatnya meroyan atau turut dikenali ‘pos-natal blues’ 
lebih banyak menyerang wanita di Barat.
 Masalah ini juga dilihat sering kali dihidapi oleh wanita biasa tetapi
 sebenarnya ia turut menimpa wanita profesional.

 Pakar mendapati masyarakat Malaysia khusus orang Melayu
 lebih prihatin dengan penjagaan selepas bersalin,
 wanita selepas bersalin selalunya akan mendapat lebih perhatian daripada ahli keluarga, sedangkan perkara seperti itu kurang berlaku di Barat. 

 Siapa yang diserang? 

 Tiada kajian khusus kenapa setengah 
wanita menjadi murung dan yang lain tidak.
 Bagaimanapun pakar mendapati antara puncanya 
adalah kekurangan hormon selepas bersalin serta perubahan 
yang berlaku kepada badan mereka dan kebiasaanya
 terjadi pada hari kelima selepas bersalin. 
 Selain itu wanita terbabit juga merasa tertekan dengan 
keadaan baru mereka apabila melihat bayi yang sering menangis atau berasa letih untuk berdepan dengan tugas baru mereka. 

 Sejarah kemurungan atau masalah sakit mental 
terdahulu atau kemurungan semasa hamil juga
 boleh menjadi penyebab perkara itu berulang
 di samping kurangnya sokongan suami serta ahli keluarga terdekat.

 Simptom awal meroyan

 Tanda dan simptom adalah berbeza bagi setiap ibu,
 tetapi anda akan merasa:
 perasaan putus asa;
 -bersalah;
 -amat letih;
 -muram; 
-sering menangis;
 -sunyi;
 -gelisah;
-terperangkap. 

Apakah antara kesan penyakit ini ?

 Gangguan fungsi otak berlaku menyebabkan wanita lepas bersalin 
secara tiba-tiba mengadu nampak sesuatu yang 
menakutkan mereka atau mungkin mendakwa ada orang yang ingin menganiaya dan mencedrakan mereka.
 Dalam keadan ini mereka mungkin bertindak agresif atau berusaha untuk melarikan diri daripada apa yang menakutkan . 

 Gangguan tidur yang menjadi lebih teruk. 
Ia mungkin tidak dapat tidur langsung ataupun 
bangun terlalu awal pada jam 2 atau 3 jam 
dan selepas itu tidak dapat tidur semula , 
sebaliknya menjadi resah dan gelisah .

 Perubahan emosi bertambah mendadak dan ibu mungkin kelihatan bingung. 
Selain itu ia mungkin mengadu mendengar suara "hantu " mengutuk atau menuduhnya melakukan pelbagai dosa atau kesalahan. 

Ia mungkin menyuarakan kepercayaan karut 
yang digelar delusi saperti mendakwa anak 
yang dilahirkanya sudah mati atau akan mati akibat
 penyakit serius walhal anaknya tidak mengalami sebarang penyakit.

 Akibat pengalaman yang tidak normal ini,
 ia mungkin cuba mencederakan diri sendiri 
atau mencederakan suami malah membunuh anaknya. 

Oleh sebab itu kes yang serius begini perlu dirawat dalam wad untuk mengelakkan mereka daripada mencederakan diri sendiri atau orang lain . 
Gangguan emosi atau tekanan perasaan juga kerap berlaku kepada ibu bersalin yang bermasaalah atau berpenyakit keturunan .

Jenis2 Meroyan

Meroyan Api 
 Dinamakan meroyan api kerana semasa dalam pantang,
 ibu akan menjadi bengis, garang, cepat marah sehingga boleh
sampai ke tahap menjerit-jerit dan lupa.
Kemarahan adalah melampau,
adakalanya menyebabkan ibu tersebut menghempas
atau membaling anak kecilnya (yang selalu menangis).

 Meroyan Kentung (Kertung) 
 Ibu akan menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis,
 perasa dan adakalanya kelihatan seperti bodoh
sehingga apabila berlarutan tidak dapat membezakan antara anak dengan bantal.

 Meroyan Urat 
 Ibu mengalami ketegangan urat saraf sehingga sentiasa
 mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot atau disebut
 oleh masyarakat di utara Semenanjung sebagai "kediang badan".

 Meroyan Lendir
 Ibu sentiasa kelihatan pucat, lesu, mata pudar dan keguguran rambut serta badan menjadi susut.

 Meroyan Tinggal 
 Ibu sentiasa berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang untuk lari dari rumah.
Ibu yang mengalami masalah ini mungkin tidak mahukan bayinya sendiri.
 Dia sering tertawa,
 mengilai seperti dirasuk atau dalam kes
 yang teruk tidak mengenali suaminya sendiri.

 Meroyan Bulu 
 Ibu sentiasa berasa seram sejuk,
 bulu roma sentiasa berdiri tegak dan adakalanya menggeletar
kesejukan sehingga menyebabkan kancing gigi.
 Adakalanya mereka akan kelihatan seperti terkena sampuk.

 Meroyan Kulit 

 Ibu berasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru-garu seperti kelakuan kera.
 Akibat sering menggaru itu, seluruh badan seperti sedang mengalami penyakit kulit.

Semalam suami saya menjemput seorang lagi ustaz
datang kerumah sbg ikhtiar akhir
ustaz tu cakap
kalau rumah yg ada sesuatu
memang dia akan dapat merasa,akan meremang bulu romanya

"Ustaz...adakah dia (jiran) saya tu nampak sesuatu bila tgk saya/rumah saya?"
saya bertanya

"Tidak..dia tak nampak apa2...cuma bomoh yg memberitahunya
sekian..sekian..
ni semua angkara jin yg nak merosakkan umat manusia"
jelas ustaz..



43 comments:

  1. Bahaya sungguh sakit Meroyan ni ye Kamsiah... dah tu berbagai-bagai jenis pulak...

    Moga kamsiah dan keluarga akan di lindungi Allah dari perkara yg tidak diingini... Bersabar dan bertabahlah dengan jiran yg macam tu ye...

    ReplyDelete
  2. byk2 bersabar la kak..
    kiranya y nmpak pelik2 tu just ank pompuan jiran y dlm pntang ye? manatahu, maybe dia btl2 meroyan n nmpk sesuatu dimata dia.. dlm keadaan kotor, mmg mudah jin nk dekat2..

    byk jenis meroyan ni rupanya

    ReplyDelete
  3. penyakit paling ditakuti oleh wanita semasa dalm pantang...

    kekuatan mental dan ketenangan serta tak terlalu mengikut nafsu sangat perlu..

    Zikir dan selawat, istighfar antara amalan yang elok diamalkan

    ReplyDelete
  4. oh..rupanya meroyan pun ada macam2..dapat juga info baru hari ni..tq kak..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, first time tengok banyaknya jenis meroyan.. takutnya ~~~

    ReplyDelete
  6. baru tau ada macam2 jenis meroyan..ingatkan sama jer..
    #bersabar ye kak dengan jiran akak tu..semoga diarang diberi petunjuk..:)

    ReplyDelete
  7. kemurungan tak boleh dibiarkan.. seeloknya jumpa juga pakar psikatri utk rawatan..

    ReplyDelete
  8. semoga jiran akak tu cepat sembuh...

    ReplyDelete
  9. uuiisshhh bahaya sakit meroyan ni.. lama2 org ingat kita ni giler..
    Apa2 pun sabar ye kak.. sentiasa berdoa..

    ReplyDelete
  10. ooh tak selesai lagi certa hari tu ye, berserabut juga jadinya kan Kam.
    Ummi harap banyak bersabar ye,moga Allah SWT memberi pertolongan dan perlindungan.

    ReplyDelete
  11. Astaghfirullah.... Sampai begitu sekali mereka percaya cakap bomoh tu yer kak. Sabarlah kak...dugaan.

    ReplyDelete
  12. Ape la nk jdi dgn zaman skarang ni...x thu nk ckp ape lg...iman la benteng dlm diri kita

    ReplyDelete
  13. Simpati juga dengan nasib pesakit mental seperti jiran Kam itu...Semoga Allah permudahkan dan membantu mereka dari kesakitan yang menyusahkan orang lain itu....

    ReplyDelete
  14. Allahuakbar!! beratnya ujian awak kali ni... semoga ianya tak berlarutan dan segera berhenti. Banyakkan berdoa semoga orang sebelah itu diberi petunjuk oleh Allah swt..

    ReplyDelete
  15. dah anaknya pulak yg meroyan kali ni! berat kes akak ni...berat..

    ReplyDelete
  16. Anak kena meroyan sampaikan mak bapak berjangkit. Akak kena berhati-hati jugak, selalu amalkan baca Quran kalau tak sempat pasang je kat hp kak. Bukan apa org sakit jiwa macam ni tak dapt cara kasar cara halus dibuatnya nanti sebab depa ni dok percayakan bomoh sgt.

    ReplyDelete
  17. tak pernah google ada berapa jenis meroyan..
    makin hebat pulak 'meroyan'nya jiran akak tu.
    Moga akak dan keluarga dijauhi dari perkara yang tidak baik.

    ReplyDelete
  18. Masya-Allah... simpati betul kakak dgn apa yg terjadi dgn keluarga Kam. Walau apa pun sebaiknya bertahan mencari yg terbaik. Jgn dilayan jiran itu agar tak menambah buruk keadaan.

    Teruskan mohon pada Allah dan ustaz yg pandai membantu moga keluarga Kam tidak dipengapakan dgn bomoh yg 'membantu' jiran tersebut.

    Takut kakak:(

    ReplyDelete
  19. banyak jenis rupanya meroyan.. baru saya tahu...
    Tu la padahnya bila percaya sgt kat bomoh... moga mereka kembali ke pangakl jalan....

    ReplyDelete
  20. citer bab meroyan ni..teringat masa beranak sulung..mak mentua cakap saya terkena meroyan bulu..disebab kan saya selalu mengigil tanpa sebab dan juga badan serba serbi tak kena..

    semoga keluarga akak sentiasa di lindungi dari segala fithna..amin

    ReplyDelete
  21. moga Allah melindungi akak sekeluarga
    saya tak tau plak meroyan ada macam2 jenis :)

    ReplyDelete
  22. Idah tak tau pula meroyan tu ada macam2 rupa nyer ye kak..
    Kalau dah jumpa bomoh sah2 laa.. sesat lagi menyesatkan jerr..! nauzubillah..

    ReplyDelete
  23. macam mana la boleh sesuka hati nak maki orang ye kamsiah..apa perasaan dia tu..

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum,
    semoga masalah ni dapat diatasi dengan segera.

    Hakikatnya, orang yg percayakan bomoh ni banyak letak syak wasangka dalam jiwa mereka. orang lain tak ada yang baik, mereka aje yang baik. Semoga akak tabah berdepan dengan ujian begini.

    ReplyDelete
  25. Sabarlah kak. Allah maha tahu. Kwn saya dulu pernah kena mcm akak. Tapi dia g jmpa bomoh yg mengesyaki dia tu. Gelabah tok bomoh....

    ReplyDelete
  26. Macam mana tak meroyan anaknya kalau mak bapak duk puja jin setan, minta jauh la kan.. heishh.

    ReplyDelete
  27. Hmm..bahaya ni...jangan hampiri/berkawan dengan syaitan coz bila dah akrab susah nak hilang...bomoh-bomoh pun bukan boleh percaya..kadang-kadang main serkap jarang je..

    ReplyDelete
  28. Masih banyak rupanya orang yang begitu taksub dengan bomoh.
    Kak Kam terus berusaha memohon dari Allah agar dijauhi segala sihir mereka, juga mohon semoga dibukakan pintu hati mereka menerima segala kebaikan. Allah sayang kita sebab tu Allah duga kita...

    ReplyDelete
  29. sebab itulah orang dulu2 amat jaga sangat ibu2 yang sedang dalam pantang...suami kene ambil berat agar mereka yang sedang berpantang ni jangan terlalu tertekan...nanti kemurungan terlampau itu buat ibu2 itu seakan orang hilang akal..

    ReplyDelete
  30. Ya Allah, jauhkanlah kami daripada perkara yg tak elok.. risau saya baca kisah akak ni. alahai, paayahnya manusia macam ni, kenapalah nak salahkan orang lain.. akak banyakkan bersabar ya... insya Allah dugaan kali ni banyak hikmahnya....

    ReplyDelete
  31. Owh baru tau ada macam2 jenis meroyan ye..

    ReplyDelete
  32. seriaunya dengar cerita akak ni...heheh..takut juga kena serang dengan orang gila meroyan ni kan..mungkinlah kot badan kan lemah akak..dan dia terikut ikut dengan emosi kot...jin & syaitan sukalah mengganggu

    ReplyDelete
  33. salam k.kamsiah..

    uhuhu.. seriau mmbacanya..
    semoga akak sekeluarga tidak di ganggu lagi..

    ReplyDelete
  34. Allahuakbar.... macam2 manusia ni kak.

    Syukur, adik bongsu sy juga dalam hari sekarang ni, walau sebenarnya banyak ujian juga, dia kuat. setakat mata kasar sy la....

    Moga lepas ni jiran akak x buat hal dah... Risau tindakan diorg keterlaluan kak, bukan nk hasut, but better lebih berhati2

    ReplyDelete
  35. gile muye pulok..jakkit sapa ko anok dio ko..pelik sungguh dok family nie..:)

    ReplyDelete
  36. gile muye pulok..jakkit sapa ko anok dio ko..pelik sungguh dok family nie..:)

    ReplyDelete
  37. serius baru tahu ada byk jnis meroyan rupanya.
    sabar ye kak.dugaan utk akak ni.
    cma akak sekeluarga kena la berhati hati.
    takut diluar jangkaan dia bertindak.. bahya juga kan..

    smga uruaan akak sekeluarga dipermudahkan.aamiin

    ReplyDelete
  38. ya allah x habis2 lagi yer.. moga dipermudahkan semuanyer yer akak !

    ReplyDelete
  39. Tak habis lagi dia orng rupanya ya..
    Sabar ya kak....semoga Allah permudahkan segalanya..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●