18 February 2014

Kerana Bomoh Badan Binasa

Agak lama blog terbiar sepi
tanpa entri mahupun berblogwalking
sesungguhnya saya baru melepasi sebuah ujian
yg memberi pengajaran,pelajaran serta pengalaman

Ahad-16 hb-7.05 pagi

Seperti biasa saya menemani anak bongsu menunggu van sekolah didepan rumah
jiran didepan rumah membuka pintu rumahnya
serewntak dgn itu jugak saya mendengar maki hamun dan segala
perkataan yg mencarut

Saya buat2 tak tahu ja
sbb fikir mungkin kakak tu kena histeria lagi
(sbb sblm ni dia pernah
lari keluar rumah menjerit2 dgn rambut dan pakaian serabut serabai)

kemudian baru saya menyedari
dia menyebut2 nama saya dalam caci makinya itu
saya berlari kedalam rumah memanggil suami

"awat hang lariii...kalau berani mai sini"
itu yg sempat saya dgr

bila suami saya keluar dan cuba bertanya apa masalahnya
kakak tu,bersama anak perempuannya yg masih dlm pantang
serta suaminya  terus menyerang dgn kata2 bagaikan org kurang siuman

semua org yg lalu lalang berpaling tgk keadaan ini

Selepas anak saya menaiki van
saya terus masuk kedalam rumah 
tp saya sempat mendengar kata2 suami jiran saya ni
(kalau layak dipanggil jiran)

"hang nak mengaku ke tak..
kalau aku dapat hang,mampuih hang aku buat.."
(sambil tangganya menunjuk2 muka saya)
ya..ada unsur ugutan disitu

saya masuk kerumah
sambil beristigfar,tarik nafas dalam2
dan berharap suami saya yg masih diluar tidak diapa2kan

kemudian suami saya masuk kerumah
sambil menjelaskan kenapa mereka anak beranak naik angin

kata mereka:
-saya bela hantu dan hantar kerumah mereka
anak cucu mereka tak boleh tido
(dh 20 th saya dok sini
kenapa baru skrg hantu tu kacau mereka hehe)

'-mereka tahu semua pergerakan saya suami isteri
kemana saya pergi,apa saya buat
(siapa yg bela hantu sbnrnya ni)

-mereka kata tiap kali saya blk kg dikelantan
saya ke Siam utk amik hantu
(Siam-saya cuma pernah smp ke Wang Kelian ja)

-saya pergi tanam sesuatu didepan rumah mereka
hingga mereka
terpaksa simen seluruh halaman/depan rumah
(lalu depan rumah mereka pun tak pernah)

-saya mengambil gambar makanan diluar utk
utk blog/FB
dikatanya saya menjamu hantu makan

YA ALLAH YA TUHANKU..

Aku hambaMU yg lemah
aku difitnah sebegini rupa
KAU ampunkan mereka
yg begitu taksub bertuhankan bomoh
hinggakan lampu jalan didepan rumah saya
tak menyala pun dikatakan hantu dok bertenggek diatasnya

saya bukan mangsa pertamanya difitnah sebegini
dah ramai,
malah jiran dikiri dan kanan berpindah dek tak tahan

Sya takkan berpindah kerananya
Saya takkan mengalah dgnnya
Kerana saya tak bersalah


Mereka memcabar saya supaya mengangkat sumpah dgn al quran dimasjid
yaa...anytime..anywhere..saya nak..!!

Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam


Isnin-17 hb

Suami saya mengambil cuti
bimbang sesuatu yg buruk terjadi
bimbang mereka menyerang lagi

Kami kerumah Imam masjid taman ni
(nak jumpa tok imam pun bkn main susah)

Pak imam menyuruh saya mengadakan majlis bacaan yassin kat rumah
beliau akan menjemput org2 kat majid
sementara suami saya menjemput jiran2 berhampiran

Alhamdulillah semalam berlangsungnya
majlis bacaan yassin
imam 1,iman no 2 dan imam no 3 masjid...semua datang

Demi ALLAH saya tak meminta
sesuatu yg buruk terjadi pada mereka
saya juga tak mengharapkan mereka datang meminta maaf atau sebagainya
cukuplah jgn menganggu saya sekeluarga

Khurafat..sirik..biarlah..
itu urusannya dgn TUHAN

Selasa-18 hb

Hari ni suami keje halfday
apa yg dilihat dan didengar beliau pagi tadi adalah
kakak tu memcarut,memaki sorg diri
sambil sapu sampah depan rumahnya

Sungguh...saya sunnguh merasa kesian
dgn masalah jiwa yg dihadapinya..!!

Ramai yg meminta saya membuat laporan polis
tp biarlah..biarlah TUHAN saja
yg membalasnya
kerana doa org yg teraniaya dimakbulkan TUHAN...


oppsss...saya nak bela anak 4 org pun semput
ni nak bela hantu pula..

"Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu,
jangan kamu menyangka berita itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. 
Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman
sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu,
 dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka,
 akan beroleh seksa yang besar di dunia dan di akhirat.

 Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan
 yang buruk di kalangan orang yang beriman, 
bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia
 dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui
 segala perkara sedang kamu tidak mengetahui.." (an-Nur: 11-20

Sesungguhnya ujianMU ini semakin mendekatkan aku denganMU YA ALLAH..

43 comments:

  1. Hebat jgk dugaan akak dan keluarga ni. Mmg susah dpt jiran yg mcm ni. Menuduh orang bela hantu tanpa mengetahui diri sendiri ada hantu. Wlpn tak penah jadi pd sy tp sy penah tgk pengalaman orang lain. Alhamdulillah, nampaknya akak mmg jenis kental jgk. Tak mengalah kerana tidak bersalah.

    **Kelakar pulak..amek gambar kat luar umah tu utk menjamu hantu, adoii. Ni laa orang yg tak tau dunia blogger dan fesbuker, hihi. Amek gambo kat luar tu nak dptkan lighting semulajadi,kan..kak??

    ReplyDelete
  2. alona..bg kita yg waras..ianya mmg sangat2 kelakar...

    ReplyDelete
  3. tu dia...sampai macam tu sekali ye kak...nasib baiklah kak dan keluarga sabar orangnya..tapi melayan org sakit jiwa ni kena ada caranya..kalau tak kena gaya, kita pun ikut sama stress...semoga kak sabar dengan ujianNya ini..

    ReplyDelete
  4. Itulah kalau percaya sangat dengan bomoh, nyamuk gigit pun kata hantu gigit...

    Nasihat saya, apa pun terjadi jangan pindah dari rumah yg Kam duduki sekarang. Jika pindah, kita dilihat bersalah di mata mereka.

    Elok juga buat laporan polis. Bukan laporan polis bertujuan untuk meminta mereka ditangkap tapi sebagai salah satu cara melindungi keluarga dari kemungkinan2 yang tak diingini. Maklumlah orang yang dikuasai bomoh boleh bertindak diluar kawalan akal sihat....

    Semoga Allah sentiasa melindungi Kam sekeluarga...

    ReplyDelete
  5. Masya-Allah.... Meremang kakak membaca N3 kali ini. Sungguh ujian Allah ni Kam. Semakin kita kuat dan mendekatkan diri pada Allah semakin besar ujiannya. Tapi percayalah Allah itu maha mengetahui. Jaga anak-anak takut menjadi mangsa... Kita yg dewasa boleh berjaga tapi anak dara kecik tu mana tahu dia ingat jiran kan...

    Moga Allah beri kesabaran dan kekuatan tinggi buat Kam & keluarga.

    ReplyDelete
  6. hahaha.....kak kamsiah ni nak bela hantu? Giler dan ternyata gila la jiran akak tu. Tu la, orang dengan jiran2 ni baikkan ukhuwah. ini fitnah merata pulak. adess....sian kat akak dapat jiran yg suka bomoh ni. Sabo bebanyak ye kak. Pasni, jgn bg can dah. Report polis jek.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah.... akak membacanya pun seram Kamsiah... kesian juga padanya yg sedang mengalami tekanan jiwa ni... semoga Kamsiah sekeluarga di lindungi Allah dan banyak2 bersabar ye ...

    ReplyDelete
  8. Berat jugak tuduhan tu kak.Saya doakan semoga kebenaran terbuka juga.

    ReplyDelete
  9. Ya Allah sampai tahap macam tu! sabar ye kak, selagi kita di jalan yg betul Tuhan sentiasa ada bersama kita....orang macam tu dah macam hilang pedoman hidup je T__T

    ReplyDelete
  10. Sabarlah kak..yang pentingnya akak mmg tak terlibat dalam benda mengarut tuh semua..oleh kerana dia sakit jiwa mungkin kita boleh paham kenapa dia berlaku sedemikian rupa..

    errr..betul ker masak sedap2 ambik gambar lg tuh tuk jamu antu kak..heheh..baiklah jamu kitorang...hehe (gurau jer)

    ReplyDelete
  11. Ya Allah..besarnya ujian Kam, bukan calang-calang ni, fitnah dari jiran terdekat pula tu.
    Sabar ye Kam, insyAllah..Allah bersama orang yang benar dan sabar.

    ReplyDelete
  12. Ya Allah..sampai gitu sekali dia burukkan akak....
    Sabar ya kak...

    ReplyDelete
  13. Rasa macam baca novel pulak hehe.... Semoga awak tabah menghadapi ujian. Inshaallah yg bersalah tetap akan menerima hukuman.....

    ReplyDelete
  14. ya allah..sabar kak sekeluarga..
    saya rasa kalau dok ugut macam tu elok la pi buat report polis, kot depa buat lebih dari batasan nanti..zaman sekarang ni, kes mengamuk banyak dah..semoga kak sekeluarga dilindungi Allah SWT..sabar banyak2 kak...

    ReplyDelete
  15. Kerana itulah suami kakcik sangat 'pantang' dengan.bomoh. Baginya, bomoh itu pemecah belah masyarakat.

    ReplyDelete
  16. Semoga keluarga Kam dilindungi Allah dan semoga Allah bagi pertunjuk kat jiran Kam tu supaya depa tak terus dok percaya kat bomoh...

    ReplyDelete
  17. Buat tak tahu je kak.. kalau dia buat hal lagi akak buat report police sebagai jalan selamat andai jiran tersebut cuma mengganggu dan mengugut akak sekeluarga.

    ReplyDelete
  18. Saya doakan akak sekeluarga selamat sejahtera..moga tidak di apa apakan..teruskan berdoa ya kak...dan andai keadaan makin parah, buat aja lah laporan polis

    ReplyDelete
  19. hmmm...betul lah tu bila 'bertuhankan' bomoh...semua benda ikut bomoh cakap...kesian orang macam tu...minta Allah bagi hidayah untuk mereka.
    patut lama tak update ya...

    ReplyDelete
  20. Ya Allah, moga tabah dengan dugaan ini yer... kalau kita berada di pihak yg benar, buat apa nak takut kan.. Allah swt sentiasa berada bersama2 orng yg benar

    ReplyDelete
  21. Allahu Akbar..kesian dekat keluarga akak..harap bersabar ya kak..sura doakan semoga keluaraga akak selamat dan dijauhkan lagi dari fitnah2 ni..
    Macam drama pulak..takpe kak..penghujungnya In Sha Allah baik..:)

    ReplyDelete
  22. salam k.kamsiah..

    allahurabbi..mudahan akak tabah dlm menghadapi ujian sebegini..
    sabar ya kak,,

    oh ye, cma sarankan akak buat laporan polis..bukan kes nk aniaya sesiapa..tapi utk protect akak sekeluarga jgk.. bahaya..org yg mengalami gangguan mcm ni ganas...

    ReplyDelete
  23. bersabar ye, insya allah semua akan kembali pulih seperti sediakala..

    ** kes cucu xleh tidur, bawa BOMOH le ni, urmmmmm mudah2ah mereka sedar

    ReplyDelete
  24. semoga segalanya akan terhenti setakat itu shj...
    yg penting ahli keluarga akk selamat dan x di apa2 kn

    ReplyDelete
  25. Ya Allah. Di zaman moden ni ada lagi manusia macam ni ya.. kenapalah diorang ni tak gunakan lojik masa nak selesaikan masaalah. Moga kita dijauhkan daripada manusia macam ni. Semoga keluarga akak dijauhkan daripada kejadian yg tak diingini ya

    ReplyDelete
  26. Moga Allah beri kekuatan buat Kamsiah sekeluarga ye, takpe, kecik je tu, Allah Mabha Besar....

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum kak kam,
    Biarlah Allah yang mengadili segalanya. Jika orang yang berkiblatkan sesuatu yang dilarang, hidup pasti takkan tenang. Allah ada Allah tak pernah tidur, dan Allah itu Maha Adil.

    ReplyDelete
  28. salam kamsiah ..
    habaq kt laki depa tu ..
    awak gi siam psl bawak laki yg nak menikah mudah .. tk payah wali dan sebagainya .. pasti lps ni laki dia baik dgn kamsiah ..
    he..he..
    apa pun ..
    bersabar dengan dugaan tengah dilalui ..
    satu hari nanti kebenaran akan memihak yg benar

    ReplyDelete
  29. Semoga Kak Kam tabah menghadapi ujian ini...tapi rasanya elok juga kak kam buat laporan polis...ini sebagai perlindungan tuk kak kam sekeluarga...

    tak sangka..zaman sekarang ni pun ada juga yg percaya bulat2 pada bomoh...itu la hasilnya...maki2 ikut suka hati...ish nasib baik la kak kam dan suami penyabar orangnya...

    ayat yg merah tu..kelakar la plak...bab lampu merah tu pun kelakar :)

    ReplyDelete
  30. Ya Allah kak, teruknya jiran tu. Payah kan bila orang taksub sangat dengan hantu mantu ni, mujur la kakak sekeluarga tak diapa-apa kannya, tapi kelakar jugak cara akak bercerita, yer la kan, saper yang bela hantu sebenarnya ni.

    ReplyDelete
  31. yaalah sampai macam tu sekali jiran akak tu...kenapa sampai menuduh tu akibat taksub dengan bomoh...tak semena akak jadi mangsa
    akak kena berhati2 kak...

    ReplyDelete
  32. sabo le cik kamsiah...
    maknanya Allah sayang dengan mike tu.... dia turunkan bala yang jenis macam ni kat dunia..... sekurangnya mike difitnah didunia... kalo difitnah di alam sana lagi payah... dah takde bekal kita nak kabe dighi kite.... sabo..sesungguhnya Allah bersama dengan oghang yang sabo...

    ReplyDelete
  33. berdasarkan pengalaman saya , org yg ada saka blh jadi seperti itu . Lagi lah kalau dia tak sembahyang . makhluk tu mudah sgt menguasai tuannya . masalahnya , tak semua tahu yg dirinya ada saka peninggalan nenek moyang . bila bertemu bomoh yg berkawan dgn jin , maka itulah hasilnya ... menuduh sesapa jer yg dia suka ... semoga keadaan jadi lbh baik dan semoga allah permudahkan segala urusan kam sekeluarga .

    ReplyDelete
  34. hebat sungguh dugaan kam...
    fitnah yang dahsyat..
    semoga Allah memelihara kam sekeluarga dari apa-apa yang berlaku angkara syaitan..

    ReplyDelete
  35. Mereka lupa hanya kepada Allah tempat segala pergantungan..

    FirmanNya dari surah an-nur itu sedikit sebanyak sangat menggetarkan jiwa.. :(

    ReplyDelete
  36. Astaghfirullah...Msya Allah.kesiannya mereka..
    tabah ye kamsiah..srmoga mereka bertaubat .
    sakit sihat..hidup mati kita semua kerana Allah

    ReplyDelete
  37. Assalam kak..

    seeloknya akak buat jugak laporan polis.. sbb dorg dah ugut2 kan..

    untuk keselamatan akak sekeluarga jugak..sekurang2nya polis tau & blh pantau..

    biar kita beringat sblm kene..

    take care kak..

    ReplyDelete
  38. Semoga akak sekeluarga diberi kekuatan dan dilindungi dari sebarang petaka dan fitnah.
    Besar dugaannya...kalau saya, xtaulah bagaimana nak hadapinya.

    ReplyDelete
  39. ada gak manusia percaya .
    ni lah hantu sebenarnya.. kwan nga hantu., wat fitnah kat manusia.

    ReplyDelete
  40. Dari memaki hamun lebih baik lah depa masuk mengaji ke lebih berfaedah kot. Mengaji halau 'hantu' yg depa kata akak punya tu. Jiran sakit jiwa ni kak. Anak beranak sakit jiwa.

    ReplyDelete
  41. Sabar ye kak...! Sesunguhnya Allah senantiasa bersama orang2 yang sabar...

    ReplyDelete
  42. kak, nak gelak pon ada. ada ke patut ambik gmbar makanna nk jamu hantu. apa la..

    akak, kna juga buat laporan polis tu dmi keselamatan anak beranak. dorng ni boleh brtindak sesuka hati kak.

    akak sekeluarga jaga diri ye..
    saya doakan smga keluarga akk sntiasa dibwah lindunganNya.aamiin

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●