10 February 2014

Menara Condong Teluk Intan

Mercu tanda bagi bandar Teluk Intan
Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. 
Menara ini dibina pada tahun 1885

  Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki
Fungsi utama ketika dibina adalah sebagai tangki simpanan air
untuk bekalan penduduk sekitar
disamping berfungsi sebagai jam.
Masih teguh walau berusia lebih 100 tahun
Dari luar kelihatan seolah-olah menara jam ini adalah bangunan 8  tingkat; 
sebenarnya hanya terdapat 3  tingkat sahaja.
Atap di bahagian atas dan tepinya pula menggunakan genting.

 
Menara jam ini memiliki 110 anak tangga 
yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki.



Kekayaan senibina yang diperbuat daripada struktur kayu dan batu;
 terdapat setiap tingkap dilengkapi dengan lorong jalan 6 kaki lebar
 berdindingkan tembok rendah 2 kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau.

Didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat 
bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya
 condong sedikit ke arah barat laut.

Menyedari akan keunikan dan sejarah yang tersendiri bangunan tersebut,
 pada tahun 1997 pihak Majlis Daerah Hilir Perak
 telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah dataran disekeliling menara ini
 dan langkah-langkah pemuliharaan akan terus
 dijalankan bagi menjadikan ianya satu daya tarikan 
kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

42 comments:

  1. pernah bbrapa kali pergi tapi xsempat naik ke menara tu...

    ReplyDelete
  2. cantik kan
    nanti anum nak terjah sane

    ReplyDelete
  3. selalu tgk org ambik gambar kat menara condong ni.. tp sy sendiri blom menjejakinya.. InshaAllah one day.. boleh tahu sikit sebanyak tentang sejarah menara condong =)

    ReplyDelete
  4. Walaupun saya selalu ke Teluk Intan, tapi belum pernah sekalipun masuk dalam jam condong ni...huhu
    Inilah tarikan istimewa TI...hanya 2 seumpamanya yg ada dimuka bumi ini

    ReplyDelete
  5. Dah singgah 2 tahun lepas.. foto dah terbenam kat mana2 entah..

    ReplyDelete
  6. salam isnin kak, belum pernah menjejakkan kaki ke sini dan pasti akan menjejakkan kaki ke sini satu hari nanti, In Shaa Allah...

    ReplyDelete
  7. Kami dh berkali buat rancangan klau blik tapah nk pergi ke menara ni..tp suami sy ni.... ai. Bila lah pula kami nk tgk sdiri.. csntik tempatnya ni.

    ReplyDelete
  8. Paris dgn Affiel Tower, Perak/Malaysia ada menara condong ini. Hebat juga kan:)

    ReplyDelete
  9. mmg nk sgt pg sini...harap 1 hari nnti boleh jejak kaki...

    ReplyDelete
  10. walaupun dah 5 tahun kat t.intan ni tp sabtu lepas br pertama kali mendekati dan memanjat menara ni..hoho..tak sangka saya takut tinggi..gayat je walau naik setingkat..(T T)

    ReplyDelete
  11. Akak tak pernah menjejak kaki ke sini Kamsiah... cantik bangunan tu, satu hari nanti hendak juga menjejaki kai kesini :)

    ReplyDelete
  12. cantik jugak menara nie..tangki simpanan air rupanya...

    ReplyDelete
  13. kak masuk tu kena bayar ke? pernah tgok dari luar je..

    ReplyDelete
  14. moga bangunan ini terus terpelihara dan berdiri kukuh hendakNYA.

    ReplyDelete
  15. moga bangunan ini terus terpelihara dan berdiri kukuh hendakNYA.

    ReplyDelete
  16. bunda pernah jalan2 keliling menara ni jer...tak pernah lagi masuk atau naik atas...nak cuba jugak nanti..

    ReplyDelete
  17. Tak payah pergi ke Pisa, Itali, dapat pergi ke Teluk Intan pun dah boleh tengok menara condong. Malangnya jangankan Itali, Teluk Intan pun belum pernah saya jejakkan kaki. Kalau ke sana pasti menara ini antara destinasi saya akan pergi....

    ReplyDelete
  18. perkongsian yang baik..bagi yg belum pernah pi sana..dapatlah info tentang menara condong kat teluk intan ni..:)

    bak kata kak zakie..paris dengan menara Eiffel nya..malaysia pulak ada menara condong nyerr..:)

    ReplyDelete
  19. tangki simpanan air rupanya. ya..unik klasik

    ReplyDelete
  20. Makchaq pernah pi sini lama dulu.. tapi ingatkan tak boleh naik...

    ReplyDelete
  21. salam k.kamsiah..
    huuuu..cma pernah sampi sini..tapi time tu kanak2 rebina..
    tak secantik mcm sekarang.setelah di pulihara.. teringin nk pegi lagi

    ReplyDelete
  22. saya memang tersangat-sangat lorr teringin nya nak pi sini tapi ntah bila..
    puas tengok gambo akak snap ni, cantikk :)

    ReplyDelete
  23. Uniknya menara condong....nsb baik kak review tempat ini...leh Umi Qi tgk betapa cantiknya dan sejarah yg telah terbina...hrp suatu hari nanti leh pi tgk depan2...

    ReplyDelete
  24. malam2 kat situ, dah ada lampu lip lap lip lap...:)

    ReplyDelete
  25. Bagus la peninggalan sejarah masih ada juga yg di jaga oleh pihak berkuasa .. moga ia kekal sebagai mercu di teluk intan :D

    ReplyDelete
  26. salam kamsiah ..
    TMM 2014 ..
    banyak juga tempat menarik dimalaysia kan ..

    ReplyDelete
  27. unik menara ni. first time sampai sini masa tahun 2010 law xsilap. kagumm sgttt :)

    ReplyDelete
  28. Dah lama tak ke sini. Masih ingat sirap air kelapa masih beraya ke rumah kawan...

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum Kamsiah

    tempat saya berlumba lari siapa sampai atas dulu...masa kecik2 dulu

    ReplyDelete
  30. Baru pertama kali saya tgk dalam menara condong ni. yang tingkat kat atas lagi 5 tingkat tu masih ada tangki air ke tak?

    ReplyDelete
  31. Belum sampai, tapi duk nampak dalam gambar ja, baru tau ceritanya, thanks for sharing

    ReplyDelete
  32. Sesape yang belum pernah ke sini. Dialu-alukan... Lepas penat naik menara sambil2 posing tu boleh try plak mee rebus n rojak kat sini memang terbaik. Byk kedai yang jual menu nie antaranya yang paling hampir dgn menara condong medan selera yang bumbungnya kaler biru tu. Cari kedai yang namamnya Abdullah.... Selain tue kalau2 nak try mancing udang galah tue boleh la cuba....

    ReplyDelete
  33. nanti boleh ler jalan2 ker sini...tak pernah pergi...

    ReplyDelete
  34. kat sini SA terlepas last year nak pi melawat...ntah bila dapat pergi lagi...

    ReplyDelete
  35. Assalam.. saya suka sgt tempat ni.. gambar2 yg diambil pun cantik2. Kali terakhir pun dah agak lama juga, sewaktu zaman sekolah.. jln2 bercuti bersama keluarga.. bila melihat gambar & teringat balik waktu tu, sungguh nostalgia.. nice sharing.. :)

    ReplyDelete
  36. Kampung emak mertua saya kak..pernah juga buat entry pasal pekan ini, hihihi

    ReplyDelete
  37. hujung bln ni ada kenduri sedara kt teluk intan, hrp2 ada kesempatan zura singgah kt menara condong nih..blm pernah smp sini lg...

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●