29 March 2014

Menyicah

Di utara ni ianya dipanggil Mernyicah
Manakala di kelantan di panggil makke collek
 aktiviti yg merujuk pada buah2an yg masam
dicicah samada dgn kuah rojak
atau di kelantan dicicah dgn garam,gula campur cuka

Paling best dimakan diluar rumah
samada dibawah pokok atau diatas pangkin
lagi ramai,lagi best...

Bagi yg rajin membuat sendiri kuah rojak
ini bahan2nya

1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml)
 300g gula apong/gula merah/gula melaka
1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)
1/2 botol kecil sos cili
3/4 atau 1 cawan cili asli blended (pedas) / cili kering kisar
bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
 125g tepung kanji/tepung ubi  (dibancuh dengan air secukupnya)

Satukan semua bahan KECUALI bijan dan tepung di dalam periuk/kuali.
 Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih.
 (sila rasa masin, manis dan pedasnya. Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu)
Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti.
(Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul).
Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin.
 Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi.
Gaulkan rata-rata. Tutupkan api. Biar ia sejuk.
 Bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan yang digemari.
Jangan lupa, taburkan kacang tanah yang sudah dikisar

35 comments:

  1. sdap tu kak,
    dapat colek yang pekat mmg x terkata ler..
    adeh..
    dh terliur dah nie.

    ReplyDelete
  2. tengok je..dah terliur ni..

    selalu guna kuah rojak makbee, kemudian ubah suai sikit...aktiviti diwaktu ptg..

    ReplyDelete
  3. Ini yg paling best dan paling mengasyikkan, pulak kalau dgn 2-3 org geng sekepala, sambey bergosip...bla bla.,.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Tetiba ------> air liur meleleh!

    ReplyDelete
  5. Wah kecur air liur hehe
    Cam best je resepi colek tu
    Emmmm nti try la....mohon resepi ye ^_^

    ReplyDelete
  6. lama dah tak menyicah....sedap tu

    menabung kat sini lagi

    ReplyDelete
  7. sedappp nya..rindu kuah rojak mak bee tekenal kt pekan rabu aloq staq ;p

    ReplyDelete
  8. rasanya boleh gantikan belacan tu dgn petis ... blh cuba nanti .

    ReplyDelete
  9. dah lama x mencicah... ni yg kempunan nk balik rumah ni..

    ReplyDelete
  10. kecur tengok collek tu Kam. Memang kalau makan berjemaah lagi meriah ni,tak sedar kejap je abih.

    ReplyDelete
  11. dok kiro nok jugok...makae atah gerae bawah pokok ramai2 sedap sungguh.

    ReplyDelete
  12. Di Alor Setar, ada 2 orang adik beradik lelaki keturunan Cina yang sangat popular rojaknya. Si-abang menjual dekat More & Save Jalan Teluk Wanjah, si-adik pula menjual dekat Kolej Sultan Abdul Hamid. Kalau nak makan rojak mereka kena beratur panjang. Boleh dibungkus dan boleh juga makan secara mencicah di tempat mereka berniaga. Pelanggan mereka berbilang bangsa termasuk Melayu...

    ReplyDelete
  13. Saya suka makan, tak suka nak sediakan makanannya... ^_^

    ReplyDelete
  14. Oooo sedap sedap sedap.. kalau ada geng masa makan ni.. sepinggan besar pun boleh habis.. aii.. nak carilah juga

    ReplyDelete
  15. Yummy...rietta msam sgt xmnat...tpi klu kuah colek sedap..msam lgsg xterasa...

    ReplyDelete
  16. Terliurkan cicah akak ni saya makan dengan limau sunkist.. hihi

    ReplyDelete
  17. sedap nyoh makke collek.... kalau kat sini, kiwi aje la jadi mangsa utk cicah collek... hihihi

    ReplyDelete
  18. kecur air luir saya tgk buah mempelam cicah garam belacan ni kak...:)

    ReplyDelete
  19. sedapnya cicah garam belacan petang2 bawah pokok...meleleh ayaq liur...huwaaaaaaaa..nak balik perlissss

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum.. awal pregnant ada makan ni.. masa tu baru tahu pregnant. terliur gila dapat menyicah. hehehe singgah menabung colgate sini ~~~

    ReplyDelete
  21. salamk.kamsiah..

    ehehe..colek ke..menyicah ke..
    asal ade buah masam2 cicah ngan kicap cili or rojak mmg peberet.. nyum3.. ^^

    ReplyDelete
  22. kalu dana pakai cicah siap sedai je hehehe... kalu tak pakai gula+kicap+lada je

    ReplyDelete
  23. Petang2 ni kalau dapat menyicah sampil mengopi...best nyeee

    ReplyDelete
  24. Makan colek ni masa zaman kecik-kecik dulu selalu buat. Dulu buah mangga ada banyak kat area rumah. Asalkan rajin memanjat, senang-senang je dapat selonggok. Tuan punya pokok-pokok pun friendly. Lagi banyak dipetik, lagi lebat pokok-pokok tu mengeluarkan buahnya.

    ReplyDelete
  25. Tengah bayang menyicah bawah pokok atas pangkin....sedapnyaaaa...

    ReplyDelete
  26. mak ia.. yang ini mmg sodap kak !

    ReplyDelete
  27. sedapppp...... awok beli kuah siap je.... selalu kat Pasar Malam Stesyen 18 tempat awok ni ...tiap haghi Isnin..... perghhh...... dpt bulam pelam camni mmg sedap le mencicah..

    ReplyDelete
  28. sedapppp...... awok beli kuah siap je.... selalu kat Pasar Malam Stesyen 18 tempat awok ni ...tiap haghi Isnin..... perghhh...... dpt bulam pelam camni mmg sedap le mencicah..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.