02 March 2014

Ufti Bunga Emas

entri saya sblm ni mengenai 
pokok bunga kertas
bagai kelas horticulture 

Kali ni mari belajar sejarah pulak hehe

Bunga emas merupakan ‘alat diplomatik’ yang
 diamalkan oleh negeri yang dinaungi
menghantar bunga emas itu kepada negeri naungan
 sebagai tanda penghormatan dan persahabatan.

Bunga emas akan dikaitkan melalui perhubungan kuasa Siam 
dengan negeri-negeri Melayu Utara termasuk Kedah.
(Selain Kelantan dan Terenganu)

 Negeri-negeri Melayu ini menghantar bunga emas bagi mengelak
Bangkok menyerang negeri mereka. 
Selain bunga emas,
bunga perak juga mengambil tempat yang sama sebagai tanda
 penaungan sesebuah
wilayah yang dinaungi.
Mercu tanda replika bunga emas di tepi jalan besar dari Kangar ke Arau.


Sebanyak 28 pokok bunga emas telah dihantar
 kepada pemerintah Thailand di Bangkok
 sebagai tanda persahabatan dan hubungan mesra dua negara berjiran.

 Menurut Altarikh Salasilah Negeri Kedah 
penghantaran bunga emas dan perak ini bermula pada era pra-Islam,
 di mana kerajaan Thai di Ligor 
iaitu Nakhonsithamarat membantu Kedah apabila diserang oleh Burma.

 Bunga emas dan perak dihantar sebagai tanda terima kasih 
selain pampasan kerugian kerana membantu Kedah dalam peperangan itu.

 Selain bunga emas,
 pemberian lain termasuk dua kayu kain kasa berkepala benang emas, 
12 perisai, 12 tombak, 12 lembing dan 12 kayu kain putih. 
Pemberian ini dihantar disertai surat beradat dengan iringan 100 ekor gajah. 

 Bunga emas dan bunga perak berketinggian dua meter
 dan mempunyai empat cabang dengan kuntum bunga 
berbentuk bunga cengkih dan daun tiruan flora ketika itu.

21 comments:

  1. Dulu2 pernah baca tentang bunga emas dalam subjek Sejarah.

    ReplyDelete
  2. sejarah yang pelan pelan dimakan zaman tapi peristiwa menjadi lipatan sejarah

    ReplyDelete
  3. kat mana bunga2 emas tu sekarang kak..agak2 ada lg tak?

    ReplyDelete
  4. Dah tengok yg real kat istana negara. Tinggi rupa2nya bunga emas ni. Ingatkan tinggi bunga pahar je. Huhu...

    Btw...kelas sejarah pun sy minat jugak kak kamsiah. Hehe

    ReplyDelete
  5. salam , thanx kak review sjarah ni balik,heheh

    cantiknye bunge emas yg kt arau tu , rasa kalau smpai sane nnt mcm nk je ambik pic feeling gorgeous kat situ , hahahah

    ReplyDelete
  6. Menditir akak jelaskan..thanks. teringat masa cikgu sejarah ajar dulu. Rasanya cikgu yg ajar tajuk ni boleh gunakan entry akak ni utk bahan bantu mengajar.. budak lagi jelas dan ada gambar utk rujukan.

    ReplyDelete
  7. kalau dapat sekeping daun 'emas' itu pun dah memadai...hihihi

    ReplyDelete
  8. Kedah, satu negara yg masyhur dulu kini hanyalah sebuah negeri. seperti Melaka dan Pahang. lihat bagaimana masa mengecilkan peranan mereka..

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak ambik tahu pasal sejarah bunga emas ni...
    Last sekali baca masa belajar sejarah dulu :D

    ReplyDelete
  10. tetiba teringat matapelajaran sejarah.hehe

    ReplyDelete
  11. Ni mcm ulangkaji lah nie..lamo doh dok ingt pulok..hehe

    ReplyDelete
  12. Teringat subjek sejarah mengenai bunga emas ni masa di sekolah menengah dulu. Cikgu sejarah kami asyik kutuk Raja2 Melayu zaman dulu, terutama Kedah kerana katanya bo***. Katanya dulu Kedah negeri besar, Pulau Pinang, Perak utara dan selatan Thai adalah di bawah Kedah. Tapi kerana sebab yang kecil (seperti sebab perempuan dan kalah laga ayam) negeri2 itu di beri kepada pihak lain. Kalau sekarang ada cikgu sejarah yang kutuk Raja2 (walaupun ianya fakta sejarah) mungkin dah kena buang kerja....

    ReplyDelete
  13. rasuh dah bermula sejak zaman dulu lagi kan ... ufti emas ...

    ReplyDelete
  14. Wah!Banyak sudah bunga mas ni diberi.

    ReplyDelete
  15. salam K.kamsiah..

    ingatkan bunga ni hiasan jer..rupanye ada kisah disebaliknyer..

    mmg bunga yg dihantar tu betul2 bersalut emas dan perak yer kak.. huhu...

    ReplyDelete
  16. ohw….tak jumpa plak mercu tanda tu. kena p cari lagi ni posing skit

    ReplyDelete
  17. sy suka tul ngan pokok bunga kertas yg tuan dia dandan leh jadi mcm pintu gerbang kat pintu pagar umah dia...cantik tul bila ada bunga kertas 2-3 kaler sbb dh dikawenkan, huhu..

    ReplyDelete
  18. Saya pun ingatkan bunga emas ni tak besar, hanya saiz bunga pahar jer. Rupa2nya 2 meter tingginya! Banyak emas yg digunakan tu...huhu

    ReplyDelete
  19. bagus sungguh akak ni..bukan je resepi siap boleh story sejarah lagi...suke...suke....

    ReplyDelete
  20. masa zaman sekolah dulu je ada dengar ufti bunga emas ni...skang ni kt perlis pun ada :)

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.