28 March 2014

Wahai Jiwa Yang Tenang...


Ya ALLAH Ya TUHAN kami
Taubatkanlah kami sebelum mati...
 Rahmatilah kami ketika mati...
 Ampunilah kami sesudah mati..
Permudahkanlah bagi kami menghadapi Sakaratul Maut..
 Jauhilah kami dari azab api neraka...
 Ringan dan mudahkanlah hisab kami..
 Janganlah kau sesatkan kami setelah kami kau beri petunjuk..
Berikanlah kami di dunia kebaikkan dan di akhirat juga kebaikkan..
 Ampunkanlah kami atas segala dosa-dosa kami...
 Dari seluruh maksiat yang kami lakukan...
 Tidak kira kecil mahupun besar...
 Yang zahir ataupun yang batin..
 Percakapan ataupun perbuatan...
 Sembunyi ataupun terang-terangan...
Ya Allah...Tuhan yang maha Pengampun dan Pengasih...
Wahai jiwa yang tenang, 
kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai... 
dunia hanyalah kesempatan dan persinggahan
 untuk menyediakan bekalan hidup selepas mati

Wahai jiwa yang tenang
Kembalilah kepada ALLAH,
 Bagaimana hati mampu bergembira
 Ketika maut mengejar kita.. 
 Buat diriku insan berdosa
Dan kalian yang sudi membaca. 
 Semoga kita sama2 diberi kekuatan istiqamah
 Sehingga bertemu ALLAH



21 comments:

  1. Amin ya Rabb..
    Semoga kita kembali dgn khusnul khotimah..

    ReplyDelete
  2. Salam K.Kamsiah..
    amin.. alhamdulillah.. pagi2 dah buat cma berdoa..

    ReplyDelete
  3. Indahnya nukilan Kam ni..

    Teringat surah Al-Fajr..ummi suka sangat baca,bila sampai ayat 27-30, memang tersentuh jauh ke dalam jiwa. Subhanallah, tabarakallah, moga kita termasuk dalam golongan ini.


    يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾

    “Wahai jiwa yang tenang! (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya (28). Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambak-Ku (29), dan masuklah ke dalam syurga-Ku (30).” (Al-Fajr 27-30)


    ReplyDelete
  4. doa yang indah bahasanya..
    aamiin...

    ReplyDelete
  5. kita semua akan kembali pd Pencipta tiba masa dan ketika..wallahuaklam

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak.. Amin ya Rabb..
    Semoga kita kembali dgn khusnul khotimah.. singgah menabung inti dan digi sini ~~~

    ReplyDelete
  7. Ameen..teringin sangat tuk mendpt statusjiwa yg tenang itu..

    ReplyDelete
  8. Ammin... Alhamdulilah, doa yang cukup menginsafkan serta muhasabah diri dihari jumaat yg mulia ini.

    ReplyDelete
  9. Amin amin amin... baca ni di hari Jumaat yang mendung, sayu sangat rasanya.

    ReplyDelete
  10. Indah sungguh tinta yang dikalamkan ini...insyaAllah

    ReplyDelete

  11. Semoga Allah sentiasa menyirami ketenangan yang abadi ke jiwa kita, insyaallah....

    ReplyDelete
  12. indahnya kata-katu tu kak
    muhasabah diri sendiri

    ReplyDelete
  13. Aamiin..salam hujung minggu..cantik doa dalam bahasa yang indah.. =)

    ReplyDelete
  14. " "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!"
    (Al-Fajr 89:27-30)

    :)

    ReplyDelete
  15. insha Allah ... terjah infiniti car di sini .

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●