16 April 2014

Pucuk Cemumar & Ikan Lengat

Sebenarnya ni pertama kali saya melihat / mengetahui
akan kewujudan pokok ni
Cemumaq a.k a cemumar

di utara disebut cemumaq

haha jakunnya saya,sehingga terpaksa google utk 
mengetahui khasiat serta kegunaan pokok ni

Cemumar biasa dijadikan ulam dalam makanan harian masyarakat Melayu
 terutamanya di kawasan utara seperti Perlis dan Kedah. 
Daunnya mempunyai bau yang kuat dan menusuk hidung. 
 Tergolong dalam keluarga yang sama dengan daun Kari, 
Cemumur mempunyai daun yang seakan sama 
dengan daun kari tetapi saiz daunnya lebih besar. 
Daun ini panas dan biasa digunakan bagi mempercepatkan 
proses pmeraman buah-buahan seperti nangka, cempedak dan pisang.

KEGUNAANNYA 
 Cemumar dikatakan mempunyai khasiat tenaga batin
 apabila pemakanan sebagai ulam diamalkan. 
Ini disebabkan oleh sifatnya yang panas dan
 ia juga dapat membantu melacarkan pengaliran darah. 
Namun, pengambilan tumbuhan ini perlu dilakukan
 dalam kuantiti yang sederhana kerana ia terlalu panas.
saya suka makan ulam tp pucuk cemumar ni tak tertelan..
dipetik dan dibawa balik oleh suami dan...dia sendiri pun tak lalu makan..:)

Ikan Temenung Lengat

Lengat adalah kukus
ikan temenung pulak adalah ikan kembung
ikan ni dijual yg telah siap dikukus ya
so tak perlu susah payah menbersihkannya lagi

sedap samada digoreng bersama bawang besar,cili dan halia
pastu perah jus limau

ataupun dibuat masak asam
ala..buat air asam
-bawang besar didadu,cili merah,cili padi,air asam jawa,belacan,garam ,tomato

42 comments:

  1. sedap aiiihh..pecah air lioq..nasi mau panass..sure makan bertambah

    ReplyDelete
  2. Tengok ulam tu pun macam tak lalu jugak nak makan.

    Tapi bila tengok ikan tu, rasa terliur aje. Mesti sedap kan! =)

    ReplyDelete
  3. Cemumaq makchaq pun tak berapa suka.. tapi boleh makan kalau tak dak hat lain...tapi temenung lengat memang suka sangat..dulu2 boleh makan macam tu saja.. tak payah nak goreng2..

    ReplyDelete
  4. Saya pun first time dengar pasar pucuk cemumar nie kak. Bau dia ala2 macam bau petai, jering tu ke?

    ReplyDelete
  5. Lengat pun bahasa utara ke? Alahai...sedapnye nampak ikan tu...tetiba rasa lapar =))

    ReplyDelete
  6. nama dia saya suka...macam nama kumpulan lawak cecupak plak..hehehe..tapi kalau makanan ini dihidangkan mesti saya tak makan sebab sy jenis tak makan ikan/seafood dan sayur sayuran..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. Masa kecik2 dulu kami budak2 panggil pucuk cemumaq ni sebagai pucuk kok (coke) kerana baunya yg iras-iras coca cola...

    Temenung lengat...aduhai tiba-tiba rasa laparnya perut bila teringat temenung lengat!! Aroma baunya bila digoreng, kelembutannya.... Masalahnya sekarang dah tak nampak temenung lengat dijual di sini, kalau nak makan kena lengat sendiri...

    ReplyDelete
  8. baru festime gak dengar cemumar nie kak...perkataan lengat pun baru pertama kali dengar jgk..kukus rupanya yer..

    ReplyDelete
  9. ikan kembung lengat ni mengingatkan saya pada arwah mak,
    dia suka buat sambal tumis katok serai..
    sedap kak.. :)

    ReplyDelete
  10. tak pernah dengar pun nama daun ni...mcm bhs org perak lak...lengat...n ikan temenung...org2 utara mmg guna dua2 perkataan ni..

    ReplyDelete
  11. tengok ikan tu buat perut semakin bertambah lapar.. nak pulak dah dekat tengahari ni..

    agak2 kat pasar ada jual tak cemumar ni..?

    ReplyDelete
  12. pernah dgr cemumaq tu....tpi xpernah makan rasanya....

    ReplyDelete
  13. Cemumar..saya rasa ni 1st time dgr.

    Lengat..pun mcm baru tau. Style masak ikan tu pun saya tak penah buat. Byk betul yg saya tak tau..ish ish..

    ReplyDelete
  14. pucuk ni rebus buat mandian segar satu badan.....

    ReplyDelete
  15. Saya pun tak pernah tahu pasal cemumar ni... tapi ikan goreng tu memang fevret... kena plak nasi panas... kat luar hujan... sejuk je... mmg layannnn....

    ReplyDelete
  16. tengah hari gini nampak ikan masak tumis kering tu buat tambah nasi lg ..

    ReplyDelete
  17. Pucuk cemumar ni juga orang panggil pucuk seneru.Sedapnya kalau dibuat ulam. Rasanya sedikit pahit tapi lemak.Kalau ikan temenung lengat tu pula memang sedap kalau digoreng, makan dengan nasi panas-panas. Bestnya.

    ReplyDelete
  18. saya pun baru pertama kali dengar nama pucuk nih..rasa dia pahit sangt ka??
    biasa la kot..ubat memang tak sedap..kan?/

    ReplyDelete
  19. 1st time la saya tau pasal pucuk cemumar ni..

    ReplyDelete
  20. salam singgah. daun tu memang faveret! makan ngan ikan lengat, memang walllaaaaaaaaaa ^_^

    ReplyDelete
  21. x pernah tgk ulam tu pun

    p/s: makcik kite pun selalu panggil ikan temenung, dulu2 kompius juga hihi

    ReplyDelete
  22. salam k.kam,
    pucuk cemumar tu saya suka, ada gabungan rasa, lemak sikit, kelat dan pahit sikit. Depan rumah saya di kampung mak tanam pokok ni berderet tepi kolam kat bendang. Buat ulam cicah dengan sampal belacan cili padi yang kaw kaw punya, sure meleleh peluh. Iakan lengat tu pun orait, pasangan ideal dengan ulam cemamar.

    ReplyDelete
  23. Cemumar ni memang ulam wajib yang selalu dijual di pasar basah atau pasar malam seluruh Langkawi.

    ReplyDelete
  24. ikan temenung lengat goreng..makan dgn nasi panas..memang best..first time jg tengok/dengar nama cemumar..bertambah lagi koleksi ulam-ulaman..

    ReplyDelete
  25. First time juga dengar ulam cemumar ni...

    ReplyDelete
  26. dua2 ni KA tak pernah rasa kak !>.

    ReplyDelete
  27. salam perkenalan...saya pun tak pernah dgr ulam nie, baca blog akak nie baru tahu..perkataan lengat tu kami org perak selalu guna...tapi selalunya buat lengat pisang ker, tepung ker..klu ikan, kami panggil ikan rebus ajer..

    ReplyDelete
  28. Kalau macam tu, kira saya ni paling jakunlah orangnya. Langsung tak tahu kewujudan dan rupa bentuk cemumar ni. First time nampak gambar di sini.

    ReplyDelete
  29. Salam K.kamsiah..
    hehe..ulam cemumaq tu cma pertama kali dengaq..
    kalo ikan termenung tu besa dah mkn.. rebus pun ade..sedapp.. ^^

    ReplyDelete
  30. Kak bunga chemumaq pon sedap makan lemak2, pahit2.

    ReplyDelete
  31. tak pernah tahu pon kak pasal pucuk ni..mungkin pernah nampak kot..

    ikan rebus goreng garing memang best..selalo zee buat ikan sardin jer kak..

    ReplyDelete
  32. cemumar saya tak berapa gemar, sebab rasanya keras. bau dia pun keras. tapi ulam lain saya okeh!!

    ReplyDelete
  33. kdng buat sndiri je ikan lengat sbb kalau bli area kl byk x buang isi perut.x suka

    pucuk cemumaq mcm pernah tgk. lupa dh..

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum,
    Semalam saya makan pucuk cemumaq ni buat ulam , pertama kali di Langkawi di restoran nasi campur Kak Yan . Rasa dia sangat unik dan wangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org langkawi mmg suka makan pucuk cemumar ni.byk khasiatnya.pucuk cemumar juga di campur dalam kerabu bronok bg menghilangkan bau hanyir.

      Delete
  35. Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.