21 May 2014

Buah Asam Serenda


Siapa pernah makan buah ni
dan tau nama sebenarnya
kerana di kedah ia dipanggil buah asam serenda ..
Cantik,kan namanya.
Buah ni rasanya tersangat masam serta  bergetah
Setakat ni saya tak tau cara lain memakannya selain dibuat  jeruk..

Mula2 belah dan buang biji didalamnya..
Lps tu rendam dalam air bercampur garam..

Tempoh rendaman ikut suka..sejam,2 jam..

Lepas tu basuh bersih dan toskan.

Masak air dan bubuh gula.
Bila air gula tersebut dah sejuk masukkan buah asam serenda tadi bersama sedikit garam.

Makin lama diperam makin sedap..
Bertambah sedap jika disimpan dlm petiais..

35 comments:

  1. wooh boleh makan ke buah ni hihi..
    penah nampak pokoknya tapi tak tahu boleh makan..

    ReplyDelete
  2. salam pagi cantik buahnya xprnh rasa lagi

    ReplyDelete
  3. pernah kak kamsiah..masa ana kecik2 dulu memang bergetah sangat..kami dulu makan macam tu je cicah garam,kami panggil buah ceri..sekarang tak pernah jumpa dah..berduri kalau tak salah batangnya..

    ReplyDelete
  4. penah nampak buah ngn pokok nih kak, kt depan umah org tapi.... selalu tgk buahnyer lebat... cantik lak tu ingatkan bunga je tak blh di mkn tp rupenyer blh mkn ye.... tp dana tak penah mkn camne lah gaya rsa jeruknyer tuh ek kak

    ReplyDelete
  5. Masa kecik selalu kutip buah ni dan makan dengan garam. Tapi la ni tak pernah nampak dah pokok buah asam ni.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah makan kak, tapi selalu tengok pokoknya

    ReplyDelete
  7. baru 1st time akak tengok Kamsiah buah ni .. memang cantik buahnya warna pink kemerahan.. tak pernah pulak makan asamnya :)

    ReplyDelete
  8. Kali pertama saya tgk buah ni.. boleh dimakan rupanya. Buah asam pulak tu.. bestnya

    ReplyDelete
  9. akak tak pernah makan buah ni kamsiah....rasanya belum pernah jumpa lagi...ke ada nama lain selain serenda ni?

    ReplyDelete
  10. pertamakali tengok buah asam serenda. cerita pasal asam dan jeruk buat kecur airliur akak..

    ReplyDelete
  11. berebut rebut petik kat sekolah dulu adalah sepokok ,,tapi kami panggil asam berenda....

    ReplyDelete
  12. laa.. wujud ke buah tu?
    hahahaha. tak pernah ku tahu.

    ReplyDelete
  13. pernah..masa kecik2 dulu..buah ni kalau masak, warna merah mcm darah..masa gi Bangkok, jumpa buah ni..depa panggil buah koranda..

    ReplyDelete
  14. Kami panggil asam berenda. Kak masih ingat dulu2 kala buat hantaran kawin untuk abang kandung, guna kreaviti sendiri. Telur puyuh rebus celup pewarna merah then cucuk di duri ranting pokok. Hias dalam pinggan. Cantik sebiji jadi macam buah asam berenda.

    ReplyDelete
  15. first time nur tengok buah nie kak...

    ReplyDelete
  16. pertama kali dengar dan tengok nie kak..cara akak explain tuh terasa kesedapannya...:)

    ReplyDelete
  17. Saya pernah nampak, tapi tak pernah makan rasanya...hehehehe

    ReplyDelete
  18. yg dibuat jeruk tak penah rasa..yg psti buah ni mmng masam

    ReplyDelete
  19. buah ni bukan yg dicicah garam belacan ke kamsiah?

    ReplyDelete
  20. yang ni ka yang masa kecik2 dulu kami panggil buah keriang
    buh dalam tin susu goncang dengan garam..

    ReplyDelete
  21. Kat kampung ada tapi tak termakan, masam sangat
    ngilu gigi dibuatnya..

    ReplyDelete
  22. salam k.kamsiah..
    oo..ini cma tak pernah mkn.. tpp rasanye pernah tertengok buahnye..tak tau plak bleh dibuat jeruk

    ReplyDelete
  23. Masa kecik2 pernah makan. Walaupun masam, tapi sedap dimakan. Masih ada rupanya, ingatkan buah ni dah pupus di Malaysia...

    ReplyDelete
  24. Kam ummi first time tengok buah ni, atau mungkin pernah tengok tapi tak perasan. Kalau dekat boleh juga ummi merasa jeruk tu..:)

    ReplyDelete
  25. kat rumah mak saya ada ni kak..tapi biasa mak tak bagi petik sbb dia suka tgk kaler dia cantik nampak mcm bunga..ahaha..tp duri dia tajam kan kak?

    ReplyDelete
  26. Saya pernah jumpa pokok ini di kawasan Taiping...kat kampung apa dah tak ingat....cantik jer warna buah dia kalau masak...

    Ingat nama dia asam renda....

    ReplyDelete
  27. x penah mkan tapi panah nampak dkat poko buah ni..x tau rasa apa.. buat jeruk rupanaya

    ReplyDelete
  28. salam k.kamsiah..
    cakk..cma ade tag kak kamsiah..
    kalu sudi dan ade mase buat yer..
    http://shiemacma.blogspot.com/2014/05/liebster-award-from-cik-su.html

    terima kasih :)

    ReplyDelete
  29. x pernah tengok, x pernah dengar dan tak pernah makan buah ni.. :)

    ReplyDelete
  30. cantik je tengok buahnya..
    ni kalau dapat memang saya akan buat jeruk.. ;)
    dapnye..

    ReplyDelete
  31. Kali pertama saya nampak dan dengar namanya. Memang sahlah saya tak pernah merasa buah ni.

    ReplyDelete
  32. Saya tak pernah pula lihat buah ni. Cantik dan menarik buahnya.

    ReplyDelete
  33. pernah.tp tak tau nama.hihi.slalu ambik masapi klinik.ada tanam

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●