12 June 2014

Di Sebalik Tanglung

Dalam masyarakat Cina, 
tanglung bukan hanya perhiasan. 
Ia digunakan dalam majlis tertentu untuk mengalu-alukan tetamu, 
untuk menghebahkan kelahiran, kematian, atau amaran bahaya.



Warna serta tempat di mana tanglung digantung membawa makna tertentu.
 Contohnya, mereka yang baru menyambut kelahiran bayi 
atau perkahwinan akan menggantung tanglung berwarna merah di pintu rumah. 
Ini sebagai tanda kemeriahan dan kegembiraan 
kerana warna merah membawa maksud tenaga dan kecergasan. 
 Tanglung merah juga digunakan semasa perayaan atau keraian, 
seperti perayaan Tahun Baru Cina.

Warna merah sendiri sebenarnya mempunyai 
makna yang tersendiri bagi masyarakat Cina. 
Warna merah menggambarkan keadaan yang terang dan ceria 
telah menjadi lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan dalam kehidupan.

Bentuk asal tanglung tidak banyak berubah dari dahulu.
Kebiasaannya tanglung diperbuat daripada kertas dan rangkanya daripada buluh.
Tetapi ada juga tanglung diperbuat dari sutera dan kain.


Warna merah itu dipanggil hong dalam bahasa
 Cina dan bunyinya kedengaran seperti ong atau bertuah.



Warna merah sering dikaitkan dengan masyarakat Cina
 terutama pada setiap kali sambutan Tahun Baru Cina. 
Warna tersebut akan mendominasikan persekitaran kehidupan mereka. 
Namun, warna merah juga menguasai hampir setiap ruang di dalam dan luar rumah mereka.

24 comments:

  1. Warna merah membawa tuah, warna hitam pulak petanda nasib malang. Alamak, saya ni berkulit gelap. Patut la takde amoi yang suka. Hehehee...

    ReplyDelete
  2. Kegembiraan mereka dengan warna merah nemang tak boleh dipisahkan ye kam

    ReplyDelete
  3. Dulu masa kecik saya pernah berjiran dgn keluarga cina.. bila musim tanglung ni, slalu je kawan ajak main tanglung sama2 hehee... nostalgia.. :D

    ReplyDelete
  4. betul tu warna merah memang sering dikaitkan dengan masyarakat cina...

    ReplyDelete
  5. dah duduk Ipoh ni kamsiah....tak yah p jauh..jiran2 sekeliling pasang tanglung besar2 kt rumah depa. saya ingat nak lawan pasang ketupat tanglung raya nanti. warna hijau gitu

    ReplyDelete
  6. tb2 cerita pasal Tanglung.. raya cina lambat lagi kan..hi

    ReplyDelete
  7. cina dan merah dah tak boleh dipisahkan....

    ReplyDelete
  8. Tempat kerja saya majoriti cina, sekarang saya dah boleh faham sedikit Bahasa Mandarin. Sy diajar bahasa ni bermula dengan perkataan2 yang 'hansap' dulu. Awalnya asyik terkena je,bila rasa saya dikenakan, saya balas balik dengan bahasa ibunda ibu saya, bahasa siam...baru adil...sekarang tahu sikit2 la..
    Bila time nak masuk CNY kami semua pakai baju merah menyala-nyala, masing-masing tunjuk sapa paling merah...
    Merah tanda bertuah pada diaorang, sebab tu sarung angpau pun warnanya merah.

    ReplyDelete
  9. warna merah mmg warna kegemaran kaum cina kan??

    ReplyDelete
  10. suka tengok tanglung... terutama bila ada api kat dalam tu... :)

    ReplyDelete
  11. masa saya kecik main tanglung dgn jiran2 anak Cina..happy sungguh.semua kami dpt tanglung.berlari2 keliling rumah .mak ayah pun tk larang..

    ReplyDelete
  12. Meriah masuk sini hari ni. Sana sini merah he he..
    Header akak dah tak cukup korum ya, cuma ada anak-anak yang manis dan comel-comel tu...lagi suka kalau ada gambar akak sekali..

    ReplyDelete
  13. orang cina gantung tanglung merah depan umah diorang..

    ReplyDelete
  14. Masa di kampung dulu bila nak ke sekolah selalu ikut kampung Cina. Kerana tinggal sekampung, saya juga punya ramai kawan Cina. Petang2 pula kami main bola Melayu dan Cina sekali. Pernah jatuh cinta dengan seorang amoi Cina, tapi hubungan tak direstui keluarga......

    ReplyDelete
  15. Salam K.Kamsiah..
    heh...selalu nampak tanglung ni bila ada perayaan jer

    ReplyDelete
  16. Lindas fotos, muy coloridas.
    Ale-Costa Rica

    ReplyDelete
  17. ibu_suri memang suka tanglung. pernah satu masa lalu, beriya dia minta dibelikan tanglung dan di gantung di depan rumah IM. hinggakan kawan-kawan IM kata;

    'kalau nak cari rumah IM, tengok rumah yang ada tanglung di depannya...'

    ReplyDelete
  18. cantik jer tgk tanglung kaler merah tergantung byk2 cam tu.... kalau mlm lg la cantik dgn lampu terpasang...:)

    ReplyDelete
  19. Betu kata ANIM ....di Ipoh memang senang nak lihat pemandangan tanglung merah ni....macam2 bentuk.... cantik....

    Mak saya dulu suka pakai baju warna merah..... lepas tu ada satu gelaran mak saya selalu guna...."Alahai,,,Merah sangat lah mak ngah...."

    ReplyDelete
  20. Warna merah juga warna kegemaran saya.. ;)

    ReplyDelete
  21. pesta tanglung yer kat sanan kak? meriah kan kalau dorang dok gantung tanglung nie..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.