21 September 2014

Anak Menantu Dan Mertua

Hubungan istimewa menantu dan mertua adalah
sama seperti hubungan istimewa ibu bapa sendiri
yakni tidak batal wuduk bila bersentuhan dan tidak boleh dikahwini.
Ini bermakna, martabat mentua adalah sama seperti ibu bapa.

 Tanggungjawab Menantu Lelaki dan Perempuan Mengikut Keutamaan 

 Menantu Lelaki 

 Allah Subhannahu Wata'ala
 Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasalam
 Ibu/Ibu Mertua
 Bapa/Bapa Mertua
 Isteri
 Anak-anak
 Lain-lain Menantu

Menantu Perempuan 

 Allah Subhannahu Wata'ala
 Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasalam
 Suami
 Anak-anak
 Ibu/Ibu mertua
 Bapa/bapa mertua
 Lain-lain

 Ibu bapa mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati ibu bapa kita sendiri.

1. mentaati mentua pada segala yang diperintahnya kepada anak, kecuali perkara maksiat

 2. berbicara kepada keduanya dengan adab dan lemah lembut

 3. memberikan bantuan kewangan (bulanan) sebagai tanda mengambil berat

 4. bangun menghormati keduanya apabila mereka datang

 5. mencium tangan kedua dan memeluknya, setiap pagi dan petang dan pada setiap upacara

 6. memelihara nama, kehormatan, serta harta benda mereka

 7. memuliakan mereka, dan memberikan mereka yang diminta

 8. bermesyuarat dengan mereka dalam urusan berkaitan

 9. memperbanyakkan doa dan permohonan ampun bagi mereka

 10. cuba membuat sesuatu untuk menggembirakan

 mereka tanpa perlu diingatkan atau ditunjukkan kepada si anak

 11. tidak meninggikan suara di hadapan mereka

 12. tidak cuba memotong percakapan mereka ketika mereka sedang mengatakan sesuatu

 13. sentiasa meminta izin mereka jika mahu keluar rumah

 14. tidak memeranjatkan mereka, ketika sedang tidur

 15. tidak melebihkan isteri dan anak dari kedua mereka


 16. tidak mencela mereka, jika mereka melakukan sesuatu yang tidak memuaskan

 17. tidak ketawa dalam majlis mereka, jika tidak ada sebab yang menarik untuk ketawa

 18. tidak memanjangkan tangan kepada makanan,
sebelum mereka terlebih dahulu memulakannya

 19. tidak tidur atau baring,
 padahal mereka masih lagi duduk kecuali jika mereka telah mengizinkan

20. tidak melunjurkan kaki di hadapan mereka

 21. tidak masuk dahulu sebelum mereka atau berjalan di hadapan mereka

 22. menyahut panggilan mereka serta merta, apabila mereka memanggil

 23. memuliakan teman-teman mereka di waktu hayat mereka dan sesudah mereka meninggal

 24. tidak berkawan dengan seorang yang tidak mematuhi kedua ibubapanya

 25. memberi dan bertukar tukar hadiah ketika hari lahir mereka

 26. membawa dan menemani mereka ke masjid jika diperlukan

 27. mendoakan keduanya, khususnya sesudah meninggal,
sebab adalah sangat berguna kepada mereka

 Kesimpulan Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap
 ibu/ibu mertua dan bapa/bapa mertua.
 Kesejahteraan rumahtangga amat bergantung kepada sejauh mana
 tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertua.


Mak mertua saya yg sporting
bila diajak berselfie

Hormatilah mereka kerana jika diizinkan nanti
kita jugak akan bergelar mertua..

21 comments:

  1. alhamdulillah dapat tips menantu kat blog terhebat Etuza ni..semoga ibu mentua sihat ya..nampak happy ibu tu..

    ReplyDelete
  2. Ibu mertua seperti ibu andung kita sendiri. Hormatilah mereka :)

    ReplyDelete
  3. Sebagai mertua saya amat sayang dan menghargai menantu..apalagi saya tidak ada anak lelaki.Saya sangat selesa & bahagia bila menantu bersetuju pindah dan sewa dibelakang rumah saya.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian..persediaan untuk CP..

    ReplyDelete
  5. wahhh siap berselfi ng mak mertua lagi

    ReplyDelete
  6. haah la, macam seiras je tengok...

    ReplyDelete
  7. seronok tengok org bemesra dgn mertua. nina xdpt lg merasai saat2 spt tu

    ReplyDelete
  8. menantu yang membahagiakan mertua..ke syurgalah tempat mereka..amin.
    Kamsiah jom join segmen..

    ReplyDelete
  9. semoga saya mendapat mertua yg mudah diurus seperti ibu bapa saya ... aaamin .

    ReplyDelete
  10. Hubungan saya dengan ibu mentua sangat baik. Setiap pagi saya yang menyediakan sarapan untuknya, menyediakan ubat (kencing manis dan darah tinggi)...

    ReplyDelete
  11. bagi kita yang telah bersuami..
    tanggungjawab menghormati ibu mertua melebihi ibu sendiri kan..

    ReplyDelete
  12. best kan dapat mertua sporting hehehe.

    ReplyDelete
  13. nasihat yg berguna bila dh berkeluarga nanti.. selfie juga ya MIL kak :)

    ReplyDelete
  14. Syukur Alhamdulilah, hubungan saya juga dgn mertua sangat baik. Semoga mertua2 kita sentiasa sihat dan diberkati...ammin

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah..sihat lagi mak mertua akak.. mak mertua saya pun baik sangat , alhamdulillah :-D

    ReplyDelete
  16. Peringatan yang sangat baik Kak. Tapi kalau dapat jenis mertua suka bermusuh dengan menantu, alahai..siksa menantu tu. Semua dibuat semua tak betul Anak dia juga yang betul. Tapi syukur kalau dapat mertua yang baik..aman bahagia hidup

    ReplyDelete
  17. kalau ada jodoh dgn si dia sy tak berpeluang merasa ada ibu/ayah mertua kerana telah kerahmatuallah... tapi sy akan sanjung kedua ibu bapa sy yg masih ada...dan yg takde sy sntiasa mendoakan mereka di alam fana...

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●