27 November 2014

Buah Kemunting

Saya pasti..sangat pasti..
bahawa generasi sekarang tak mengenali buah kemunting ni
(termasuklah anak2 saya)

Sedikit info mengenai pokok dan buah ini..

 Merupakan tumbuhan yang biasa tumbuh sebagai semak samun di Hawaii dan Malaysia

 kemunting juga menjadi tumbuhan yang biasa menguasai kawasan lapang dan terbiar di Thailand. 

Ia merupakan tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter.

Batangnya yang muda mempunyai bulu-bulu pendek yang halus dan padat.

Daunnya tersusun secara bertentangan, berbentuk ringkas dan berbentuk bujur.

Permukaan daun berkilat dengan warna hijau gelap

 manakala bahagian bawah daunnya mempunyai bulu-bulu halur dan berwarna hijau pudar

Bunganya berwarna merah jambu, dengan lima kelopak. 

 mempunyai banyak stamen dengan 5 filamen berwarnamerah jambu

 dan saiznya berukuran (garis rentas) 2.5 cm.

Satu atau lebih bunga tersusun pada tangkai bunga.

Buahnya kecil (beri) dengan ukuran garis rentas lebih kurang 1.3 cm, 

berwarna ungu gelap dengan isi yang manis dan berbau harum.

Kemunting hidup subur dikawasan yang tanahnya mempunyai 

kelembapan yang tinggi terutamanya berhampiran dengan paya atau sungai.

 Namun ia juga boleh beradaptasi dengan pelbagai jenis tanah seperti tanah pasir dan tanah yang agak masin.

Di Malaysia dan Thailand kemunting biasa dijumpai hidup

 dikawasan tanah pasir dan juga kawasan yang berpaya.

 







buah yg belum masak berwarna hijau dan kelat rasanya
 Buah-buahan eksotik dari zaman kanak-kanak saya




31 comments:

  1. Salam Kak,

    Jangan kan budak budak, saya pon tak tau buah ni hahaha.

    Tapi bentuknya macam buah burberry lah kan?

    ReplyDelete
  2. Salam kak.. sedap buah ni kak.. time lady kecik2 dlu suke kutip .. byk tumbuh d kwsan berpasir kt kg lady...

    Akak, akk xnk cube Rempah Kuah Nasi Dagang Tok Ma? Klu akk nk wasap lady d 0199005689...

    ReplyDelete
  3. Puan Kamsiah,

    Saya pernah minum hasil daripada pemprosesan bunga pohon ini sebagai minuman untuk tambahan kesihatan. Rasanya memang tidak enak. Tetapi sangat baik untuk kesihatan.

    ReplyDelete
  4. Masa kecik2 bila balik sekolah kami melalui kawasan belukar yang ada pelbagai buah termasuk buah kemunting. Kemunting sedap dimakan tapi kena tunggu betul-betul masak. Kalau yang kurang masak rasa sedikit kelat...

    ReplyDelete
  5. boleh makan ker buah ni kak? saya rasa macam kenal maklum la kecik2 dulu duk berkubang dalam belukar jer kerjanya. hehhee

    ReplyDelete
  6. dulu rajin kutip. nk tau sbb apa? sbb nk tgk mulut jd kaler purple (mcm hantu) heheheheh

    ReplyDelete
  7. Haha. Ramai yang tak tahu buah ni rupanya. Syaa kenal buah ni, tapi nama xpasti..kecil2 penah makan buah ni.

    ReplyDelete
  8. sedap tuh!my pebret kecik2 dlu..skrg nak cari kat mana ya?masih ada ke?

    ReplyDelete
  9. baca baca baca atas sampai bawah... ohhhh rupanya boleh makan buah ni... ingatkan nak cerita pokok jer... cemana gaya makannya tu...?? ada kulit ke atau makan macam epal tu, main kunyah jer

    ReplyDelete
  10. eda tau name tempat kemunting kat taiping je.. hehehhe...

    ReplyDelete
  11. Asalam..ini bunga kemunting, tebal daun tu Madam kamsiah.

    Buah tu tak pernah nampak...boleh makan ke tu?

    ReplyDelete
  12. Asalam Kalau nak ke kundasang boleh borong sayuran..dan pemandangan kat sana memukau. Etuza ingat kemarin nak ambil gambar pemandangan selepas selfish dekat memorial..alamak cas kemera habis..selalu Etuza tak kisah dengan panorama di kundasang sebab selalu ke sana nak beli sayur dan benih bunga. Dah mula aktif blog nah tertarik tarik hati nak gambar apa saja yang menarik..welcome ke kundasang ya...masa cuti ni boleh ke sana...

    ReplyDelete
  13. Asalam Kalau nak ke kundasang boleh borong sayuran..dan pemandangan kat sana memukau. Etuza ingat kemarin nak ambil gambar pemandangan selepas selfish dekat memorial..alamak cas kemera habis..selalu Etuza tak kisah dengan panorama di kundasang sebab selalu ke sana nak beli sayur dan benih bunga. Dah mula aktif blog nah tertarik tarik hati nak gambar apa saja yang menarik..welcome ke kundasang ya...masa cuti ni boleh ke sana...

    ReplyDelete
  14. Kak, bagi saya nostalgia buah kamunting ni ialah ada dua, kami buat gasing (bila petik, kami peting dengan tangkai sekali) dan yang keduanya kami main senapang batang betik atau lastik burung kelicap masa kecik kecik dengan buah ni. Generasi sekarang mungkin penah dengar tapi tak pernah nampak kot, mcam yang akak kata tu.

    ReplyDelete
  15. Dekat kebun bapak kakak ada lagi pokok kemunting ini Kam. Tapi anak-anak kakak nak mahu merasa bila nampak kakak makan. Kakak masih boleh makan lagi walau dah tak seceria zaman kanak-kanak dulu..

    ReplyDelete
  16. dana suke makan buah ni maasa kecik2 kak, dh bsr2 nih jarang jumpa buah ni even kt kampung...

    aritu dana beli blueberry rasanyer seakan2 buah kemunting nih sbb dia ada biji bnayak2 n halus gini... mungkin itu kemunting versi omputih hehehhe

    ReplyDelete
  17. Oh, baru saya tahu, ini rupanya buah kamunting, kak. Terima kasih

    ReplyDelete
  18. lamanya tak tengok pokok ni Kam, kecik2 dulu suka sangat kutip n makan buahnya.

    ReplyDelete
  19. perasan ada kt semak, tp tk pernah ambik tau ..
    tq atas perkongsian

    ReplyDelete
  20. buah kemunting? kala Kamunting perak tu JM tahu lah hahahaha..ntah2 nama kamunting tu di ambil sempena nama kemunting ke heeee

    ReplyDelete
  21. area rumah mak saya di Kuantan dulu ada banyak pokok ni sampai nama jln pun jln kemunting.

    ReplyDelete
  22. Dulu masa kecik2 selalu jugak makan ..sekarang ni dah susah nak jumpa ..Ya la semua kawasan dah ditebang camne pokok ni nak hidup huhuhu..

    ReplyDelete
  23. buah ini rasa masam bila dah masak ka kak kamsiah

    ReplyDelete
  24. akak ada benih pokok kemunting ke?saya berhajat nak beli benih/anak pokok.terima kasih

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.