09 November 2014

Manggis Si Ratu Buah

Biasanya bila makan manggis
kulitnya kita akan buang mcm tu ja,kan...
Tapi tahukah kita selain isinya yg putih melepak tu sedap
kulit manggis jugak mengandungi berbagai khasiat

Khasiat dan kegunaan 
Buah manggis kaya dengan Xanthones yang merupakan sejenis antikoksida. 
Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.
 Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit
 Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal 
dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, 
menghasilkan cecair melekit kekuningan, 
yang merupakan sejenis (gamboge). 

Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.

Khasiat Kulit Manggis 

1. Memberi tenaga 
2. Mencegah Keradangan
3. Mencegah sakit urat saraf 
4. Mencegah Ulcer
 5. Mencegah kemurungan 
6. Mencegah kegelisahan/panik/cemas)
 7. Mencegah kanser 
8. Tingkat system pertahanan badan 
9. Awet Muda 
10. Membuang toksid dalam badan 
11. Membunuh kuman 
12. Mencegah kulat 
13. Mencantikan kulit 
14. Membuang kolesterol dalam badan 
15. Untuk kesihatan jantung 
16. Mengurang tekanan darah tinggi 
17. Kurangkan gula dalam darah 
18. Kuruskan badan 
19. Cegah batu karang 
20. Mengimbangi seluruh badan.

Caranya Menggunakan kulit manggis 
1. Ambil buah manggis 
2. Kupas 
3. Isi dia enak di makan 
4. Kalau sebelum ni kulit kita buang je tapi cuba ambil kulit dia, 
hiris macam asam keping dan jemur sampai kering 
5. Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam. 
Sedia di minum apabila menjadi suam.
6. Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.

29 comments:

  1. Buah manggis memang sedap dimakan dan tak sangka pula, kulitnya juga banyak khasiatnya!

    ReplyDelete
  2. Byk sungguh khasiat sbb tu ada produk lesihatan dibuat dari buah manggis

    ReplyDelete
  3. Tak pernah tau mengenai kulit buah manggis tu kak.. ;)

    ReplyDelete
  4. kiranya air kulit manggis ya kak? nak cubalah...

    ReplyDelete
  5. Puan Kamsiah,

    Maha Suci Allah tidaklah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia....

    ReplyDelete
  6. banyaknya khasiat kulit manggis ni!in sha allah nak try gak ler...

    ReplyDelete
  7. MANGGIS SEDAP KULITNYA PUN BOLEH BUAT UBAT YA...

    ReplyDelete
  8. asalam Madam kamsiah ..alamak macam nak makan saja ..pokok sebatang depan rumah dah di potong dahan2 menganggu pagar dah ..adui macam2 khasiat pula manggis nikan.
    nak tahu ha ini buah kegemaran akan ke 3 ci azie kami tu serta mama dalam rumah etuza.Serius nak manggis ja malang nya kena tunggu musim..buah manggis

    ReplyDelete
  9. patutlah cik azie kami tu suka makan manggis serta buah lemak ..banyak khasitnya pula ..alamak kena makan ni.

    ReplyDelete
  10. Khasiat pada kesihatan tubuh badan yang jarang diketahui, kecuali dengan pembacaan @ mencari info melaui internet.
    TQ kongsi disini...

    ReplyDelete
  11. Baru tahu saya pasal cara menikmati kulit buah manggis ni. Patutla buah manggis ada digunakan dlm produk kecantikan, rupanya memang ada kesan utk awet muda.

    ReplyDelete
  12. manggis! manggis! buah feveret no,2!!! hehe

    ReplyDelete
  13. http://madey09.blogspot.com/2014/11/jemputan-naik-pangkat-2-blogger-lelaki.html
    datang ya baca...

    ReplyDelete
  14. Kadang-kadang kita cuma minat dengan yang di dalam terlupa yg di luar punya banyak khasiat. Seperti durian, ramai yg tak tau biji durian yg sedikit berlendir itu baik untuk mereka yg mengalami sakit lutut kerana lendirnya itu dapat menggantikan cecair yg semakin kurang hasil peningkatan usia..

    ReplyDelete
  15. tak berapa minat manggis.
    tapi kalau ada orang rajin kaitkan, kita rajin je nak abes kan.. hehe.. ^_^

    ReplyDelete
  16. kak tak minat manggis tapi abg dan anak sulung suka tersangat-sangat. Manggis juga boleh dibuat jem..

    ReplyDelete
  17. Pokok manggis semakin berkurangan sekarang ni...

    ReplyDelete
  18. sekarang ingat . bila ada manggis nanti , belum tentu ingat nak buat . mudah2n ingatlah kan ...

    ReplyDelete
  19. terima kasih kak kamsiah, berkongsi petua dan khasiat kulit manggis ni :)

    ReplyDelete
  20. wah.... bagusnye ade tip2 macam ni... personally, Luna mmg prefer makan buah2 atau sayur untuk tujuan kesihatan... slalunye kalau luna selseme, luna akan cepat2 minum oren sbb banyak vitamin c... ehhee... sbb luna tak suke mkn ubat... >.< hahahaha..

    ReplyDelete
  21. pernah gak dengar dan pernah cuba tapi tak tahu pulak cuma perlu rendam je.. ingatkan kena makan...

    okay next time akan dibuat... (errr rebus terus takleh ker?)

    ReplyDelete
  22. Betul tu kak. Suatu masa dulukan popular dengan jus manggis tapi yang lucunya pengeluar jus kesihatan tu dari luar negara yang susah nak dapat buah manggis ni.

    Saya suka makan manggis, nasi dan sambal belacan :)

    ReplyDelete
  23. Ya Allah... sungguh kakak tak tahu walau rumah kampung dikelilingi pokok manggis. Terima kasih dgn info ini Kam... sangat bermanfaat.

    Getah dia kena baju memang alamat tak boleh pakai lagilah...

    ReplyDelete
  24. info yang sangat menarik dan bagus ni kak..tq ye..nnt boleh dicuba (^_^)

    ReplyDelete
  25. info yang sangat menarik dan bagus ni kak..tq ye..nnt boleh dicuba (^_^)

    ReplyDelete
  26. banyak betul khasiatnyer yek kulit manggis tuh, aritu baaru terbaca psl khasiat kulis delima... pasni mmg kene simpan lh kak... kene bgtau mak nih... dia mmg risau darah tinggi dia tuh

    ReplyDelete
  27. hitam-hitam sitampok manggis...walaupun hitam dipandang manis...hehe..

    ReplyDelete
  28. arwah ayah dulu minum jus kulit manggis ni utk kurangkan darah tinggi dan juga kencing manis

    ReplyDelete
  29. festime dgr khasiat kulit manggis ni..yg pasti buah manggis mmg manis tapi skrg bka musim buah manggis lagi kan

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.