14 December 2014

Info Tentang Chrysanthemum a.k.a Kekwa

Mengikut rujukan, terdapat lebih 20 jenis bunga kekwa ditanam di Malaysia 
dengan lokasi utamanya di Cameron Highlands,
 Pahang dan Kundasang di Sabah.
Di Jepun,
 kekwa kuning atau putih lebih mendapat tempat terutama untuk perayaan hari Natal
 manakala untuk tahun baru, warga Jepun
lebih menggemari bunga kekwa berwarna merah jambu, merah, kuning dan putih.

Walaupun Malaysia mengeksport pelbagai jenis bunga seperti kekwa,
orkid, mawar dan bunga carnation,
 namun kekwa adalah bunga yang paling tinggi pulangannya untuk pasaran luar.
Selain Jepun, Malaysia juga mengeksport bunga untuk pasaran Hong Kong,
Taiwan, Australia selain pasaran di Timur Tengah.

Bunga kekwa memerlukan masa 100 hari
daripada hari ditanam sebelum dipetik. 
Apa yang menarik, kekwa Malaysia memiliki
 struktur tangkai bunga yang lebih cantik 
dan menarik berbanding kekwa yang di tanam di negara lain seperti
 Korea Selatan dan Vietnam.
Tahukah anda bunga kekwa di Malaysia mungkin hanya berharga 50 sen..atau rm1..
tetapi di Jepun ia mencecah antara RM5 hingga RM6 
kerana keperluan bunga di negara itu begitu tinggi.

22 comments:

  1. Kat Cameron Highlans, jika petik sendiri RM4/sekuntum @ RM10/3 kuntum

    ReplyDelete
  2. saya sangat suka kekwa merah dan kuning...cantik bila digabungkan :)

    ReplyDelete
  3. suka minum air bunga kekwa.. memang cantikkan :)

    ReplyDelete
  4. Antara bunga favourite saya!ni semua hasil tanaman kak kamsiah ke?

    ReplyDelete
  5. Suka tengok kelopak bunga kekwa yang cantik tu..

    ReplyDelete
  6. Cantik bunga ni.. pernah tanam masa kecil-kecil dulu.. warna purple

    ReplyDelete
  7. jauhnya beza harga kekwa negara kita berbanding luar negara..

    ReplyDelete
  8. Apakah dengan cuaca Cameron Highland yg semakin panas sekarang suatu hari nanti bunga kekwa ini enggan berkembang lagi di sana...?

    ReplyDelete
  9. lawanya semua gambar-gambar bunga ni.. wah, gitu sekali beza harga bunga kat mesia dan jepun ya? tapi betul juga, kat sini tak ramai yang suka minum air bunga ni.. suka air bergas yang ramai...

    ReplyDelete
  10. akak... bt dana terliur bunga... bt dana terliur nk beli bunga kekwa yg mmg cantik2 sgt.... tahan lama dibandingkan rose

    ReplyDelete
  11. my kakak ada tanam pokok kekwa ni . nak tunggu berbunga mmg lambat . bila dah berbunga , cantik jer dipandang ...

    ReplyDelete
  12. oo ni cerita bunga di negera kita..kalau macam ni terbaiklah produk malaysia kan madam K...cantik .sangat kagum..ciptaanNya

    ReplyDelete
  13. bila lihat bunga2 tu ..berkembangan taman dalam hati sure ada tak terasa berkembangan macam hati Etuza..humm!!!

    ReplyDelete
  14. bunga ni cantik sangat tapi susah nak hidup... kena suhu rendah dan penjagaan yg rapi baru menjadi... kadang pokok hidup tapi bunga tak keluar2 pulak...

    ReplyDelete
  15. cantik2 nyer bunga2 ni but KA suka yg hat kaler biru tu menarik !

    ReplyDelete
  16. kak sampai sekarang tercari-cari sapa lah yang ada tanam kekwa kampung ni..nak beli.

    ReplyDelete
  17. chanteknye bunga2 tu kan...sejuk mata tengok :)

    ReplyDelete
  18. JM biasa nampak kekwa kuning je...tiada bau kan bunga nih

    ReplyDelete
  19. Saya suka minum air teh bunga kekwa ni... Penghilang dahaga sebenar!

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●