29 August 2014

Kura-Kura Dalam Bilik Air

Saya biasa tengok org membela kura2
dalam akuarium,dalam kolam dihalaman
tapi pertama kali tengok
kura2 dibela ..dilepaskan bebas dalam bilik air

Ketika tuan rumah memanggil anak2 saya melihatnya
sorang demi sorang menjerit
Saya tertanya apa yg membuatkan depa menjerit

"Ada kura2 dalam bilik air.." kata anak2 saya
"Laa...kura2 pun takut.." saya membalas sbb ingatkan cuma seekor ja

Dan bila menjenguk dalam bilik air
saya sendiri menjerit...
Ada berbelas ekor
semua mak bapak anak cucu kura2 ada
ada yg tak bergerak
ada yg merayap2
ada yg cergas berlari2

kata tuan rumah
banyak yg dah mati sbb terminum air sabun / syampu
pintu bilik air terpaksa ditutup 24 jam
kalau tak..habis semuanya keluar

haha nasib baik rumahnya ada 2 bilik air
kalau tak memang saya takkan guna bilik air bersama kura2 ni
Ada lagi binatang eksotik yg ada dirumah beliau
belut didalam akuarium
ular sawa selain ayam itik,angsa,arnab,kambing,lembu
dah ala2 mini zoo pulak
(rumah bapa sedara suami di Taman Guar Perahu)

09 August 2014

Puff Sardin

BAHAN A 
Sebungkus Puff Pastry

 BAHAN B 

 2 ekor Ikan Sardin Tin (dilenyek sederhana hancur) 
1 biji bawang besar (dibelah 8 dan dihiris nipis) 
10-12 biji cili padi  (dihiris nipis) 
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus) 
1 biji limau Kasturi 
sedikit garam 

 Cara-Cara 

1..Ambil sekeping puff pastry. 
Alaskan pastry dengan plastik yang tersedia supaya tidak melekat. 

2. Pastri dipotong kepada 2 bahagian.

3. Letakkan inti sardin didalamnya dan lipatkan
seperti membuat karipap 

4. Boleh dibuat berbagai bentuk
samada segitiga,segiempat atau memanjang

5. Kemaskan tepinya dan tekan kuat sedikit dengan garfu.

 6. Sapu atas puff dengan kuning telur dan bakar dalam oven 
yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C 
selama 30-40 minit atau sehingga keperang-perangan.
sedap dijadikan minum petang

08 August 2014

Kegunaan Lain Sudip Kayu

Mungkin dah ada pembaca yg dah tahu petua ni
Mungkin jugak ada yg belum tahu

Biasa ketika merebus cili kering
ianya akan melimpah keluar bila mendidih
(kecuali mengunakan api yg sangat perlahan
dan anda sanggup menunggu disitu utk sentiasa mengacaunya)

Cubalah letakkan senduk / sudip kayu diatas periuk tersebut
memang ajaib kerana cili tersebut
tidak akan melimpah keluar
walaupun mengunakan api yg besar

07 August 2014

Rezeki Dari Kampung

Adik saya sekeluarga pulang beraya di kampung
katanya seronok sbb musim buah2an
ya..buah2an masak dibulan puasa
tak de siapa nak amik..nak makan..
jadi meranum di pokok ja lah...

Cempdedak ni tiap kali saya balik kampung
tak pernah ada buahnya
bkn rezeki saya
pokok dokong mmg banyak dikampung
buahnya ayah jual sbb tak habis nak makan
kalau yg nak beli tu datang kait/panjat sendiri
lagi murah harganya
selalaunya ayah cakap
"bayarlah berapa pun.."

rambutan kuning / gading
sayangnya adik tak amik buah ni sbb tak muat dah nak isi dlm kereta

cuma yg diambil yg merah ni ja 

yg ni saya buat pesanan khas
supaya dibawa balik
 
 pucuk ubi kayu
dah selamat dicelur..cicah sambal belacan
 kebun ubi kayu dah macam hutan simpan dah
sbb ayah dah tak larat nak menebas segala bagai

 inilah hasil dari ubi kayu yg dibawa utk saya

 bengkang ubi kayu
tapai ubi kayu

06 August 2014

Majlis Harijadi Anak

Tahun lepas..harijadinya jatuh dalam bulan puasa..
Tahun ni..bkn main seronok lagi
bila tarikh 5/8 selepas raya..
dah 15 tahun dah usianya..
Eleena Yasmin Shaharudin
selfie...selfie jugak
tp PT3 belum selesai lg.
..

 dah ditulis diatas kertas
tarikh 5/8..
pekerja bakeri tu tulis 3 hb pulak..
menu yg simple
sbb si emak baru ja 'hilang' kepenatan beraya dan berkenduri
antara kawan2nya yg datang
(semua ni dah buat rumah saya mcm rumah sendiri)
mak mertua,ipar duai dan anak2 buah pun datang

 
 alhamdulillah..licin semuanya..
senang tuan rumah nak basuh pinggan


05 August 2014

Ber BBQ

Majlis makan2..bersantai2 ni disponsor
oleh mybiras yg baru menerima menantu tempohari
majlis sbg menghargai penat lelah adik beradik
yg menolong menjayakan majlis kenduri beliau

Buat kat kampung
luas dan selesa

ayam dan daging di BBQkan..
2 org sepupu-Alia dan Adiba
anak2 dara yg berpanas..berasap..
MIL dan mybiras


Majlis ni jugak bertujuan memperkenalkan pengantin lelaki (ahli keluarga baru)
kpd kaum keluarga
haha jenuh nak ingat keluarga besar sblh perempuan
maklong,paklong,pakngah,pak lang,pak su dan segala bagai..


Selamat datang Ayie kedalam keluarga besar kami

jom menambah lemak dgn soto,steamboat dan berbagai lagi
saya angkat kaki pada pukul 11 malam..

04 August 2014

Mercun dan bunga api..

Bila suami dah mula kerja
dan anak2 dah mula bersekolah semula
barulah saya ada masa utk mengupdate blog ni..
so berderet lah entri tertunggak menunggu masa utk dipublishkan..


main mercun dan bunga api ni
dah jadi kemestian kat rumah mertua saya
saya tak pernah beli..cuma join tengok ja

bila ada budak2 depan rumah saya ni bermain mercun
kdg2 saya jadi geram..terkejut...bising..

tp bila sendiri yg main..ehhh seronok rupanya main mercun ni

semuanya mendongak keatas..rakam jgn tak rakam..
  sebenarnya semua dok tunggu yg ni

01 August 2014

Cerita Raya

Bila suami cuti raya 10 hari
dan anak2 cuti sekolah dan cuti semester
peluang saya mengadap pc terbatas
lagipun saya tak boleh fokus utk mengupdate blog bila ramai2...riuh rendah..

Penat membuat persiapan raya belum hilang
raya kedua sibuk 'mempacking' dan buat bunga telur
utk perkahwinan anak saudara sebelah suami pd hari raya ke 3

Ni cerita dan suasana sekitar majlis kawen pada 30/7 lps
tema majlis kaler merah
tp saya tak ikut tema pun...malas nak cari baju merah

ni biras saya yg menerima menantu sulung
biras saya ni menjadi balu sejak 5 th lps
 Ceritanya DISINI



Ni  anak bongsu beliau
ketika ayahnya meninggal
dia baru berusia beberapa bulan
 
Ketibaan tetamu jemputan disambut dgn pelukan
 saya jaga bahagian bunga telur
 

Ketibaan pasangan pengantin
pengantin lelaki adalah anak saudara kepada
 Imam Muda Hizbur Rahman

selawat mengiringi pengantin masuk kedewan

Mohd Azri dan Rehana 
seluruh keluarga merestui dan mendoakan kebahagiaan kalian berdua
Azri dikirim ALLAH mengantikan tempat arwah
utk melindungi dan menjaga keluarga ini

 sudut utk bergambar

 Nurul Izzati...benda tu bkn utk dimakan..

 
mak mertua saya yg sporting
bila diajak berselfie





 antara cenderamata

semua ahli kerlurga 'mesti pakai lencana ni

biasanya bunga telur  yg dapat kat majlis kenduri
ambil telur dan buang bunganya
tp bunga telur darui daun getah ni sangat cantik
sayang pulak nak buang


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.